Ahad, Julai 10, 2016

3 Syawal 1437 - Bersama keluarga isteri di Tanjung Sepat

Masuk satu lagi cerita. Bersambung daripada 2 Syawal 1437 - Baru keluar beraya ke rumah orang.


Sekitar jam 1 pagi Jumaat, 8 Julai 2016 bersamaan 3 Syawal 1437 Hijriah kami bertolak meninggalkan rumah ibu bapa saya di Muar lalu sampai di kampung isteri di Tanjung Sepat, Banting, Selangor sekitar jam 4 pagi. Jam 10.30 kami pun bersedia untuk keluar berhari raya. Beginilah set pakaian kami untuk 3 Syawal...





Kami mulakan dengan menziarahi rumah jiran dan saudara mara yang boleh dicapai dengan selesa berjalan kaki.


Nah. Lihatlah keadaan kami daripada beberapa sudut pandang...


Adapun kebiasaan saya bercerita jarang sekali menggunakan gambar diri sendiri. Gambar ahli keluarga pun sekali sekala. Jadi kenapa untuk hari raya kali ini banyak gambar kami anak beranak ya? Biar saya berterus terang. Kali ini ada usaha yang mahu dinaikkan. Saya mahu menolong isteri mempromosi satu jenama yang diterbitkan baru beberapa hari sebelum raya untuk beliau, jenama melibatkan busana tradisional Melayu atas kreativiti isteri dan hasil tangannya. Sesungguhnya segala pakaian kami anak beranak sejak saya mula berbusana tradisional penghujung tahun 2012 memiliki sentuhan peribadi isteri. Sila masuk ke blogspot Bona Fida untuk penerangan lanjut...


Jam 11.30 baru kami berkereta untuk menziarahi rumah saudara mara yang terletak lebih jauh...























Waktu Zohor kami kembali berehat di rumah peninggalan arwah ibu bapa isteri. Sekitar jam 3.30 bersiap balik untuk keluar berziarah lagi.


Duduk sebentar di tangga bergambar anak beranak.



Bergambar bersama adik beradik isteri dan keluarga masing-masing. Untuk pengetahuan isteri memiliki 13 orang adik beradik termasuk dirinya. Beliau adalah anak ke-11 merangkap perempuan bongsu. Yang kelihatan dalam gambar ini cuma anak beranak daripada 4 atau 5 adik beradik. Melalui keluarga sebelah sini kami sudah memiliki ramai cucu saudara.

Oh, baru teringat kenapa ada break atau rehat berziarah sekitar waktu Zohor. Hari itu adalah hari Jumaat, maka orang laki-laki harus menunaikan solat berjemaah Jumaat di masjid. Saya pergi berbusana penuh dengan siap berkeris. Lupa pula nak ambil gambar. Kembali daripada masjid baru berehat sebelum menyambung kembali ziarah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan