Rabu, Disember 14, 2016

Sambutan Maulud Agung di Riyadh Restu

Bersambung daripada artikel Ke MAHA di Serdang penghujung 2016.



Keesokannya petang Ahad 11 Disember 2016 saya dan keluarga pergi ke suatu tempat bernama Riyadh Restu di Kuang, Selangor untuk satu acara lain.


Terletak di sebalik Bukit Tadun, sebuah bukit sederhana besar dengan beberapa menara telekomuniasi di atasnya, berdekatan pertemuan lebuh-lebuh raya PLUS, Guthrie dan LATAR ia memiliki beberapa bangunan kayu yang menarik.





Acara iaitu sambutan Maulud Agung telah bermula dengan sesi pembentangan ilmu sejak selepas Asar lagi. Tapi pada saya kemeriahan cuma mula terasa apabila masuk waktu Maghrib.


Suasana ketika solat berjemaah di balai utama yang menjadi tempat pusat acara.





Selepas solat ada semacam bacaan puisi bercerita tentang proses penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah diselang-selikan dengan puji-pujian dan selawat ke atas baginda.





Melaungkan pujian dan selawat adalah penyanyi yang dikenali dengan nama Daqmie.


Hampir waktu Isyak jumlah hadirin kelihatan sudah bertambah 2-3 kali ganda.





Selepas solat berjemaah Isyak baru dimulakan sesi utama acara iaitu sambutan Maulidur Rasul, Untuk makluman, masuk sahaja Maghrib tadi maka masuklah juga tarikh Hijriah 12 Rabiul Awal, hari Maulidur Rasul.


Saya telah diminta agar mengambil tempar duduk VIP lalu menghadap hadirin.


Ketika itu saya adalah tetamu khas pertama mengambil tempat di hadapan. Dua tetamu khas yang lain muncul kemudian.


Posisi saya dah mula terasa terkekang akibat diminta mengambil tempat di hadapan. Maklumlah suka dan sudah biasa bergerak bebas tanpa perlu memerhatikan sangat protokol. Pun begitu saya tetap juga mengambil gambar kumpulan yang membuat persembahan Maulud di belakang saya. Biasanya orang bila dah duduk sebagai VIP jarang hendak mengambil gambar. Orang lain yang tolong ambilkan...


Oh, ketika mengambil tempat, saudara Zahamri Nizar sedang melaungkan satu sajak tentang Melayu.


Selepas itu baru dimulakan bacaan Maulud lalu saya membuat keputusan untuk menikmati sahaja suasana, tidak lagi mengambil gambar. 



Nasib baik ada gambar-gambar yang diambil orang lain juga rakaman-rakaman video yang dikongsikan mereka di Facebook. Saya dapat melihat ia dikongsikan ramai orang pada hari Isnin 12 Disember 2016. Cuma la ni kalau nak cari balik semuanya dah satu kerja pulak. Di sini biar diletakkan satu gambar yang diambil daripada satu video. Untuk menonton video tersebut sila masuk sini...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan