Isnin, Mei 23, 2011

Maulidur Rasul di makam Harun Al-Rasyid

Ini adalah selingan selepas tamatnya penceritaan hari ke- 5 dalam siri "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur".

Petang Sabtu baru ini 21 Mei 2011. Kami sekeluarga meninggalkan rumah ketika hujan lebat baru bermula.

Ternyata hujan lebat ini agak luarbiasa. Saya tidak pernah melihat kawasan sebelum masuk tol Rawang dilanda banjir kilat. Malah hari itu petir-petirnya juga besar dan berkilat lain macam dan agak menakutkan. Apakah kerana kesan kedudukan 4 planet dalam sistem solar yang selari pada 21 Mei 2011 yang disebut sesetengah orang? Hujan lebat terus melanda apabila kami sampai ke Kuala Lumpur di mana terdapat banjir kilat di beberapa tempat dan pokok-pokok tumbang.

Kami singgah makan nasi kandar di sebuah restoran kegemaran di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Hampir jam 7:30 baru kami keluar. Ketika itu hujan sudah surut, tinggal rintik-rintik sahaja...

Singgah bersolat di masjid Bandar Baru Sentul.


Ada majlis sambutan Maulidur Rasul sedang berlangsung.

Majlis sebenarnya bermula 6 petang tapi kami sampai selepas jam 8.




Kalau pergi awal pun tadi hujan lebat. Lagipun kami selalu pergi mana-mana acara pun selepas Maghrib, bukan sebelumnya.








Sedikit video klip semasa zikir sedang berjalan, rasanya zikir Tariqat Qadiriah berdasarkan amalan Sultan Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani. Sebelum zikir ada bacaan Yassin.



Acara zikir diikuti syarahan dalam bahasa Urdhu, memang macam kat Pulau Besar, Melaka. Ia tamat kira-kira jam 9.20 dengan pemberian manisan kepada hadirin.



Al-Fatihah untuk Sheikh Harun Al-Rasyid yang katanya berasal dari Baghdad tetapi dimakamkan di sini. Dengan wasilah dan tawasul melalui beliau insyaallah amalan boleh dipanjangkan kepada Sheikh Shahul Hamid yang dimakamkan di Nagore, India juga Sultanul Ariffin Sheikh Ismail di Pulau Besar di Melaka. Melalui mereka pula amalan boleh sampai kepada Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani yang kemudian menyampaikannya kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga semuanya diterima Allah Subhanahu Wata'ala dan diberikan ganjaran yang elok. Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat atas Nabi. Amin. :]

Nota: Ini adalah artikel ke 858 di blogspot ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan