Sabtu, Ogos 03, 2013

Mari selamatkan masjid lama tinggal di Perak ini

Alhamdulillah. Dengan selesainya penulisan artikel Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Pengeran Diponegoro dan Makassar hari akhir siang tadi maka saya terasa lega amat kerana berjaya menamatkan siri penceritaan berdasarkan perjalanan yang dibuat 3 bulan lalu. Malam 7 likur ini saya akan menyambut hari lahir ke-44 mengikut kiraan Hijriah dan ia tinggal 2 hari lagi. Malam ini. malam 25 Ramadhan biarlah dilepaskan satu gerak kecil bercerita.


Petang tadi saya mendapati ada komen baru telah dibuat pada artikel Masjid lama misteri (The mysterious old mosque) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Ini menyebabkan saya teringat pada masjid tinggal yang sudah lama tidak dilawati itu lalu meletakkan gambar atas ke dalam Facebook sambil bertanya bagaimanakah keadaannya kini. Untuk pengetahuan ia adalah gambar tahun 2007. Lihat Masjid lama Perak yang terbiar (An old and abandoned Perak old mosque).

Adapun kali terakhir saya melihatnya adalah dalam satu pengembaraan solo bermotosikal besar yang dibuat penghujung Ramadhan tahun lepas. Saya ke sekitar ini 27 Ramadhan setelah bermalam di sebuah masjid berdekatan Teluk Intan. Lihat Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Jejak Laksamana Aceh.... Ternyata ketika itu ia telah bersemak teruk seperti ditunjukkan dalam gambar bawah. Lihat artikel Looking again at the abandoned old mosque in Teluk Memali di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Tadi saya dapati ada kenalan wanita yang katanya menetap berdekatan Kampung Gajah menyatakan hasrat untuk mengumpul orang bergotong-royong membersihkan masjid ini. Cuma beliau tak pasti apakah ada orang sudi menolong sama. Namun saya percaya dengan kuasa Allah mungkin ramai akan muncul nanti...

Kalau tidak kerana kecederaan yang menyebabkan saya harus berjalan bertongkat dah lebih 3 bulan tentu saya sendiri akan ke sana melakukan sesuatu.  Pada saya masjid ini penting sebagai lambang pernah wujudnya bandar Melayu di sekitar kawasan yang dipanggil Bandar Baru, ibu negeri Perak semasa Sultan Abdul Malik Mansur Shah, Sultan ke-19 Perak memerintah 1806-1825. Bandar ini kemudian dijadikan markas British apabila J.W.W. Birch menjadi residen selepas Perjanjian Pangkor 1874. Sekitar 150 meter dari masjid terdapat makam sultan diikuti kubur Birch 400 meter ke utara lagi.

Maka dengan ini saya menyeru. Sesiapa yang membaca cerita ini lalu terasa prihatin, ada kelapangan untuk menyumbangkan tenaga apa kata berkumpul untuk bergotong-royong membersihkan persekitarannya? Mungkin juga anda  memiliki kenalan di tempat tinggi yang mempunyai kuasa untuk menyelamatkan masjid yang sudah lama ditinggalkan ini. Apa kata pembaca? Sila tinggalkah komen di sini dan/atau pada update berkaitan di Facebook  (klik sini). Sila war-warkan hal ini kepada seramai khalayak yang mungkin.

Di bawah adalah peta-peta yang disediakan untuk memudahkan orang ramai mencari masjid. Peta kedua adalah zoom-in bahagian yang ditandakan pada peta pertama, peta ketiga zoom-in daripada peta kedua. Harapan saya semoga ada orang akan menyambut seruan ini tidak lama lagi. Harap-harap bila masuk 27 Ramadhan, hari jadi saya ke-44 mengikut kalendar Hijriah atau Islam nanti tempat ni dah cantik... sudah ada usaha nyata untuk menyelamatkannya sambil menaikkan sejarah sebenar sekitarnya. 

Ingat. Di sini pernah wujud sebuah bandar Melayu yang kemudian tenggelam dalam sejarah apabila British memerintah lalu membina bandar-bandar baru seperti Taiping. Ini dibuat mengikut town-planning mereka untuk  meminggirkan orang Melayu sambil menaikkan bangsa pendatang. Sesungguhnya itu semua adalah rancangan jangka panjang tajaan pihak Yahudi Illuminati untuk mengekang kebangkitan sebenar Islam akhir zaman, rancangan yang kemudian mewujudkan keadaan demografik sekarang di mana orang bukan Melayu semakin lantang menyentuh sensitiviti kita sambil menuntut perkara yang bukan-bukan. Apakah kita sedia berkorban sedikit masa dan tenaga demi kedaulatan agama, bangsa dan negara?

.











3 ulasan:

  1. As'salam. Saya Luqman dari Cheras, KL. Bagaimana kiranya mahu berhubung dengan pihak yang ingin membersihkan masjid ini?

    BalasPadam
  2. Wassalam. Cuba contact melalui Facebook di sini...

    https://www.facebook.com/zuraiha.wazir

    BalasPadam
  3. Post sikit maklumat yang baru saya terima tentang masjid...

    Masjid ini dikenali sebagai Masjid Lama Ipoh, masjid paling tua Ipoh yang masih wujud, dibawa 'downstream" menggunakan rakit melalui Sg Kinta ke Bandor (pertemuan sg kinta dgn sg perak) dalam tahun 1902, empat tahun selepas dibina Masjid Panglima Kinta dalam tahun 1898 (sebab masjid jadi redundant). Mengikut Aminuddin Baki dalam The Andersonian, Vol IV, 1946, tempat asalnya di Kampong Masjid, Ipoh (kpg ini tak wujud lagi), tapak asal dahulunya terletak Panggungwayang Sun dekat Market Street, pekan lama, Ipoh. Tapak in bersejarah, mengikut article oleh Leech "About Kinta", "the Kinta is navigable .. by native boats (boats of over a koyan, say two tons, burden) to a place called Mesjid Lama..." Oleh itu masjid ini adalah peninggalan warisan penting Bandaraya Ipoh dan pada pendapat saya yang terbaik ialah mengembalikan masjid ini ke tapak asal di bandaraya Ipoh dan dijadikan bangunan warisan Melayu bandaraya Ipoh. Ini perlu diambil perhatian oleh pihak Jabatan Warisan dan Dewan Bandaraya Ipoh. Sejarah paling awal Ipoh sebenarnya adalah sejarah orang Asli dan orang Melayu yang berkait rapat dengan keturunan Tun Kelalang anak Tun Saban Balik dan keturunan Toh Panglima Kinta serta orang besar Melayu yg lain, termasuk Laksamana, Adika Raja dan Panglima Bukit Gantang yang sekarang ini sedikit demi sedikit udah hilang. Sejarah Melayu Ipoh harus dikembalikan balik..

    BalasPadam