Rabu, Disember 14, 2016

Ke MAHA di Serdang penghujung 2016

Salam. Ini daripada hujung minggu lepas.


Petang Sabtu 10 Disember 2016 saya ke MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park, taman ekspo pertanian Malaysia) di Serdang untuk satu acara yang sudah hangat bermula beberapa hari di situ.


Ia adalah MAHA, satu acara tahunan, kali ini untuk edisi tahun 2016. Ia adalah singkatan untuk Malaysia Agriculture Horticulture Agrotourism (hmm,,, nak terjemah macamana pun saya tak pasti. Biarkan ajelah).


Nak sampai ke sini perlu meredah kesesakan jalan raya yang teruk dan panjang, Kemudian terpaksa letak kereta jauh lalu berjalan kaki ke kompleks.


Kalau tidak kerana memikirkan saya sudah berjanji akan datang untuk bertemu seorang kawan lama daripada zaman sekolah menengah yang sudah 30 tahun tidak ditemui, mahu sahaja saya berpatah balik atau pergi ke tempat lain tadi.


Tapi tak mengapa. Alang-alang dah sampai kita serap sahajalah suasana meriah.


Dengan mata kasar pun saya dapat menganggarkan ada berpuluh ribu manusia sedang berada di lokasi ketika itu.


Kalau tak salah ingatan, pada hari itu, hari ke-10 acara merangkap hari ke-2 terakhir sebelum ia menutup tirai Ahad malam Isnin seramai 2 juta pengunjung dicatatkan sudah membanjiri tempat sejak MAHA 2016 bermula 1 Disember.





























Tiada ulasan:

Catat Ulasan