Jumaat, Disember 30, 2016

Makan-makan dan gathering ad hoc kawan-kawan HIKMAH

Bersambung rentak dan gerak penceritaan daripada artikel Mengimbau nostalgia lama kehidupan di Janda Baik. Susulan daripada acara ke-19 HIKMAH di Bukit Tinggi, saya dan isteri telah mengadakan satu acara makan-makan dan gathering secara ad hoc pada hari Rabtu malam Khamis 21 Disember 2016.






Ia tercetus akibat seorang sahabat baik kami dan penyokong HIKMAH dari Aceh, Ustaz Mujib mahu datang bertandang ke rumah pada malam itu.





Sahabat tersebut tidak dapat menghadiri acara di Bukit Tinggi 17 Disember kerana ketika itu Aceh baru sahaja 10 hari dilanda gempa bumi hebat yang menelan nyawa lebih 90 orang warga tempatan...





Ketika acara berlangsung Mujib bersama sejumlah kawan dari Banda Aceh pergi membuat kerja-kerja bantuan sukarelawan di kawasan yang paling teruk dilanda gempa iaitu daerah Pidie Jaya, lebih 100 km ke timur Banda Aceh. Setelah beberapa lama baru ada kelapangan untuk datang ke Malaysia termasuk bertemu dengan anak-anak dan isteri beliau yang merupakan warga tempatan sini.






Memandangkan ada kawan-kawan HIKMAH termasuk pemilik Dusun Nora iaitu tempat acara di Bukit Tinggi diadakan tidak pernah sampai ke rumah kami, saya dan isteri mengundang mereka untuk datang sekali. Boleh juga bertukar-tukar cerita dengan Mujib mengenai perkembangan semasa di Aceh juga di negara Indonesia. Alang-alang begitu diundanglah sekali beberapa orang kawan lain dan keluarga termasuk kawan-kawan lama saya. Beberapa orang daripada mereka biasa menyumbang ilmu pada acara-acara HIKMAH.



Melihat daripada luar untuk menekuni suasana sambil melangkah perlahan masuk ke dalam. Ketika gambar ini diambil sudah jam 10,20 malam.








Sudah ada sejumlah kawan meninggalkan majlis, muncul pula beberapa orang yang datang lewat...





Suasana yang terbit hampir sahaja seperti pada rumah terbuka atau open house hari raya yang biasa kami buat sejak berpindah ke rumah ini awal tahun 2014. Cuma tidak begitu ramai orang yang datang berbanding pada hari raya.. Lihat artikel-artikel lama berikut :-










Meninjau pula suasana sekitar jam 11 malam.


Ketika ini hadirin yang tinggal bertumpu pada loteng kecil, loteng kayu atas loteng kayu lebih besar yang secara efektifnya membentuk tingkat ke-3 rumah teres batu asal setingkat ini...






Loteng ini memang saya rekabentuk khas sebaga tempat menyendiri, bersuluk dan beramal. Di sini terkeluarlah pelbagai cerita berkaitan akhir zaman sehingga hampir ke jam 3 pagi buta...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan