Selasa, September 09, 2014

Antara Tanjung Malim dan Behrang

OK, satu cerita kecil demi melepaskan gerak...


Jumaat minggu lepas isteri mengajak saya berjalan-jalan ke Tanjung Malim.



Saya pula menyimpan hajat untuk melihat satu kawasan lain berdekatan. Sejurus sebelum sampai ke bandar kami membelok kiri menghala ke Sabak Bernam...



Selepas 15 minit gitu sampai ke satu kawasan perkampungan...



Saya teringin masuk ke Behrang di Perak melalui Kampung Sungai Selisek di Selangor.



Saya pernah sampai 4 tahun lalu tetapi setakat naik jambatan yang menyeberangi Sungai Bernam, sungai yang menjadi sempadan semulajadi antara negeri Selangor dan Perak.


Kali ini baru melihat apa yang ada di Perak sebelah sana, solat Jumaat di sebuah masjid berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) Raja Muda Musa II, Behrang, artikel ke 1,300 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)
.



Kebetulan ada kenalan isteri berniaga kedai makan di sekitar. Baru saya tahu ada pekan cowboy bernama Behrang Stesyen.



Selepas makan dan melihat pekan kami masuk kembali ke Sungai Selisek untuk melihat persekitarannya.



Kemudian baru ke bandar Tanjung Malim. Tapi masuk sekejap sebab hujan lebat dan sudah terasa penat.



Kami mula mengorak langkah kembali, singgah Masjid Sheikh Ismail di seberang bandar Tanjung Malim iaitu sudah masuk Selangor.



Sejurus sebelum memasuki Lebuh Raya PLUS singgah pula di sebuah masjid moden.



Masjid itu dibina di atas tapak masjid lama. Mimbar lama masa ada di satu sisinya.



Ketika membelek-belek mimbar terlihat seekor belalang kunyit hinggap. Entah kenapa hati saya menyuruh menangkapnya lalu membawa masuk ke dalam kereta. Sampai ke rumah dilepaskan, baru semalam terlihat ia bertenggek pada batang kayu hadapan rumah...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan