Isnin, Disember 01, 2014

Misi Sungai Batu Pahat - Faktor 131 di Tanjung Tohor

Salam semua. Seminggu lalu saya membuat artikel Karnival Bukit Treh dan Disambut ular di mulut gua menyatakan penyertaan dalam satu majlis di Muar Sabtu itu. Ahadnya, pagi 23 Nov saya memulakan satu perjalanan kecil. Biar dipanggil "Misi Sungai Batu Pahat".


Misi itu adalah untuk mengambil gambar Sungai Batu Pahat daripada beberapa tempat dan sudut. Dari rumah ibu bapa di Kampung Temiang saya masuk ke pusat bandar Muar untuk bersarapan nasi beringin kegemaran di kedai sebelah Sungai Muar.


Seharusnya selepas itu saya terus ke Batu Pahat untuk memulakan misi. Oh, anak saya Rasyid ikut sama...


Sebaliknya timbul gerak untuk mengambil dahulu gambar Sungai Muar daripada beberapa tempat. Lihat artikel Muar river from the esplanade besides the old bridge dan Lovely views from the Muar old bridge di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Tak cukup itu timbul rasa untuk singgah dahulu di Tanjung Emas yang terletak berhampiran muara Sungai Muar.



Tengok sat beberapa aktiviti, sempat biarkan anak bermain di taman permainan, sempat juga mengambil lagi gambar-gambar Sungai Muar daripada beberapa sudut. Lihat Views from Tanjung Emas jetty dan The waters off my childhood Tanjung....


Tengah hari baru saya mengorak langkah meninggalkan bandar Muar. Mengambil Jalan Junid yang merupakan jalan besar terhampir ke garisan pantai kami singgah sebentar ke makam Panglima Lidah Hitam di Parit Sakai (i pada papan tanda tu dah hilang).





Setelah beberapa jauh Jalan Junid mengecil menjadi jalan kampung lalu kita harus masuk ke Jalan Abdul Rahman. Jalan itu pula membawa ke jalan utama Muar-Batu Pahat melalui pekan Parit Jawa.


Sampai di Parit Jamil berhenti untuk melihat masjid ini. Lihat artikel Masjid jamek (Main mosque of) Parit Jamil, Muar di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Dah perangai saya susah hendak berjalan terus ke suatu destinasi tanpa singgah di tempat-tempat. Tak cukup itu saya lari jauh dari jalan besar untuk masuk ke tempat bernama Tanjung Tohor.


Tak tahulah apa yang ada di situ kerana belum pernah singgah. Sampai perlu bergerak lebih 4 km keluar daripada jalan besar kemudian masuk jalan batu kerikil 2 km. 


Dah sampai ke laut ikut pula garisan pantai lagi 1-2 km. Bukan ada apa sangat pun yang boleh ditengok. Tetapi gerak hati saya tetap memaksa agar masuk sejauh mana yang mungkin. Lihat Detour to Tanjung Tohor.


Dalam perjalanan keluar terasa timbul satu petunjuk. Meter bawah kereta menunjukkan nombor 131. Oleh kerana nombor ini memiliki makna home sweet home buat saya terasa mesti ada sesuatu.


Pandang ke kanan kelihatan satu-satunya rumah di sekitar itu.


Ke hadapan sedikit masuk nombor 131.3 menandakan 131.3 km setelah meter masuk kosong kembali.


Satu-satunya rumah yang kelihatan ketika itu...


Ke hadapan, satu lagi penanda. Meter masuk 131.9.


Satu-satunya rumah berada di kiri. Oh, saya sering bertanjak dalam perjalanan ini.

Biar dimaklumkan ini bukan bermakna saya telah berjalan 131.9 km sejak meninggalkan Muar. Sebenarnya sejurus selepas memasuki Jalan Junid meter menunjukkan nombor 90. Ini kerana saya dan isteri tak reset meter bawah itu sejak beberapa lama. Kami membiarkan ia berputar sahaja secara semulajadi. Dah sampai ke Muar baru terbetik dalam fikiran, agaknya di manakah nanti ya ia akan menunjukkan nombor 131?


Ke hadapan sedikit lagi kelihatan sekolah ini.


Letaknya 300 meter dari rumah tadi.


Tidak lama kemudian jam kereta pula menunjukkan waktu 1:31.


Ketika ini saya sudah lebih 2 km meninggalkan sekolah tadi.


Tapi masih juga belum sampai jalan besar. Ada 200-300 meter lagi...


Tidak lama selepas memasuki jalan besar saya tertarik untuk masuk ke jalan kecil lagi.


Sampai terlajak ke jalan sempit akibat majlis perkahwinan malah terus lagi sampai jumpa jalan besar lain baru tersedar sudah terlepas destinasi.


Destinasi tersebut ialah kolam air panas Sungai Grisek. Nasib baik berbaloi masuk. Lihat artikel The hot spring of Sungai Grisek.


Selepas itu saya berazam akan terus memandu ke Batu Pahat. Kalau nak singgah mana-mana tempat pun bila dah dekat dengan bandar. Cuma di Parit Yusof iaitu sebelum simpang ke Parit Bugis saya ada singgah ke masjid. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Parit Yusof, Muar.


Tengok tu masih ada 22 km untuk sampai ke Batu Pahat. Sedangkan tujuan utama perjalanan ini dibuat adalah untuk mengambil gambar Sungai Batu Pahat daripada beberapa tempat. Bermakna banyak lagi tempat perlu disinggahi, kalau boleh sebelum gelap. Walhal ketika gambar ini diambil sudah hampir 2.30 petang.


Nasib baik yang dimaksudkan adalah 22 km ke bandar Batu Pahat. Dua minit selepas itu saya pun keluar dari daerah Muar masuk ke daerah Batu Pahat. Oh, masih ada satu lagi faktor 131 sepanjang perjalanan ini. Untuk makluman semua artikel berbahasa Inggeris yang dipautkan untuk menunjukkan tempat-tempat, daripada Sungai Muar hingga ke Sungai Grisek termasuk dalam faktor ini. Ia membentuk artikel ke 1,311 hingga ke 1,317 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung nanti...


2 ulasan:

  1. Sy org kampung ni tuan.tp yg tuan sampai tu bukan tanjong tohor yg sebenar.yg sebenar tuan kena masuk bakau bakau.untuk melihat struktur tanjongnya yg tohor.iaitu pantainya.

    BalasPadam