Sabtu, Jun 21, 2014

Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu 2014 di Perpustakaan Negara

Saya rasa ramai pembaca setia sudah sedia maklum bagaimana sejak 2-3 bulan ini kebelakangan ini saya begitu berat dan malas menulis di mana-mana blogspot. Nak pergi mana-mana majlis pun terasa berat, dan apabila dah pergi tak terasa nak bercerita ataupun ulas seperti kebiasaan sebelum itu. Namun siang tadi timbul rasa seronok untuk kembali bercerita tentang sesuatu. Untuk makluman ini berlaku sejam dua sebelum membeli komputer baru seperti diceritakan dalam artikel Hikmah laptop rosak tadi.


Saya pergi ke Perpustakaan Negara untuk menyaksikan Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu 2014 di bangunan utama.


Berlangsung 26 Mei hingga 26 Ogos, ia terbuka kepada semua dan percuma.


Menariknya ia dibuat seperti pameran muzium.


Siap ada kapal di mana sebahagian besar pameran dikira berada dalam perut kapal.





Pengunjung disuakan dahulu dengan maklumat tentang manuskrip-manuskrip Melayu yang disimpan di luar negara.


Kemudian baru masuk kapal.


Manuskrip-manuskrip tentang ilmu pelayaran menjadi santapan awal.














Ini diikuti manuskrip tentang undang-undang yang diamalkan dahulukala.





Saya rasa tak payahlah dihuraikan panjang lebar pameran.


Cukup disebut ada banyak bahagian meliputi pelbagai aspek kehidupan, dari penceritaan dan hikayat sejarah membawa kepada penggunaan senjata termasuk petua dan jampi serapah untuk senjata api.














Kitab-kitab perubatan turut ditonjolkan. Hmm... saya rasa seperti pernah melihat patung yang sama di muzium Jelebu, Negeri Sembilan.





Busana...


Seni ukiran...


Geram tengok... rasa nak bawak balik rumah... :]








Bahagian ini menghampiri pintu keluar. Ketika itulah saya fikir elok berpatah balik sebentar ke pameran awal.


Bukan apa. Ada tangga naik ke atas kapal.












Turun balik menghampiri pintu keluar.








Tu dia kapal...


Saya rasa ini adalah pameran terbaik pernah diadakan di Perpustakaan Negara, sekurang-kurangnya sejak rajin berjinak dengan buku di sana ketika awal pencarian salasilah keluarga sekitar 12 tahun lalu. Cukup.


1 ulasan:

  1. Memang terbaik,rasanya usaha seperti ini perlu dipergiatkan lagi.Setuju dengan tuan pengelola yang bab ukiran tu,memang rasa macam nak bawa balik rumah...

    BalasPadam