Rabu, Disember 15, 2010

Bukti candi di Gunung Jerai menghadap kiblat?

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan setelah beberapa hari bekerja keras mengumpul dan mengatur links siri-siri cerita untuk diletakkan di sidebar dan bahagian bawah setiap blogspots ia berjaya diselesaikan baru sebentar tadi. Semasa mengumpulkan links bagi tempat-tempat yang dilawati di Kedah untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) saya tergerak untuk membuat satu artikel tentang Sultan Muzaffar Shah I menggunakan gambar terbaru dari lawatan ke sana yang dibuat pertengahan bulan Ramadhan. Seperti disebut dalam artikel Misi menjejak sang Merong hingga ke Hatyai? 3 bulan lalu saya telah pergi berjalan ke utara hingga ke Hatyai bersama anak dan isteri menaiki kereta. Banyak tempat telah dilawati termasuk makam Sultan di kaki Gunung Jerai.

Mencari gambar makam Sultan Muzaffar Shah I membuat saya terlihat kembali satu gambar yang diambil di Candi Batu Pahat, Lembah Bujang. Perhatikan kedudukan. Dengan pandangan mata kasar kelihatan ia seperti menghadap kiblat di Kaabah. Oleh kerana tiada kompas ataupun apa-apa alatan saya cuma mengharapkan bayang-bayang. Matahari petang dapat menunjukkan di manakah arah barat dan dari situ kita boleh tahu di manakah timur, utara dan selatan dengan membuat garisan bersudut tepat.

Lihat garisan barat dan utara yang telah dibuat berdasarkan kedudukan bayang-bayang isteri. Perhatikan pula arah candi menghadap. Bukankah ia menghadap kiblat? Huraian lanjut akan dibuat apabila siri baru tentang perjalanan ke utara itu menemui pembaca, kemungkinan besar tahun hadapan...


28 ulasan:

  1. cheh, tu pon nak kecoh! blog sejarahnagarakedah dah lama huraikn benda neh... Sultan Muzaffar Syah I Kedah tu tak lain tak bukan Merong Mahawangsa tu sendiri lah...

    BalasPadam
  2. sahabat siam... hahahaha... org lain dah puas termuntah dgn sejarahnagarakedah dia baru nak sibuk kecoh2..

    BalasPadam
  3. aik, takkan kau pun nak sanjung tinggi merong jugak..dah jadi kawan anai anai pulak?

    sejak bila...beralih arah

    BalasPadam
  4. tak payah nak gaduh2..kita kongsi saja maklumat ni..sejarah bkn bleh pegang 100%..ada kurang ada lebih...yg penting sirah nabi!!!

    BalasPadam
  5. Apahal pulak? Loklak betul le lu mat. Merong Mahawangsa bukan Anai-anai punya. Aku ada teori sendiri tentang siapa itu dia. Nanti aku cerita...

    (Ish... peghak betul puak ni. Asal sebut Merong je ingat orang sokong dia. Bodoh ke hapa...)

    BalasPadam
  6. tetapi kebanyakan candi dilembah bujang kebanyakan bukan berasal dari tempat pencandian lembah bujang tetapi ianya berselerakan dibeberapa tempat dan dibina semula di pencandian lembah bujang...

    BalasPadam
  7. Yep, betul tu. Sebab tu saya tumpukan pada Candi Bukit Batu Pahat. Sebab tu yang memang asal ada kat situ, kedudukannya sama seperti ketika ia dibuat kira2 1800 tahun lalu. Tu le yang dalam gambar kat atas tu...

    BalasPadam
  8. Sekarang sudah mau kongsi Merong Mahawangsa. Bukan dulu asal sebut Merong aja, kau kona kan kat anai-anai aja.

    BalasPadam
  9. Aku dah baca Hikayat Merong Mahawangsa sampai habis masa aku umuq 7 tahun le mamat, 33 tahun lalu tu. Masa tu aku takat seronok dengar cerita garuda, panah sakti dan sebagainya, belum fikir lagi dia punya value sejarah. Bab Anai2 tu masa aku mula baca blog dia, zaman dia panggil Kedai Pasai Ma 3-4 tahun dulu tertarik gak sebab nampak macam jujur nak bongkar sejarah yang tersembunyi. Tapi bila dah ada following besar makin lama makin mengarut.

    Kedai Pasai Ma dah tolak tepi jadi Empayar Siam Islam plak. Semua dah jadi Siam belaka sampai Iskandar Zulkarnain pun Siam gak. Last sekali nampak beno tujuan diaorang, nak tuntuk takhta Kedah pas tu takhta Yang di Pertuan Agung rupanya. Patut le pusing2 pi mai pi mai tak tu jugak...

    Apapun aku still pandang tinggi kat Merong Mahawangsa. Sebab aku tahu cerita tu memang berdasarkan seorang raja agung yang menjadi raja Melayu dahulukala. Tapi bukan Merong versi Anai2 le. Kasi faham ni kat kepala hotak engkau yang dungu tu.

    p/s: Pakai le nama betul mamat, jangan pakai Anonymous je. Takda telo ke? Nak cantik meh le jumpa aku depan2. Nak bertekak ke nak bersilat jumpa depan2 le bro. Jangan asyik nak menyalak cakap takda adab tunjuk kasar kat dunia Cyber...

    BalasPadam
  10. Salam Tuan,

    Biar lah mereka tu, tulis lah apa yang tuan hamba hendak atas pengetahuan dan penyelidikan. Makin banyak versi makin mudah hendak di nilai ketulinan sejarah tu Tuan.

    Wasalam.

    BalasPadam
  11. Terdpt klu2 yg menarik iaitu sejarah Merong ni citer ttg kebijaksanaan nabi Sulaiman dan beliau sudah tentu mengetahui bhw rumah tuhan yg dibinanya akan hancur dan tapak rumah tuhan ke-3 pasti sudah dirancang. Tidak menghairankan 2,000 tahun dahulu haji dilakukan di Nusantara dan Melayu berkait rapat dgn keturunan Raja Iskandar yg merupakan raja pertama menggunakan gelaran SULTAN.

    BalasPadam
  12. DEI,TAMBI,ADA WARASKA?U TAUKA,ITU CANDI INDIA/BUDA PUNYA.INGAT BAPAKLU PUNYA KASI..MS,MERONG KA,ITU HINDU PUNYA..ITU TUHAN MASYABURGA(MEKAHLA..)BODO PUNYA ORANG...SUVARNABUMI...BUGIS DULUPUN HINDU...SUDAH JADI ISLAM.BANYAK PUNYA CANTIK...ITU GAMBAR CANDI ALU..ADAM DAN HAWEL...BODO LU...

    BalasPadam
  13. Bongok betul. Aku belum pun habis cerita. Takda pun aku sebut ni candi Islam Nabi Muhammad SAW. Malah aku dah sebut dalam komen lebih awal candi ni dah berdiri 1,800 tahun lalu sedangkan Nabi Muhammad pula lahir 400 tahun kemudian. Merong versi Anai2 pula muncul tahun 700an Masihi, 100 tahun lepas Rasulullah wafat. Camana pulak puak diaorang boleh buat candi kat Lembah Bujang?

    Kiblat pun aku tak sebut kat mana. Kiblat tu maknanya tempat kita menghadap. mungkin kat Kaabah, mungkin kat Baitul Maqdis, mungkin kat tempat lain. Belum lagi kita ambil faktor perubahan mukabumi, gempabumi, letusan gunung berapi, pergerakan plet kerak mukabumi yang boleh mengalihkan arah kiblat dalam tempoh 1,800 tahun tu.

    Tapi tu le. Kalau dah jenis cakap main tonjol je camni le jadik. Seperti biasa telo takda pakai nama Anon tapi cakap maki hamun macam terror. Hindu pun engkau tak tau asal-usul kecuali ikut kata2 bongok Mat Saleh yang nak hilangkan kaitan antara agama2 Tauhid dahulu dengan Islam Syariat Nabi Muhammad SAW. Lain kali duduk diam2 bodoh. Kalau nak bincang kaji betul2 dulu. Buat homework... baca ni...

    http://merahsilu.blogspot.com/2009/08/masjid-indrapuri-bukti-agama-hindu.html

    BalasPadam
  14. Deyyy Anonymous...

    Pirahhh...lu ni tak habis2 bikin kacau ini blog...Ada baik lu bikin sendri punya blog kasi mantap! Lu cakap mcm bagusss tapi "habuk pun tarak!" Lu tarak keja kalu...pigi gali itu candi tanam diri sendiri!

    BalasPadam
  15. Deyyy Anonymous...

    Pirahhh...lu ni tak habis2 bikin kacau ini blog...Ada baik lu bikin sendri punya blog kasi mantap! Lu cakap mcm bagusss tapi "habuk pun tarak!" Lu tarak keja kalu...pigi gali itu candi tanam diri sendiri!

    BalasPadam
  16. BRAHMIN.... Deii bacha...lu jangan kutuk orang..kita ada sanskrit..lu mana tau..itu candi...upputi bukhodi ddewa saaaci age...tau..lu bodo orang...bewak makan...tak percaya tanya Hindu sangamm...bodo KAMARUDIN SAMA ITU SEMUT...

    BalasPadam
  17. Di dlm al quran menyebut jadikan maqam ibrahim sebagai tempat solat. Jadi pengikut agama nabi Ibrahim mestilah membina masajada (ma-beri, sajada-sujud) mengadap tempat tersebut. Nabi sulaiman di nyatakan di dlm al quran membina bangunan dgn patung2 sebagai hiasan dan ini bermakna binaan2 di Nusantara mengikutinya. Tidak di nyatakan di dlm al quran ttg salahnya membuat patung2 hiasan hanya hadis2 saja yg mengharamkannya.

    BalasPadam
  18. Kebanyakan manusia kini cetek akal kerana menyangka bhw sebelum Islam, semua manusia itu kafir. Kajilah sejarah bangsa sendiri kerana keturunan Raja2 Melayu dari keturunan Raja Iskandar. Adakah anda menuduh Raja Iskandar yg dinyatakan di dlm al quran mengembangkan agama tuhan sebagai kafir? Yg jelas bagi hamba ialah al quran itu sendiri tidak berbaris asalnya dan tidaklah ada nama Islam itu sekalipun malah manusia difirmankan mengikuti agama nabi Ibrahim.

    BalasPadam
  19. saya nk tanya...masa saudara datang candi lembah bujang, ad x saudara datang ke pengkalan kakap,disana ad sebuah masjid(tp dh jd muzium dh)asas bentuknya pon lebih kurang sama mcm candi lembah bujang...

    BalasPadam
  20. Aduh! Macam2 komen. Aku nak marah pun tak jadik. Lawak lagi ada le, heh!

    Pada Anon 4:33pm, ya saya ada ke masjid lama Pengkalan Kakap. Insyaallah akan saya buat posting apabila sampai masanya... :]

    BalasPadam
  21. Betul tu Merahsilu. Baru ler kalerful. Bagi teman biorkan aje kekekekeke. Kalau kelako, gelak. Kalau idak, lantaknyer... bagi semue orang seghonok ikut ati dieoghang.

    BalasPadam
  22. biarkan je bro radzi... anon2 ni rasanya sorang jer...tapa konon2 mcm ramai...haha...

    BalasPadam
  23. Salam.

    Aku pun nak tumpang gelak. Hahaha!

    BalasPadam
  24. sekadar berkongsi

    yg menarik mngenai candi di kawasan ini ialah ianya berserakan sekitar muara sg.muda melangkaui sekitar sg.batu bukit batu pahat,lembah bujang, merbok,juga terdapat di kg. sg. mas (kota kuala muda), kampung matang pasir, bukit coras & kampung pendiat meyakinkan mgnai pelabuhan entrepot/bandar pelabuhan agung yg berfungsi sebagai pelabuhan atau tempat persinggahan kapal dagang di era empayar sriwijaya..

    & terbaru mengenai penemuan candi & artifak sg. besi (Tamadun 110 Masihi) mengenai tapak peleburan besi yg cukup lengkap dengan artifak dan tinggalan-tinggalan lama seperti batu-bata, tuyere dan juga sisa besi... siapa raja besi di timur jauh?

    Mengikut satu kajian – rujuk buku Prof.Arysio Santos (Amazon.com) - hanya di bumi Mala atau Tanah Jawi ini sahaja satu satunya tempat yang di kesan mengamalkan teknik orichalcum (lebur logam) yang tertua dalam peradaban manusia.

    Keris – keris hebat seperti Taming sari juga dipercayai dibuat melalui kaedah Orichalcum ini dan dikatakan ia juga mampu menyerap tenaga eletromagnetic di alam maya ini dan boleh menguatkan aura /bioelectricity pemilik keris tersebut.Inilah kehebatan keris melayu , selain design uniknya yang sangat simetri sehingga ada keris yang mampu berdiri sendiri dan tidak jatuh ke lantai jika diletakkan secara menegak!
    "Sangtawal Sakranta."

    bagaimana keris boleh smpai didasar lautan Pulau Okinawa Jepun ye..?? luk 9 pulak tu..ish3
    *pandai keris msti tahu perbezaan keris luk7 & luk9* ^^,


    “..Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia,(supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong(agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya.Sesungguhnya Allah maha kuat lagi maha Perkasa”

    Surah Al-hadid, ayat 25.

    ~banijawibangkit
    ~anakbumikedah

    BalasPadam
  25. kakakak lawak, semut tu tau la aku, merah silu pemakan semut, kamarudin sapa pulak. Tapi sendiri nama kamaruddin musti tau la

    kakaka pemakan semut

    BalasPadam
  26. Candi Batu Pahat d Kedah antara sebahagian dari Candi2 dari Indonesia.. Candi2 di Nusantara banyak..

    BalasPadam
  27. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas pencarian dan rahsia yang diketahui oleh ramai insan. Terimakasih Merah Silu...amanat wasiat Nabi mencari asal keturunan manusia bagi memperbetulkan kesilapan dulu dan menyambungkan kebaikan dan amalan sikap yang mulia harus diteruskan walaupun sehingga akhir zaman.

    Warisan Bumi Ilhamku.

    BalasPadam