Selasa, September 09, 2014

Dari Car Book Sale ke jemputan makan dan silaturrahim bersama kawan-kawan pemanah



Esoknya pagi Sabtu saya ke Perpustakaan Negara untuk menghadiri acara Car Book Sale - jualan buku dari but kereta.


Sudah setahun saya tidak menyertai acara ini... ke bulan 4 ada pergi tapi tak ingat?


Apapun gerai buku saya tetap paling sempoi kerana cuma menjual sedikit buku, buku-buku tulisan sendiri.



Kali ini faktor 'kesempoian' meningkat sekali ganda kerana saya ada membawa kerusi malas...






Namun saya tidak banyak berada di kawasan jualan sebaliknya asyik berjalan-jalan ke bahagian lain perpustakaan. Kebetulan ada majlis pelancaran buku saya pun layan...





Dan saya berada di sana cuma separuh hari sahaja walhal jualan berterusan hingga jam 4. Jam 12 saya meninggalkan perpustakaan untuk ke Bukit Sentosa melihat satu acara memanah.



Tempat itu tidak berapa jauh dari rumah saya. Apabila mendapat tahu sejumlah kawan-kawan pemanah berkumpul di situ saya mahu mengajak mereka bertandang ke rumah.






Kalau ikut rancangan asal selepas Car Book Sale saya mahu membawa isteri dan anak-anak berjalan ke Janda Baik. Tapi bukan selalu kawan-kawan datang untuk memanah dekat rumah. Sesungguhnya saya dan isteri sangat suka menerima tetamu. Petang Khamis baru mendapat tahu rancangan mereka untuk memanah terus saya dan isteri mengatur untuk menjamu.




Untuk pengetahuan ini adalah kali ke-4 kami meraikan ramai tetamu sekali gus dalam tempoh sebulan.


Kami telah mengadakan 3 kali open house pada bulan raya Syawal, setiap satu untuk lain golongan saudara mara dan kawan, kali ini hampir pertengahan Zulkaedah baru bersama sejumlah kawan pemanah.



Selepas makan kami duduk beramai-ramai bermuzakarah tentang perjuangan Melayu. Alhamdulillah semua puas makan dan dapat sedikit ilmu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan