Selasa, Disember 01, 2015

Menggamit warisan Daulah Melayu di UPM

Salam sejahtera. Sedikit cerita daripada aktiviti semalam.


Pagi Isnin 30 November 2015, saya dan tim Daulah Melayu bertolak ke kampus UPM atau Universiti Putera Malaysia di Serdang untuk membuat penggambaran di sana.


Terus ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.



Masuk ke bangunan ini.


Di tepinya kelihatan sebuah taman.


Ada sungai kecil mengalir. Seberang jambatan ini dan anda akan dibawa kembali ke zaman lampau.


Di hadapan sana terdapat beberapa buah rumah lama yang didatangkan daripada jauh lalu dipasang kembali di sini...






Rumah-rumah ini berusia antara 90 lebih hingga 150 tahun. Setiap satu mempunyai cerita menarik di sebalik kewujudannya. Lihat artikel-artikel yang telah diletakkan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) :-







Sebetulnya rumah-rumah itu adalah sebahagian daripada kompleks merangkap pameran luar untuk Muzium Warisan Melayu di bawah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Diwujudkan sekitar 2 tahun lalu sebelum dilancarkan separuh rasmi melalui acara soft launch April 2014 ia menempatkan sejumlah koleksi menarik barangan asli yang susah untuk ditemui di tempat lain.


Koleksi senjata misalnya memaparkan keris-keris lama yang diperolehi daripada setiap negeri di Semenanjung Malaysia juga beberapa tempat di Indonesia.


Ada pula sundang yang tertulis perkataan "Panglima Muar" diperolehi daripada Belanda. Ada istinggar Melayu abad ke-18 dibeli daripada pengumpul barangan antik di luar negara.


Muzium ini turut memiliki satu-satunya manuskrip yang diketahui menceritakan nilai keris Taming Sari milik Hang Tuah dan buatannya. Lihat Muzium Warisan Melayu (Malay heritage museum), UPM.


Bergambar bersama pengarah muzium, Dr. Muhammad Pauzi Abd Latiff...


Selesai penggambaran dalam bangunan utama muzium kami bersolat Zuhur di sini. Masjid (Mosque of) Universiti Putra Malaysia.


Sekitar jam 4 petang kami bersiap untuk membuat penggambaran di dalam rumah tradisional ini pula. Lihat Rumah Negeri Sembilan di (Negeri Sembilan house at) UPM.



Bila dah dapat setting yang elok lalu sedia untuk memulakan penggambaran hujan lebat turun mencurah-curah lalu berterusan buat beberapa lama. Tercongoklah kami menunggu hujan reda. Nak buat penggambaran ketika hujan lebat audio atau rakaman bunyi dan suara akan terganggu. Akibatnya dekat Maghrib baru penggambaran selesai. Apapun ternyata apa yang terdapat di sini sangat menarik. Untuk cerita lanjut sila baca di sini juga sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan