Rabu, Februari 11, 2015

"Tokong Melayu' di Bukit Hospital dan makam bangsawan Bugis

Adapun cerita dalam artikel Misi HIKMAH Beruas - Jejak Malikul Mansur sengaja ditamatkan dengan gambar daripada atas jambatan menyeberangi Sungai Dinding di Lumut. Selepas itu saya dan keluarga masuk ke negeri Selangor melalui jalan pantai lalu singgah di bandar Sungai Besar untuk satu urusan, pergilah bersolat di masjid sana. Lihat artikelMasjid jamek (Main mosque of) Makmuriah, Sungai Besar  di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Seterusnya kami melalui Kuala Selangor, tergerak untuk menziarahi sebuah makam yang sudah agak lama tidak dijejaki. Terjadilah cerita di bawah...



Makam tersebut terletak di sebalik Bukit Hospital, sebuah bukit kecil di seberang jalan menghadap pekan lama Kuala Selangor. Ia dipanggil dengan nama itu kerana hospital lama pernah terletak di situ (kini tinggal sebatang dua tiang, lihat artikel lama The hill called Bukit Hospital in Kuala Selangor di blogspot BERPETUALANG KE ACEH). Jalan terbaik untuk sampai ke makam adalah masuk satu kawasan betul-betul selepas bukit daripada arah pekan selepas itu berjalan kaki di atas satu batasan tanah. Tengok-tengok ada pula tanda "Bahaya". Kenapa pula ini?


Saya perhatikan kawasan begitu lapang dan kemas berbanding dahulu. Bandingkan dengan gambar-gambar pada artikel Bukit Jeram dan satu watak misteri bernama Upu Chendera Burung (ditulis hampir 5 tahun dahulu).


Kawasan lebih kemas dan cantik, kenapa sebut "Bahaya"? Ke nak halang orang ramai daripada masuk kerana ada sesuatu yang tak berapa cantik? Yang pasti beberapa pokok besar di sekitar itu diikat dengan kain kuning, suatu perbuatan yang biasa dilakukan orang Hindu. Tetapi ada tokong merah kelihatan milik orang Cina.



Saya pun pergi lebih dekat...





Ait? Ada sejadah?





Saya mengintai pula ke dalam tokong yang berkunci.


Hah? Ada patung yang memiliki ciri-ciri rupa paras seorang Melayu. Ada tongkat, songkok, kopiah, kompang dan di sebaliknya kelihatan seperti belakang golok. Nampaknya tokong ini dibuat untuk menyembah seorang 'Latok Melayu'.


Saya melihat pula tokong berwarna kuning tidak jauh di sebelah.





Dah ambil gambar baru sedar ia kurang jelas. Tapi cukup untuk menunjukkan patung di dalam memiliki rupa paras orang Cina.





Persoalan kembali pada "Latok Melayu" dalam tokong Merah tadi. Apakah ia merujuk kepada pemilik makam di bawah sana, makam yang ingin saya ziarahi? Lihat Rupa baru makam Upu Chendera Burung (New look of the tomb of Upu Chendera Burung). Apa pula sebab tempat ini dibersihkan untuk penyembahan kemudian boleh pula letak tanda "Bahaya"? Apakah ia memberi apa-apa kelebihan kepada orang Cina yang menyembah?


p/s : Nampaknya ada sedikit gangguan berlaku ke atas diri saya ketika menulis artikel ini. Rasa kepala dan badan gatal-gatal semacam. Tak mengapa dah lalu benda-benda macam ni. Yakinlah tak memberi mudharat makhluk ke atas kita kecuali ujian daripada Allah SWT jua... :]


2 ulasan:

  1. Istilah lain mungkin keras tempat tu sebab tu di letakkan tanda bahaya.Tapi yakinlah kebesaran Allah. Jika masih ada gangguan kena cari yang arif atau Saudara boleh selesaikan sendiri :)

    BalasPadam
  2. rupanya ada byk "tokong melayu" di Malaysia ni. Saya cuma pernah nampak di Gerik saja. itu pun di sebuah bengkel kereta milik orang Cina

    BalasPadam