Isnin, Mei 24, 2010

Masjid Realiti Nagara


OK. Pada penghujung artikel Projek buku keretapi : Stesyen-stesyen selatan hari Ahad. Apa ada di Bekok? saya ada menyebut bahawa nanti akan disajikan cerita tentang perjalanan keretapi 1,000 km meliputi laluan Pantai Timur yang dibuat hujung minggu lalu. Untuk makluman hujung minggu baru ini saya telah berjalan menaiki keretapi lagi, baru siang tadi kembali. Perjalanan yang dimulakan tengahari Sabtu ini membawa hingga ke Hatyai, Thailand. Masuk perjalanan kembali ia memakan jarak sekitar 1,200 km.

Ertinya nanti saya akan membuat cerita perjalanan Pantai Timur kemudian perjalanan laluan utara. Tapi sebelum itu biar dilepaskan satu rasa cerita yang entah kenapa timbul sebaik sahaja sampai kembali ke Kuala Lumpur.

Ceritanya begini... ada satu masjid bernama Masjid Realiti Nagara. Menurut kitab undang-undang Sayyam Puasa, batu asasnya diletak pada tahun 1670 Masihi. Masjid inipun dibina dengan tekunnya. Salah satu model binaan yang dipilih adalah berdasarkan Masjid Makala yang telah wujud sejak tahun 1400 Masihi.

Masjid yang diberi nama Masjid Realiti Nagara ini siap dibina sepenuhnya 1809 Masihi. Ketika itu Masjid Makala sudah lama hancur. Seterusnya masjid ini dihias penuh dengan segala permaidani mewah, ukiran kayu dan sebagai sehinggalah ia dibuka kepada orang ramai. Kitab Sayyam Puasa menyebut ia dibuka pada tahun 832 Masihi.

Oleh kerana kitab ini dikira mutlak belaka (semua kitab lain semua pembohong sebab ditulis oleh kafir), maka kita mestilah menerima bahawa sebuah masjid yang batu asasnya diletak pada tahun 1670 sebelum siap tahun 1809 telah dibuka pada tahun 832 Masihi. Maka dengan penuh bangga dinyatakan bahawa Masjid Realiti Nagara telah berdiri sejak hampir 1,200 tahun lalu!

Bandingkan dengan Masjid Makala yang cuma wujud tahun 1400 Masihi. Maka Masjid Realiti Nagara mesti telah wujud lebih awal bukan sebab kitab Sayyam Puasa menyebut ia dibina tahun 832 Masihi? Ingat, semua kitab lain adalah bohong belaka... kitab Sayyam Puasa sahaja yang betul. Kalau anda tak percaya bermakna anda semua talibarut penjajah kaum Yakjuj Makjuj! Nak tak nak anda mesti percaya kerana isi kitab Sayyam Puasa telah diletakkan dan disahkan di Wikipedia oleh pihak kami...

Jadi kalau Masjid Realiti Nagara telah wujud lebih awal daripada Masjid Makala, siapakah yang tiru siapa? Atau Masjid Makala tidak pernah wujud kecuali khayalan penjajah kafir belaka? Kesimpulannya Masjid Realiti Nagara lah yang mutlak wujud. Tak percaya masjid yang diletakkan batu asasnya pada tahun 1670 boleh siap dibuka tahun 832? Apalah susah sangat nak percaya? Kan Sami Value ada sebut pasal Poslaju? Punyalah laju surat, hari ni hantar semalam boleh sampai!

Siapakah manusia yang mampu membina masjid yang mula dibuat hari ini tapi boleh siap beberapa abad kebelakangan? Tak lain tak bukan para penjaga masjid yang merupakan waris pemimpin mutlak negara! Jadi kita semua mestilah percaya sebab mereka semua keturunan Syaraf Yang Maha Mulia Bani Hasyam ibni Syah Alam Pasir Berdengung. Untuk mendaulatkan kembali Nusantara anda mesti mengangkat waris mutlak Syaraf sebagai raja. Kesian... eh.. sekian... :]

2 ulasan:

  1. Hahaha... depa tu dah lama xupdate blog, tup2 dah keluar "Majalah Realiti" pulak... huhuhu

    BalasPadam
  2. A'kum,

    Untuk projek buku keretapi nampaknya saudara perlu menambah satu perkara yang amat penting. Mungkin saudara boleh buat ulasan. Ini adalah berkenaan dengan penyerahan tanah KTMB di Singapura dari Stesyen Tanjung Pagar ke Woodsland (melibatkan juga beberapa tanah lain). Kena pergi la ke sana sebelum Julai 2011 sebelum rel KTMB tu hilang. Nampaknya perancangan halus Singapura berjaya menyebabkan Malaysia berkongsi milikan tanah antara Tanjung Pagar dan Woodlands. Luas juga tanah tu walaupun lebar jalurnya tidak memadai untuk pembangunan berskalar besar. Soalnya, apahal pulak tanah milik KTMB, Malaysia nak berkongsi dengan Singapura?

    BalasPadam