Selasa, Februari 07, 2012

Meh tengok Kota Buruk

OK. Malam ni dah masuk 15 Rabiulawal bulan penuh, elok juga dibuat satu artikel...


Tadi seorang kenalan bertanyakan saya arah ke tinggalan Kota Buruk di Muar, Johor. Ia adalah kota yang pernah didirikan Sultan Iskandar (dikenali sebagai Parameswara oleh Barat) sebelum baginda membuka kerajaan Melaka. Lihat artikel lama The legendary Kota Buruk (ruined fort) of Muar... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Di atas adalah peta dari Google Earth yang menunjukkan kawasan sekitar bandar Muar. Letak Kota Buruk cuma 11 km sahaja daripada bandar yang terletak di kuala Sungai Muar.



Namun orang tempatan pun belum tentu tahu di manakah letaknya tinggalan kota bersejarah ini yang harus berumur lebih 600 tahun. Malah kalau mengikut perkiraan terbaru yang menyatakan kerajaan Melaka dibuka tahun 1262 Masihi maka ia harus telah dibuka hampir 800 tahun lalu! Biar kita zoom pada bahagian berkaitan.


Dalam peta ini kelihatan Kampung Temiang, kampung ibu saya yang letaknya sangat dekat dengan Bukit Treh, satu-satunya bukit di dalam lingkungan 8-10 km gitu dari bandar Muar. Kelihatan juga bentuk seperti kepala Wak Dogol dengan 'belon hingus' keluar dari hidung, 'belon' yang menandakan satu aliran lama Sungai Muar yang telah ditawan. Rujuk artikel Menjejak sejarah di sungai yang mati dan sekitarnya dan Kedudukan tempat-tempat di sekitar Sungai Mati dan Pulau Penarek yang dibuat 5 bulan lalu.



Anak-anak panah merah menunjukkan jalan yang boleh diambil untuk sampai ke Kota Buruk. Cuma kerana saya menulis berdasarkan ingatan dan sudah lama tidak ke sana saya tidak pasti selepas anak panah terakhir itu harus terus membelok ke kanan masuk jalan tanah merah estet getah dan kelapa sawit atau harus ke hadapan dahulu mengikut jalan tar sampai ia membelok ke kanan kemudian cari simpang tanah merah ke kanan.


Kawasan yang terlibat ditandakan.


Masuklah kita ke dalam 'jajahan Wak Dogol'. :]



Namun hati saya lebih cenderung mengatakan daripada tempat anak panah merah tadi habis beloklah ke kanan. Di sekitar itu ada papan tanda menunjuk arah ke Kota Buruk tetapi saya tak pasti jika ia masih berdiri lagi. Masuk ke kanan ambil jalan tanah merah sehingga 200-300 meter gitu sebelum ia membelok ke kanan kemudian ke kiri kemudian ke kanan balik. Semasa saya pergi dahulu ada kelihatan pondok kayu (kalau masih ada le). Di situ ada simpang ke kiri. Ambil simpang hingga 200 meter ke penghujung. Kota Buruk harus terletak di dalam lingkungan merah bulat.


Lalu kelihatanlah papan tanda dan maklumat tentang kota. Selamat berziarah demi memartabatkan sejarah lama orang Melayu.... :]



6 ulasan:

  1. Pada 1/9/2013 baru2 ini,sy ada pergi kesana,keadaan sekitarnya amat menyedihkan ! Semak samun dan sudah
    jd hutan,amat menyeramkan ! Sy cuma berdua saja,jalan kaki saja masuk kedalam
    tu.pada 2/9/2013,saya ada buat komplain/aduan
    ke jab.muzium m'sia,tp syg,dia kata tpt ni bukan
    lagi dibawah kuasanya.dah diambil oleh jab.warisan
    negara katanya.sy col yg ni lak ! Tp kata jab.warisan negara bukan dia yg jaga juga ! Kata yg telepon sy tu dibawah ketajaan negeri pulak dah ! sana tolak sini,sini tolak sana,macamana ni ! ? Akhir bicara sapa2 yg cintakan sejarah,jom ikut saya bersihkan
    tempat tu,sukarela,bawa parang @ apa saja yg perlu. Seruju ! Col sy,En.yosdi 017-6484946/ 0163274276.TQ. . .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum maaf ganggu macam mna keadaan kota buruk skrang?

      Padam
  2. Saye dok kt citu gk tapi saye dok area bukit pasir..prnh dngr la jugk kota buruk tu tapi x lh penh gi cane hehe... Klo lalu cane just nmpk sainboard je..

    BalasPadam
  3. ada apa2 binaan atas tanah tu?? atau apa2 yg kita boleh lihat sbg tinggalan sejarah??

    BalasPadam
  4. Boleh je kalau nak gang sukarelawan tebas. Saya volunteer

    BalasPadam
  5. Cuba explore tadi, tapi tak jumpa. Banyak kilang dah kawasan dalam ni. Ada lorong nama Jalan Kota Buruk. Terus sampi hujung ad kilang, dan ada juga kilang sedang dalam pembinaan juga. Pusing pusing kawasan tu tak jumpa pulak. Takde signboad petunjuk pun. Herm.. baru nak add kat Google map kawasan tu..

    BalasPadam