Sabtu, November 22, 2014

Karnival Bukit Treh

Salam. Ini ada acara sedang berlangsung ketika saya menulis ini.


Saya kini berada di rumah ibu saya di Kampung Temiang, Muar. Sekitar 1 km dari situ ada majlis Karnival Bukit Treh sedang berlangsung iaitu di sebelah rumah berhadapan Masjid Bukit Treh.














Saya diberitahu majlis diadakan untuk merasmikan beberapa tempat di Bukit Treh yang baru dinaikkan papan tanda kerana nilai tarikan sejarah dan legenda.  Cuma sementara menunggu ADUN tempatan datang merasmikan komponen karnival majlis diadakan di perkarangan rumah ini 100-200 meter dari kaki bukit... 























Dari tapak karnival boleh kelihatan Bukit Treh di sebalik masjid.


Saya turut serta membuka gerai buku yang turut berfungsi sebagai pameran sejarah.



Ini kerana yang diketengahkan adalah buku ke-7 saya "Jejak Keluarga Yakin : Satu Sketsa Sejarah" terutama muka surat- muka surat berkenaan.


Buku ini mengandungi banyak maklumat tentang sejarah Muar termasuk Bukit Treh itu sendiri. Sila rujuk artikel Menghidupkan Bukit Treh di Muar sebagai tempat pelancongan legenda bersejarah yang ditulis kurang 3 minggu lalu.


Turut dipamerkan beca-beca Muar milik penduduk tempatan. Katanya ia sudah lama tidak dimanfaatkan, sekadar menjadi koleksi di rumah kerana tiada lagi keperluan zaman sekarang.


Di tempat makan berdekatan saya ditunjukkan gasing tradisional buatan seorang pakcik.


Kembali ke gerai buku. Marilah datang sementara acara masih berjalan. Mari... :]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan