Rabu, Januari 07, 2015

Ke utara menutup kalendar 2014 - Memaknai perjuangan Melayu dan jambatan kedua Pulau Pinang

Masuk penceritaan hari ke-4 perjalanan di utara. Bersambung daripada Ke utara menutup kalendar 2014 - Daeng Parani, kemalangan di Kuala Muda, menunaikan janji di Pulau Pinang.


Ahad 28 Disember 2014. Pemandangan daripada serambi homestay tempat kami bermalam di Balik Pulau.


Anak-anak nak ikut saya keluar ambil angin sat, isteri tinggal berehat.


Terjumpa satu jeti nelayan.


Ada pemandangan menarik menghadap perairan luas Selat Melaka. Lihat artikel The scenery at Sungai Burung di blogspot BERPETUALANG KE ACEH
.


Selepas jam 2.30 petang baru kami check out lalu bergerak untuk menghadiri majlis di tempat berdekatan.





Memang tujuan utama kami ke Pulau Pinang malah ke utara adalah untuk menghadiri majlis ini. Perjalanan ke Kedah, ke Lembah Bujang, Sungai Batu dan sebagainya waima untuk mengatur penganjuran acara ke-12 HIKMAH (lihat artikel HIKMAH Lembah Bujang - Anak-anak Kedah sudah bersedia untuk menjayakannya di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)) dibuat mengambil kesempatan atas majlis ini sebenarnya. Alang-alang dah bergerak jauh ke utara biar juga ke Kedah yang memang terletak bersempadan dengan Pulau Pinang.





Ke tempat bernama Dataran Warisan Alang inilah saya berkejar petang sebelumnya untuk membuat pembentangan malam, setelah mengalami kemalangan seperti diceritakan pada artikel Ke utara menutup kalendar 2014 - Daeng Parani, kemalangan di Kuala Muda, menunaikan janji di Pulau Pinang.





Alhamdulillah, acara yang diberi nama Temasya Adat Istiadat Melayu 2014 ini mendapat sambutan yang memberangsangkan terutama daripada kumpulan atau perguruan persilatan berdekatan.





Dahulu selepas menjayakan acara ke-9 HIKMAH di Bayan Lepas iaitu di bahagian tenggara Pulau Pinang hampir setahun lalu (Balik Pulau terletak di barat-daya pulau) saya dan keluarga pergi ke sini untuk majlis yang boleh dianggap susulan HIKMAH. Lihat Ukhwah Pendekar Malaiu di Balik Pulau. Sekarang tempat ini sudah ada tarikan tambahan berupa beberapa ekor kuda...




















Cuma apabila masuk bab pembentangan/perkongsian ilmu tentang sejarah atau makna Melayu ramai sudah meninggalkan acara.



Mungkin mereka harus mengejar perkara lain kerana pembentangan yang dibuat dalam bentuk ucapan tanpa bantuan apa-apa bentuk paparan bermula selepas jam 3. Tapi kelihatan pada saya ramai belum pandai menghargai pengisian yang mewarnai atau lebih tepat memaknai perjuangan Melayu.


Pada saya inilah kelemahan para pejuang Melayu pada kala ini. Ramai mungkin pandai bersilat,tahu berkuda sambil memanah, ada yang tahu ilmu kebal, ada yang boleh menerbangkan pedang dan parang. Tapi tanpa memiliki makna yang tepat untuk mengisi perjuangan bangsa kita senang diperkotak-katikkan musuh. Formulanya senang sahaja. Tanpa ilmu ekonomi, kurang ilmu sahsiah, ilmu agama pun suam-suam kuku, setakat taat bersyariat tetapi tidak dapat mendalami hakikat, mereka dengam mudah dapat dijadikan alat untuk menyokong orang bukan Melayu yang pandai menabur duit dan sebagainya lalu boleh dilaga-lagakan sesama Melayu yang lain.

Tak payah berceloteh panjang tentang ini. Saya rasa ramai sudah tahu bagaimana di luar sana terdapat kumpulan-kumpulan 'pejuang' Melayu yang pandai bersilat akhirnya setakat jadi bouncer di kelab malam, tukang tarik kereta, tukang kutip hutang, jadi balachi orang politik dan sebagainya. Yang dipukulnya adalah sesama Melayu jua, jarang dapat bertindak ke atas bangsa lain kerana terhutang budi, duit dan sumber pendapatan. Semuanya disebabkan kurang pengisian untuk memaknai perjuangan Melayu.


 Saya dan keluarga meninggalkan majlis selepas Asar untuk mengorak langkah kembali ke selatan.


Tergerak untuk melihat tempat bernama Gertak Sanggul di selatan menghala ke penghujung barat-daya. Berhenti makan laksa sebelum sampai. Lihat A visit to Gertak Sanggul.


Selepas itu kami ke Bayan Lepas berjumpa seorang sahabat yang baru beberapa bulan mendapat anak. Pekena sekali nasi dalca yang sudah lama saya nak rasa, sejak mendapat tahu kewujudannya iaitu semasa menjayakan acara HIKMAH di sana. Tapi ketika itu tak sempat kerana banyak mengejar hal selain menjayakan acara. Sahabat inilah yang bertanggungjawab membawa HIKMAH ke Pulau Pinang. Lihat Acara kesembilan HIKMAH di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Feb 2014



Dari Bayan Lepas kami mengambil jalan ke Batu Maung lalu keluar dari pulau melalui jambatan kedua Pulau Pinang. Ketika kami terakhir sampai untuk HIKMAH, jambatan ini belum dibuka kepada umum. Lihat Our first time on the 2nd Penang bridge.



Isteri saya mahu kami kembali terus ke rumah. Tetapi sampai ke Bukit Gantang trafik sangat perlahan sedangkan saya sudah amat kepenatan. Ini membuat isteri mengajak saya bermalam di suatu tempat. Nanti diceritakan sebagai penutup siri ini.


2 ulasan:

  1. As'salammualaikum...maaf sekiranya Hamba menggangu....ingin hamba mengetahui ketika Tuan Hamba di Tanjong Belanja Parit.....sesungguhnya Hamba sekarang sedang menjejaki ahli keluarga Hamba yg tersisih sekian lama....bole tak Hamba mohon bantuan Tuan Hamba sekiranya tak menggangu Tuan Hamba...

    BalasPadam
  2. Wassalam. Kalau di dalam kemampuan dan kelapangan hamba insyaallah boleh...

    BalasPadam