Sabtu, Disember 10, 2016

Ke PD bersama keluarga - Pantai Purnama, balai cerap Teluk Kemang dan persekitaran

Masuk hari kedua percutian di Port Dickson ataupun PD. Bersambung daripada artikel Ke PD bersama keluarga - Percutian mudah berbanding kebiasaan.


Pagi Ahad 4 Disember 2016. Setelah puas berehat di sebuah apartmen yang disewa di satu kompleks bernama Cocobay saya pun keluar untuk melihat kawasan sekitar.


Anak-anak sedang berseronok mandi manda di kolam renang kompleks.


Saya pula berjalan kaki seorang diri menuju ke kawasan pantai berdekatan. 


Di situ baru saya sedar di manakah kedudukan balai cerap Teluk Kemang. Kewujudannya pernah saya dengar kerana merupakan salah satu lokasi utama untuk melihat anak bulan bagi menentukan masuknya bulan puasa Ramadhan juga masuknya bulan raya Syawal. Lihat artikel Pantai Purnama and surroundings from top floor of Cocobay condos di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Tapi tu le, baru kali ini saya tahu kedudukan lalu tergerak untuk melihat lebih dekat. Lewat petang saya pergi membawa isteri ke sana...


Kami pergi berdua sahaja tanpa membawa anak-anak. Ketika itu sudah hampir matahari terbenam. Pemandangan sangat mengasyikkan.  Lihat The waters of Teluk Kemang observatory complex


Sesekali ber'dating' bersama isteri apa salahnya ya tak? Naiklah ke atas menara balai cerap untuk menikmati pemandangan sekeliling seraya berdua-duaan yang sah malah digalakkan oleh syarak.


Pemandangan ternyata lebih mengasyikkan dari atas. Kalau tidak kerana memikirkan harus kembali ke apartmen melihat anak-anak boleh sahaja kami melepak berdua hingga lewat malam. Lihat Views from Teluk Kemang observatory tower.


Sebelum kembali ke apartment dan sebelum hari betul-betul gelap kami mengambil kesempatan melihat satu lagi kawasan. Lihat artikel  The beach between Tanjung Tuan and Pantai Purnama. Tu dia. Bukan kali pertama saya juga isteri dan anak-anak pergi ke PD. Dah pergi banyak kali. Tapi inilah kali pertama kami bermain-main di sekitar kawasan ini, kawasan yang terletak ke selatan pantai Teluk Kemang yang lebih kami kenali...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan