Rabu, November 19, 2014

Seminar Kesultanan Selangor dalam Arus Sejarah Malaysia - Peranan raja dalam undang-undang tubuh negeri



Selepas makan tengah hari di dewan bawah saya bersolat Zohor di surau tingkat 3 muzium. Kelihatan masjid negeri daripada tingkap surau.



Jam 2.34 saya masuk kembali ke dewan seminar. Namun sesi pembentangan petang belum bermula lagi. Saya pun kembali ke surau lalu berbaring rehat. Kebetulan memang kepala terasa amat penat, terus terlelap.


Apabila bangun lalu masuk ke dewan sudah jam 3.46.


Ketika itu Encik Abdur-Rahman Mohd Amin daripada Universiti Petronas sedang bercakap tentang "Warkah Suci Putih Hati daripada Sultan Ibrahim kepada Francis Light". 


Kertas kerja ini merujuk kepada sultan kedua Selangor, Sultan Ibrahim (memerintah 1782-1826). Terdapat beberapa warkah daripada baginda membuktikan hubungan dengan beberapa kesultanan Melayu lain, antaranya Aceh yang mana ada naskhah lama menyebut pernah meminta bantuan Selangor untuk menangani masalah pemberontakan orang Dusun.


Ikut atur cara, Abdur-Rahman adalah pembentang kedua dan terakhir sesi petang seminar. Nampaknya saya sudah terlepas pembentangan pertama daripada Dr Mohd Supian Sabtu dari UM bercakap tentang "Data Kesultanan Melayu Selangor : Kajian Berdasarkan Jumpaan Numismatik". Tengok-tengok masih ada lagi seorang pembentang iaitu Dato' Haji Nik Suhaimi bin Nik Sulaiman. Beliau adalah penasihat undang-undang negeri, kertas kerjanya bertajuk "Undang-undang Tubuh Negeri Selangor".


Menurut atur cara, ini adalah kertas kerja ketiga dan terakhir pada sesi pagi. Nampaknya beliau tidak dapat hadir awal, mungkin ada tugasan dan inilah yang membawa kepada perubahan saat akhir seperti diceritakan pada Seminar Kesultanan Selangor dalam Arus Sejarah Malaysia - Tentang Raja Musa yang diketepikan.





Sedikit tentang bagaimana undang-undang tubuh negeri Selangor terbentuk telah disentuh oleh Prof Abdullah Zakaria sebelum rehat tengah hari. Nik Suhaimi menambah proses-proses seterusnya. Paling saya tertarik adalah 7 Wasiat Raja-raja Melayu. Sila rujuk artikel Kertas kerja HIKMAH IX - Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)


Peranan raja-raja dalam pembentukan undang-undang negeri juga perlembagaan negara Malaysia (dahulunya Persekutuan Tanah Melayu) diberikan penekanan...


Kemudian baru masuk pada bab aplikasi zaman yang lebih moden.











Sesi soal jawab...





Selepas majlis tamat diikuti minum petang di dewan bawah saya singgah bersolat Asar di masjid negeri. Teringat pula perkongsian cerita tentang penulisan siri novel "Berpetualang ke Aceh" di dewan utama solat masjid lebih 2 tahun lalu. Lihat artikel lama Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
.





4 ulasan:

  1. Alhamdulillahhh..brjumpa lagi shbt
    Bnyk yg térsirat ttg knpa rja musa dipinggirkn..?
    Kata2 térakhir marhum sultan alam shah sbelum mangkat: "pulangkan..pulangkan.."
    Pulangkan apa..?
    Adakah mérujuk pd takhta yg "téralaih" pd bukan yg hak..?

    BalasPadam
  2. Bab pulangkan tu rasanya semua orang faham. Tapi ya le, takkan nak sebut terang2...

    BalasPadam
  3. As salam. Sukacita dapat membaca laporan saudara, kerana saya tidak dapat hadir.

    BalasPadam
  4. kasihan raja musa....
    kasihan juga sultan hisyamuddin...

    penjajah keparat!!
    sepanjang sejarah.. depa selalu laga-lagakan kita semua. minang jawa dan bugis hari nie saling berantakan akibat dendam lama yang tak berkesudahan. takhta dan empayar punya pasal. sepatutnya...kita semua nie bersaudara. kena bersatu semula. nak bikin empayar masing-masing...apa salahnya bahagikan saja nusantara kepada minang..jawa dan bugis kalo itu yang dimahukan. masing-masing boleh tetapkan sempadan wilayah empayar masing-masing. asal saja masing-masing kukuhkan kerjasama dan bahu-membahu mendepani musuh yang sama iaitu yahudi dan nasoro. nusantara nie luas dan besar. apa salahnya bahagia tiga wilayah empayar kalo tak bernafsu buas?? maaf lah tulis macam nie. sebab rata-rata aku tengok..org kita dok kaj isejarah nie. sebenarnya..nak angkat balik empayar masing-masing. nak angkat...boleh. tapi jangan guna alasan tue..nak ulang semula kesilapan leluhur terdahulu. perang sama sendiri..dalam masa yang sama lantik dan beri muka yahudi nasoro jadi geng. menyampah aku!!

    BalasPadam