Khamis, September 29, 2011

Dari Kuala Langat ke Klang

Satu lagi cerita jalan-jalan sekitar musim raya sebelum saya membuat satu pengumuman dalam artikel seterusnya. :]


Sabtu malam Ahad minggu lepas. Kami anak beranak pergi ke rumah seorang kakak kepada isteri di Kampung Jenjarom, Selangor untuk satu majlis makan-makan keluarga sempena masih ada musim raya.



Seperti mana Banting, juga Kampung Tanjung Sepat iaitu kampung isteri, kawasan ini terletak di dalam daerah Kuala Langat yang mendapat nama kerana mengandungi kuala Sungai Langat. Satu perkara menarik tentang sungai ini ialah ia memiliki dua kuala. Ini disebabkan aliran yang terbahagi dua sehingga terbentuk pulau yang dipanggil Pulau Carey, satu kuala di utara pulau, satu di selatan. Setelah melihat ini beberapa kali dalam peta dan Google Earth baru kali ini saya tergerak untuk melihat dengan mata kepala sendiri. Maka perjalanan dimulakan esoknya pagi Ahad dengan masuk ke pekan Jenjarom.


Ambil jalan lurus tadi hingga ke hujung, sehingga jalan besar menjadi kecil kemudian tinggal jalan pasir, satu laluan yang dipanggil Jalan Sungai Buaya kalau tak salah. Di sini saya melihat Sungai Langat dari satu sudut. Lihat artikel Langat river from Sungai Buaya di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Seterusnya saya pergi ke jalan masuk ke Pulau Carey. Tapi taklah masuk pulau sebaliknya jalan terus untuk sampai ke penghujung satu macam semenanjung yang terbentuk akibat aliran Sungai Langat yang terpecah dua. Di semenanjung itu saya melihat Sungai Langat dari 3 sudut utama. Campur sudut pandangan di Sungai Buaya biar diatur seperti di bawah dengan artikel-artikel yang menunjukkan gambar...

Sudut 1- Langat river from Sungai Buaya

Sudut 2 - Langat river from a point before it splits downriver

Sudut 3 - The place where the Langat river splits towards two estuaries

Sudut 4 - Langat river at a northern part of Carey island



Sekarang padankan apa yang diceritakan dengan peta. Maaf ada kawasan yang kurang jelas.


Nampak tak semenanjung yang dimaksudkan? Nampak bagaimana aliran Sungai Langat terpecah dua untuk membentuk dua kuala?




Puas melihat sungai kami singgah di pusat membeli belah ini. Rasanya nama tempat adalah Bukit Tinggi. Selalu juga lalu di hadapan apabila kembali ke kampung isteri tetapi inilah kali pertama saya singgah.


Al-Rasyid bermain kereta...


Kemudian ke pusat bandar Klang untuk mencari satu dua tempat sejarah yang rasanya belum pernah dijejaki.


Saya sebut 'rasanya' belum pernah dijejaki kerana tak ingat jika lama dahulu pernah sampai. Yang pasti pernah lalu di hadapan banyak kali tetapi tidak perasan. Misalnya Kota Raja Mahadi di bukit tepian jambatan di mana terdapat bangunan Majlis Perbandaran Klang. Saya pernah ke dewan sebelah Majlis tetapi baru kini betul-betul sedar ia adalah lokasi kota lama. Lihat artikel Kota (Fort of) Raja Mahadi di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Pemandangan bandar dari atas bukit yang merupakan kawasan dalam kota. Oh. Di sebelah pintu gerbang tadi ada satu makam. Lihat Makam panglima Batu Bahra di Klang (Tomb of Batu Bahra commander in Klang).




Seterusnya kami pergi ke Gedung Raja Abdullah, milik Raja Abdullah yang pernah berperang dengan Raja Mahadi sekitar 150 tahun lalu.




Ia terletak di sebelah satu kawasan yang selalu saya lalui tetapi tidak pernah ambil peduli. Lihat Gedung Raja Abdullah.




Ini pula stesyen keretapi Klang. Lihat Klang train station.





Sementara isteri dan anak makan di restoran berdekatan saya melihat-lihat di sekitar. Maklumlah ketika itu saya baru 3 hari buat puasa enam sedangkan bulan Syawal tinggal 3 hari lagi. Maka saya buat puasa enam ngam-ngam pada hari-hari terakhir bulan.




2 ulasan:

  1. Salam bang.

    Orang rumah abang berasal dari Kuala Langat ke?

    Saya berasal dari Banting. Bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Langat & bersekolah menengah di Sekolah Menegah Kebangsaan Jugra.

    Nak tanya, kakak orang rumah abang tu memang orang Jenjarom ke?

    Sebab saya memang ramai saudara-mara di sana. Keluarga-keluarga Wak Sasik.

    Jalan Hj Damansor tu pun sempena nama moyang.

    Sekadar bertanya kot-kot kita ni ada sangkut paut... Hehehe...

    BalasPadam
  2. Wassalam. Isteri saya orang Tanjung Sepat. Abang iparnya orang Jenjarom...

    BalasPadam