Jumaat, Jun 10, 2011

Dari stadium ke Kalumpang bawak budak-budak berjalan...

Seperti biasa, sebelum penceritaan hari baru untuk siri "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur" dimulakan mesti ada selingan... :]

Tengahari Khamis, kami anak-beranak keluar makan di restoran nasi kandar kegemaran di Jalan Tuanku Abdul Rahman.


Kemudian pergi ke Stadium Merdeka.


Sejak ada membawa isteri dan anak kecil Al-Rasyid ke sini lebih sebulan lalu (rujuk Santai Al-Rasyid - Stadium Merdeka, mandi di KLCC dan makam Saiyid Mashor) saya berazam akan membawa dua orang anak yang lebih tua datang juga apabila masuk cuti sekolah.


Cukup seronok mereka.




Si abang, Haziq sampai berlari-lari di tengah padang walaupun hari panas. Konon-konon main bolasepak le tu wakil negara Zimbabwe ke hapa...


Seterusnya kami masuk ke Stadium Negara. Itulah kali pertama mereka datang ke sini. Saya pula pernah menghadiri satu konsert rock 23 tahun lalu...






Macam-macam gelagat mereka bermain di dalam. Lihat sahaja video klip di atas. Untuk gambar-gambar lihat artikel A visit to Stadium Negara, the old national stadium yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tengah malam tadi.


Perjalanan diteruskan ke KLCC.


Bagi anak-anak bermain air di taman awam.


Namun si kakak, Erin tidak puas hati kerana segan nak mandi di KLCC. Maka Sabtu 2 hari kemudiannya kami anak-beranak keluar lagi menuju ke satu destinasi baru di Hulu Selangor.



Masuk sebentar ke Kuala Kubu. Berhenti melihat aliran Sungai Selangor. Lihat Selangor river near Kuala Kubu.


Ini pula adalah Sungai Kubu yang menerbitkan nama Kuala Kubu.


Gambar diambil di hadapan masjid Ampang Pecah. Dahulu, di sekitar inilah terletak pekan kecil Kuala Kubu sebelum banjir melanda akibat empangan pecah lalu dibina pekan baru ke atas sedikit dan dinamakan Kuala Kubu Baru.




Solat di dalam masjid.


Kemudian praktis 'menyelam' di dalam kolah air sembahyang...


Sambil 'menyelam' main gasing. Boleh? :]


Ke hadapan sedikit dari masjid boleh kelihatan pertemuan Sungai Kubu dengan Sungai Selangor, tempat asal-usul nama Kuala Kubu.


Kemudian kami masuk ke pekan Kuala Kubu Baru.


Ini adalah masjid jamek barunya. Lihat artikel Masjid jamek (Main mosque of) Kuala Kubu Baru di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Perjalanan diteruskan ke Kerling di mana kami mengambil sebuah lorong kecil melepasi sejumlah badan dan kepala lori serta kenderaan berat lain.






Bukan apa. Mahu ziarah lagi makam Saiyid Mashor...


Selepas itu baru ke destinasi utama yang terletak di bahagian pendalaman Kalumpang.


Nampaknya betul seperti diceritakan orang. Sungai sekitar ini cantik dan amat sesuai untuk bermandi-manda. Lihat A brief look at Kalumpang Resort.

Namun kami perlu makan tengahari dahulu. Dekat pukul 5... makan tengahari konon.


Sambil berehat lepas makan, Al-Rasyid membuat 'persembahan'.


Sampai masa untuk mandi kami memilih tempat yang lebih ke dalam.


Terlihat pula sesuatu yang menarik perhatian.


Rama-rama jenis 'Rajah Brooke' yang besar dan sangat cantik, bukan senang nak jumpa walau di dalam hutan namun boleh ada banyak pula di sini. Lihat klip video bawah...












Puas melihat rama-rama baru kami mandi-manda.


Sungai di sekitar ini juga agak cantik dan sesuai. Lihat Dipping at the Inki river.


Kami meninggalkan kawasan sungai selepas 7 petang. Pergi ke Tanjung Malim, solat di masjid jamek.


Seterusnya saya singgah di Masjid Sheikh Ismail yang terletak di Ulu Bernam. Kemudian baru kembali ke rumah melalui Lebuhraya PLUS.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan