Khamis, Disember 08, 2016

Ke PD bersama keluarga - Percutian mudah berbanding kebiasaan

Salam malam Jumaat. Sudah menjadi kebiasaan saya kena melepaskan suatu gerak penceritaan apabila timbul rasa dan desakan...


Tengah hari Sabtu lalu, 3 Disember 2016 saya membawa anak-anak dan isteri keluar untuk bercuti hujung tahun.


Kami menghala ke selatan melalui pekan Rawang, tidak mengambil Lebuh Raya Utara Selatan yang laluan masuknya lebih dekat dari rumah kami.


Ini kerana kami mahu menghadiri dahulu satu majlis perkahwinan di selatan Rawang.








Perjalanan ke selatan kemudian diteruskan melalui jalan lama.


Di kawasan ini baru mengambil persimpangan masuk ke lebuh raya...





Terus melepasi pinggiran Shah Alam menghala ke Nilai kemudian Seremban.


Seterusnya mengambil lebuh raya ke Port Dickson.


Destinasi kami adalah sebuah homestay yang disewa dari seorang kawan berdekatan Teluk Kemang. Kebiasaannya bila hujung tahun kami akan keluar ke tempat-tempat yang jauh ke luar dari Lembah Klang. Tapi kali ini kami rasa cukuplah 'bermain' di sekitar Port Dickson ataupun PD sahaja. Keluar bercuti pun tidak berapa lama, setakat 3 hari 2 malam...


1 ulasan:

  1. Malam nanti saya baca serta tonton video sebab sekarang saya kat luar minim. Insyaalah

    BalasPadam