Isnin, Julai 11, 2016

4 Syawal 1437 - Menyahut panggil Jugra

Menutup gerak rentetan cerita sekitar hari-hari terawal Syawal. Bersambung daripada 3 Syawal 1437 - Bersama keluarga isteri di Tanjung Sepat.


Sabtu 9 Julai 2016 bersamaan 4 Syawal 1437 Hijriah. Kami bersiap untuk keluar berhari raya lagi di sekitar kampung isteri di Tanjung Sepat, Banting, Selangor.


Posing sebentar di rumah peninggalan arwah ibu bapa isteri. Tentunya ada set lain busana tradisional Melayu dipakai untuk hari itu.


Selepas beraya ke rumah seorang abang kepada isteri yang terletak di sebelah rumah arwah ibu bapa (sebelum ini abang ipar saya itu tiada di rumah kerana beraya di tempat lain) kami ke rumah beberapa orang sepupu isteri.


Terlihat cermin besar terasa hendak mengambil gambar sendiri.


Suasana beraya bersama keluarga belah isteri...

















Selepas Zohor kami meninggalkan Tanjung Sepat lalu ke Jugra...





Adapun Jugra dan Bukit Jugra terletak tidak jauh daripada laluan kami hendak kembali ke rumah sendiri di Sungai Buaya, Rawang. Singgahlah sebentar, mula-mula di satu kawasan kaki bukit.


Singgah ziarah makam seorang pahlawan yang dikenali sebagai Raja Berayun dan ahli keluarga...





Kemudian naik ke bahagian lain bukit, di satu kawasan lereng di mana terdapat kompleks makam Sultan Abdul Samad, Sultan ke-4 Selangor.


Cuma pintu masuk ke bangunan utama makam pula berkunci. Tak pasti sejak bila, sebelum ini mudah aje kami masuk ke dalam. Yang saya ada dengar pintu mula berkunci apabila didapati ada orang buat perkara yang bukan-bukan dalam bangunan.


Tak mengapalah. Cukup sahaja kami berziarah di luar bangunan. Kemudian kami ada melihat beberapa makam kerabat yang terletak dalam kawasan terbuka di belakang bangunan. Selepas itu kami berhari raya ke 2-3 buah lagi rumah. Cukuplah sajian cerita daripada saya buat hari-hari terawal Syawal...


2 ulasan:

  1. Selamat hari Raya tuan...maaf zahir batin jika ada sebarang post yg menyakitkan hati tuan...semoga tuan bertambah kuat untuk berkongsi ilmu pengetahuan anda...

    BalasPadam
  2. Sama2 le kita. Insyaallah perkongsian akan diteruskan selagi hayat dikandung badan...

    BalasPadam