Khamis, Mac 13, 2014

Misi HIKMAH Pulau Pinang - Balik Pulau, Teluk Bahang dan nasi kandar beratur

OK. Sampai masanya untuk menutup siri ini dengan sebenar-benar tutup. Bersambung dari Misi HIKMAH Pulau Pinang - Dan acara pun berlangsung dengan jayanya...


Maka HIKMAH di Pulau Pinang atau HIKMAH IX pun selamat diadakan Sabtu 22 Feb 2014. Esoknya kami pergi ke Kampung Sungai Burung di Balik Pulau untuk satu acara susulan.


Ia boleh dikatakan acara susulan HIKMAH kerana mengambil kesempatan atas momentum acara ke-10 HIKMAH yang diadakan di Bayan Lepas, sekitar 15 km dari Balik Pulau. Selain itu sejumlah hadirin yang datang untuk HIKMAH terutama dari luar melanjutkan suasana perjuangan Melayu Islam di majlis yang diadakan Ahad 23 Feb itu. Lihat artikel Ukhwah Pendekar Malaiu di Balik Pulau di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Sekitar jam 4 gitu baru kami meninggalkan majlis. Kami pergi ke Pondok Upeh yang terletak tidak jauh dari lokasi majlis.


Pondok Upeh ini katanya ada sejumlah madrasah atau sekolah pondok yang diterajui pengamal Tasawuf.


Selepas itu kami menghala ke pekan Balik Pulau. Singgah sebentar di masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) at-Takwa, Balik Pulau di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Pekan Balik Pulau...





Dari situ kami meneruskan perjalanan pusing Pulau Pinang mengikut arah jam. Keluar sebentar dari laluan untuk ke Kampung Pantai Acheh.


Ternyata tempat yang katanya mendapat nama kerana kehadiran orang Aceh suatu masa dahulu itu sudah menjadi satu penempatan majoriti orang Cina.


Masuk kembali laluan pusing pulau, jalan mula berliku-liku kerana mendaki lalu mengikut lenggok tinggi lereng-lereng bukit.


Laluan sama pernah digunakan tapi melawan arah jam apabila kami ke Pulau Pinang untuk menghadiri majis di Balik Pulau kemudian bermesyuarat tentang penganjuran acara ke-10 HIKMAH di Bayan Lepas penghujung tahun 2013. Lihat Misi HIKMAH Pulau Pinang - Berpusing ke Balik Pulau. Ketika itu kami tidak sempat singgah di satu lokasi air terjun dalam perjalanan. Maka kami singgah kali ini tetapi mendapati air pula tiada kerana kemarau. Lihat artikel Dry spell at Titi Kerawang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Dalam perjalanan hujung tahun itu juga kami tidak sempat berhenti sebentar untuk menikmati pemandangan di sekitar tasik empangan Teluk Bahang. Lihat The man-made lake at Teluk Bahang.


Dan paling saya nak singgah kerana tak sempat masa perjalanan hujung tahun adalah pekan kecil Teluk Bahang. Tak tahu apakah yang ada di situ yang menyebabkan saya terasa tak lengkap perjalanan di Pulau Pinang kalau tak jejak. Cuma jalan raya sana paling hujung boleh sampai ke pintu masuk satu hutan simpanan tepi laut. Nak masuk hutan takda masa. Cukuplah melihat sampai ke sini sebelum singgah sebentar ke masjid berdekatan. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Teluk Bahang.


Selepas itu kami terus menghala ke Georgetown. Sebelum masuk bandar raya singgah menikmati pemandangan perairan di tempat ini. Lihat The view at Gurney Drive.



OK. Semasa sampai ke Pulau Pinang pagi Jumaat kami sebenarnya teringin untuk menjejakkan kaki ke makam Dato' Keramat yang namanya diabadikan pada satu jalan utama yang kami lalui ketika itu. Lihat balik artikel Misi HIKMAH Pulau Pinang - 24 jam menuju ke acara. Ketika itu kami tidak tahu lokasi, selepas HIKMAH IX berlangsung baru dapat tahu dari orang lalu kami pun mencari. 


Alhamduillah dapat juga kami menemuinya walaupun sampai ketika hari gelap. Kalau tak boleh terkilan juga kerana kami rasa ziarah ke sini adalah satu elemen penting untuk usaha dan harapan agar Pulau Pinang bebas dari saki-baki elemen-elemen penjajahan Barat... kerana Dato' Keramat ini satu watak penting awal yang membuka penempatan sebelum British datang. Dan lebih penting lagi buat saya, beliau berasal dari Aceh apalagi selepas HIKMAH di Pulau Pinang acara akan dibawa ke Aceh penghujung Mac. Lihat Makam (Tomb of) Dato' Keramat, Pulau Pinang.
.


Sekarang tinggal satu sahaja lagi perkara 'berbangkit' yang harus diselesaikan. Adapun sebelum meninggalkan pulau mutiara ini dalam perjalanan hujung tahun lepas saya teringin hendak menikmati hidangan nasi kandar yang disebut ramai orang sebagai paling enak, di sebelah Masjid Kapitan Keling. Tetapi selepas makan sepinggan di kedai saya mendapati ia tidak seenak seperti pernah dirasa dalam lawatan terdahulu. Setelah 10-15 minit gitu termangu baru tersedar, kedainya sama tapi orang yang berniaga berlainan. Rupa-rupanya sebab saya sampai tersilap masa...


Rupa-rupanya ada dua peniaga berkongsi kedai yang sama. Satu berniaga sehingga jam 9 lebih malam begitu kemudian mula membersihkan kedai. Sedangkan yang terkenal sedap itu adalah yang berniaga di tempat sama bermula jam 10. Isteri yang dah terasa penat, mahu meninggalkan Pulau Pinang sebaik sahaja selesai menziarahi makam Dato' Keramat sebenarnya tidak bersetuju saya mahu berlegar lagi sejam dua semata-mata untuk makan nasi kandar tersebut. Namun beliau berubah fikiran apabila terjumpa kawan-kawan perempuan di tempat itu. Dapatlah kami bersama menikmati hidangan yang katanya antara paling sedap jika tidak paling sedap di pulau mutiara ini. Lihat Queuing for a best serving of Nasi Kandar. Barulah saya terasa betul-betul puas berada di Pulau Pinang. Tammat... :]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan