Rabu, April 23, 2014

Misi HIKMAH Aceh - Berkejar ke Perlak sebelum bermalam Jumaat di makam Malikus Saleh



Pagi Khamis 26 Mac 2014. Saya keluar berjalan kaki berseorangan dari hotel untuk melihat bandar Takengon.


Jalan-jalan sampai ke masjid besar. Rehat sebentar di masjid sebelum kembali ke hotel.


Kami check-out sebelum jam 10 lalu bersarapan di kedai berdekatan.


Selepas itu sampailah masa untuk meninggalkan kota atas gunung ini. Terlihat pintu gerbang satu kawasan pejabat kalau tak salah, ada bentuk ukiran yang saya suka panggil sebagai "lidah terjulur".


Singgah membeli buah-buahan di salah satu pekan dalam perjalanan turun.


Sampai ke kota Bireuen sudah jam 1.44 petang. Sempat singgah di sebuah makam di pinggir kota. Lihat artikel Makam lama dekat persimpanan Bireuen ke Takengon (Old tomb near Bireuen to Takengon junction) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Perjalanan diteruskan menghala barat ke Lhokseumawe. Singgah pula di masjid ini. Lihat Masjid al-Ikhlas berhampiran Lhokseumawe (Mosque of al-Ikhlas close to Lhokseumawe).


Ke hadapan sedikit terdapat makam satu watak yang katanya seorang ahli sihir perempuan dari negeri Cina tetapi kemudian memeluk Islam lalu mengahwini seorang putera raja. Lihat Makam (Tomb of) Putroe Neng, Blang Pulo, Lhokseumawe.


Seterusnya kami singgah di Geudong, tapak pusat kerajaan Samudera-Pasai. Di situ terletak makam Sultan Malikus Saleh yang amat terkenal itu. Tapi belum sampai masa untuk singgah. Sebaliknya kami cuma berhenti di makam seorang tokoh lain yang terletak bersebelahan jalan besar. Lihat Makam (Tomb of) Sayid Syarif, Geudong.



Saya mahu membawa keluarga singgah ke Perlak yang terletak lagi 2-3 jam perjalanan.


Menarik melihat keadaan musim pilihan raya umum.


Kami sampai ke pekan Perlak jam 6.10. Oh. Sebelum itu ada singgah di dua buah masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Darul Istiqamah, Julok Cut dan Masjid (Mosque of) al-Ikhlash, Nurussalam.



Dari pekan kami perlu berjalan 6 km lagi melalui kampung-kampung untuk ke tempat tujuan. Ia adalah kompleks makam Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah. Alhamdulillah, kami sampai ketika masuk malam Jumaat. Sebelum itu ada kerisauan takut tak sempat kerana jaraknya begitu jauh dari Banda Aceh... sedangkan ada pelbagai tempat mahu dilawati sebelum acara ke-10 HIKMAH diadakan hari Sabtu


Saya dan isteri sudah 3 kali sampai sebelum ini, 2 kali bersama anak yang bernama Rasyid. Kali ini kami mahu anak kecil kami Johan pula menjejakkan kaki. Selain itu kami mahu menunjukkan pada ayah dan ibu tempat yang pernah menjadi pusat kerajaan Islam yang katanya terawal di Asia Tenggara. Lihat artikel Bringing Johan to the tomb of Maulana Abdul Aziz di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Pada tiang bangunan makam ada salasilah yang mengaitkan kesultanan Perlak dengan banyak kesultanan lain di Alam Melayu. Entah kenapa sebelum ini saya tidak sedar atau tidak ambil peduli. Sila buka di page baru untuk meneliti.


Selepas puas berada di makam baru kami makan malam di pekan Perlak. Kami sudah menjamakkan solat Maghrib dan Isyaq namun singgah di sebuah lagi masjid selepas itu. Lihat Masjid (Mosque of) Baitul Mukhlishin, Perlak.


Apapun saya sudah menyimpan niat untuk bermalam Jumaat di makam Sultan Malikus Saleh. Kami pun berpatah balik dari Perlak ke Geudong. Sampailah di makam hampir 12 malam. Siang nanti iaitu pagi Jumaat kami akan bertemu dengan rombongan dari Malaysia yang akan memeriahkan HIKMAH Aceh...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan