Khamis, Februari 09, 2012

Pameran Manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara

Tukar lagi rentak bercerita.


Siang tadi saya pergi ke Perpustakaan Negara lalu naik ke Pusat Manuskrip Melayu.


Dahulu pusat itu terletak di bangunan utama lama perpustakaan yang melebar besar dengan bentuk seperti destar. Sekarang ia telah dialihkan ke bangunan baru di belakang yang jauh lebih meninggi.


Kebetulan satu Pameran Manuskrip Melayu sedang berlangsung. Saya pun mengambil gambar.


Saya tak mahu mengulas panjang. Lihat sahaja apa yang ada ya... :]


















6 ulasan:

  1. salam bang....pameran ni sampai bila?

    BalasPadam
  2. Wassalam. Pameran tu sampai hujung bulan ni. Sebenarnya kat perpustakaan tu pameran berlangsung sepanjang tahun tetapi bertukar tema setiap 2 bulan. Jika yang sekarang tu temanya lebih pada jenis2 kertas/medium untuk penulisan kitab (tu yang ada pakai daun lontara, kulit kitab pakai kain songket pun ada) untuk Mac-April pula temanya "kitab-kitab tertua".

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Perpustakaan Negara di 03- 26871700 dan minta sambungan ke bahagian manuskrip Melayu.

    BalasPadam
  3. Salam bang.

    Saya & teman serumah ada pergi ke Perpustakaan Negara ni hari sabtu lepas.

    Namun bahagian manuskrip & koleksi nadir ni tutup le pulak.

    Waktu beroperasi bahagian 'kritikal' ni dari hari selase - jumaat je.

    Berape kerat le orang yang dapat datang waktu pejabat tu.

    Sepatutnya pada hujung minggu la kena beroperasi.

    Baru le boleh orang datang korek asal-usul. Huhh..

    Keciwa betulll...

    BalasPadam
  4. Wassalam. Tak boleh salahkan mereka. Hari Isnin memang perpustakaan ditutup kerana ia sudah beroperasi Selasa hingga Ahad dari pagi hingga 8 malam kalau tak salah ingatan. Itu untuk bacaan biasa. Untuk pusat manuskrip perlu penjagaan lebih khusus kerana nilainya melebihi buku2 bacaan biasa selain manuskrip asal itu sendiri lebih rapuh kerana ia dibuat atas kertas lama. Dan yang membacanya pun jarang sekali orang biasa. Selalunya orang akademik - pelajar atau pengkaji dari universiti atau badan lain yang sangat khusus dalam bidang berkaitan misalnya jabatan muzium. Maka itu ia cuma dibuka waktu pejabat.

    BalasPadam
  5. Assalamualaukum saudara. Minta izin menggunakan gambar gambar di atas untuk tatapan pelajar saya.

    BalasPadam