Jumaat, Mei 20, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Laluan pantai Tok Bali ke Bachok dan terus...

Dengan sebutan Bismillah, petang Jumaat ini saya mulakan penceritaan hari ke 5 perjalanan di Pantai Timur penghujung 2010. Biar dimaklumkan. Ini adalah artikel ke 855 di blogspot ini. Bersambung kita dari Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Jerteh dan keindahan Bukit Keluang.

Pagi Rabu 29 Disember 2010. Setelah hujan yang melanda sejak petang hari semalam berhenti baru saya keluar dari tempat penginapan.


Ia terletak di Tok Bali di Kelantan. Selepas melihat gua-gua tepi pantai di Bukit Keluang, Besut, Terengganu, kami makan malam di Kuala Besut lalu ke Tok Bali mendapatkan penginapan di sini.



Dengan berkain pelekat dan belum mandi lagi saya keluar berjalan-jalan melihat persekitaran.


Di hujung benteng batu di kuala sungai Tok Bali saya duduk melihat ombak kuat Laut China Selatan...




Seronok juga duduk lama seorang diri menghirup udara segar sehingga timbul hujan rintik. Lihat artikel Morning walk at Tok Bali river estuary di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Selepas tengahari baru kami sekeluarga siap sedia keluar berjalan sama.


Tengok ni. Entah siapalah punya kerja...


Al-Rasyid berjalan ke hujung benteng.


Keluarga juga seronok melihat keadaan di sini. Lihat The kids' turn to enjoy the embankment at Tok Bali.


Kami pun meninggalkan Tok Bali.



Kami mengikut laluan pantai yang naik ke utara, sedikit ke barat menuju ke Bachok.




Sampai di Pantai Irama kami turun. Saya pun mula mengambil gambar. Lihat A brief look at Pantai Irama.


Anak dan isteri pula menunggu hidangan tiba. Ya. Kami mahu makan tengahari. Ketika itu sudah jam 2:30.


Ini memberi saya masa untuk mengambil gambar masjid di hadapan. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Mahmudi, Bachok di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Tidak lama kemudian makanan pun tiba.



Sambil makan dan meluangkan masa dapat juga menjemur pakaian yang sudah dibasuh dengan tangan di Tok Bali tetapi tidak sempat dikeringkan akibat hari asyik hujan. Maklumlah, dah masuk 5 hari berjalan. Tentu banyak pakaian kotor...



Perjalanan diteruksan mengikut laluan pantai.



Walaupun ada beberapa buah masjid dilihat dalam perjalanan ini kami tidak berhenti.



Tidak lama kemudian kelihatan simpang ke Kota Jembal, pusat pemerintahan Raja-raja Jembal yang pernah memerintah negeri Kelantan dahulukala. Memang saya bercadang untuk singgah tetapi hari lain.



Ternyata laluan yang kemudian semakin menjauhi pantai tetap akan menuju ke Kota Jembal.



Sampai satu bahagian jalan membelok menghala ke barat.



Rupa-rupanya ia mengelakkan sebuah sungai besar yang saya dapat tahu kemudian sangat berkait dengan keberadaan Raja-raja Jembal. Lihat A look at Sungai Pengkalan Datu.



Maka masuklah kami ke Kota Jembal. Artikel selepas ini akan lebih serius kerana memaparkan banyak makam-makam lama berbanding artikel-artikel sebelumnya yang kelihatan lebih santai berjalan-jalan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan