Jumaat, September 23, 2016

Beruzlah ke Pantai Timur - Tok Pulau Manis dan legasi lama Terengganu di Kuala Berang

Mengambil berkat pagi Jumaat yang mulia ini, masuk kita pada cerita hari ke-6 perjalanan di Pantai Timur. Bersambung daripada artikel Beruzlah ke Pantai Timur - Hol almarhum Tokku Paloh dan Syahadah Tokku.


Ahad 4 September 2016, hampir jam 10 pagi. Kami meninggalkan homestay di pinggir bandar raya Kuala Terengganu lalu mengorak langkah untuk kembali ke Lembah Klang.


Dari KT ke rumah kami ada jarak lebih 450 km gitu. Ada tempat-tempat yang mahu disinggahi dalam perjalanan lalu kami mengambil jalan kampung.


Tempat pertama adalah makam wali besar Terengganu abad ke-17 Masihi, Tok Pulau Manis.


Letaknya sekitar 15 km sahaja dari homestay...


Di sini kami bertemu seorang waris dan isterinya yang suka membaca kisah perjalanan saya di blogspot ini juga mengikuti aktiviti-aktiviti HIKMAH. Bergambar di hadapan tanah perkuburan Islam yang mengandungi makam.


Perjalanan diteruskan ke Kuala Berang, sekitar 60 km ke barat-daya KT.


Daerah ini terkenal sebagai tempat Batu Bersurat Terengganu ditemui lebih kurang seabad lalu.


Kami pergi menziarahi makam seorang tokoh lama yang ada kena mengena dengan penulisan batu bersurat. Daripada keturunannya terbit Tok Pulau Manis berabad kemudian. Lihat artikel Visiting the tomb of a holy person at remote Kuala Berang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Makam tokoh tersebut erletakt tidak jauh dari makam Tok Gajah, pejuang Melayu Pahang penghujung abad ke-19 yang merupakan ayahanda kepada Mat Kilau. Singgah di makam Tok Gajah tiba-tiba muncul selebriti dari Sabah, Abu Bakar Elah dan beberapa orang. Rupa-rupanya mereka sedang mengembara ke sekeliling Semenanjung untuk membuat penggambaran satu siri dokumentari berkenaan kemerdekaan. Lihat artikel Bringing friends to the tomb of Tok Gajah


Dari Kuala Berang kami ke Kemaman untuk memenuhi undangan seorang keturunan Tokku Paloh yang ditemui di majlis hol wali besar Terengganu abad ke-19 itu agar bertandang ke rumah beliau. Rujuk balik artikel Beruzlah ke Pantai Timur - Hol almarhum Tokku Paloh dan Syahadah Tokku.


Rumah tersebut terletak sebelum bandar Chukai. Saya sudah lupa apakah gambar ini diambil sebelum atau selepas bertandang ke rumah. Saya tidak mengambil gambar di rumah.


Yang ini saya pasti selepas meninggalkan rumah kerana kelihatan jejantas yang mendekati bandar Chukai. Ketika ini saya dan keluarga yang bergerak dalam satu kereta sudah berpecah arah dengan sahabat kami Tengku Ahmad dan keluarga yang mahu kembali ke Lembah Klang secepat mungkin petang itu.


Kami mengikut kawan isteri dari Kuantan dan anaknya yang menaiki kereta hadapan.


Pintu gerbang masuk ke negeri Pahang. Kami membuat keputusan untuk bermalam di rumah kawan tersebut, esoknya baru menyambung perjalanan kembali ke rumah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan