Rabu, Mac 10, 2010

Jalan-jalan anak beranak : Muar... satu legasi lama purbakala?

Hmm. Ada kalanya saya fikir luahan rasa yang dibuat berkenaan Merong Mahawangsa juga sedikit hal mengenai Siam baru-baru ini adalah disebabkan penceritaan siri "Jalan-jalan anak beranak" sedang beralih dari Melaka ke Muar. Bersambung daripada artikel Jalan-jalan anak beranak : Ronda-ronda Melaka di siang hari .


Hampir jam 4:30 petang kami meninggalkan Melaka...


Dengan mengambil jalan lama yang menyeberangi Sungai Kesang, kami dapat melihat sebuah beca raksasa!

Kalau tak salah ingatan beca raksasa ini didirikan 15 tahun lalu sebagai satu tarikan pelancong ke Muar. Adapun bandar Muar ketika itu masih dikenali sebagai bandar orang pencen yang penduduknya hidup agak santai... ramai orang tua dan muda sering berbasikal ke sana ke mari. Dan beca Muar merupakan satu pengangkutan utama yang menjadi identiti daerah ini.




Kini Muar tidak lagi terasa begitu santai malah sibuk seperti kebanyakan bandar besar lain. Beca raksasa yang ada pula terabai terutama setelah jalanraya baru bertaraf lebuhraya percuma siap dibina sehingga jalan lama di tepian beca kurang digunakan. Dukacita juga dimaklumkan menurut persempadan terbaru daerah negeri Johor yang mula digunakan-pakai 2-3 tahun kebelakangan, daerah Muar secara rasminya bermula selepas melepasi jambatan yang menyeberangi Sungai Muar. Ini disebabkan ia telah dipecah 2... bahagian ke selatan Sungai Muar kekal sebagai daerah Muar, bahagian ke utara yang bersempadan dengan negeri Melaka, bahagian di mana terdapatnya beca raksasa sudah menjadi daerah Ledang pula!



Melihat senario politik negeri Johor sejak beberapa tahun kebelakangan, ada yang percaya pemecahan daerah Muar ini berlaku kerana persaingan 2 orang ahli politik besar yang berasal dari Muar. Nampaknya Menteri Besar Johor Datuk Ghani Othman yang kampungnya terletak di Sungai Mati, belahan utara Sungai Muar ingin menerbitkan sesuatu yang berasingan daripada legasi Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekarang, Tan Sri Muhyiddin, anak kelahiran Bakri, belahan selatan Sungai Muar yang dahulu pernah juga menjadi Menteri Besar. Kelihatan dalam gambar Haziq sedang berjalan di kawasan santai atas hutan bakau di kuala Sungai Muar. Kita tinggalkan soal politik... kita kembali santai melihat keadaan...



Adapun hutan bakau tadi terletak di Tanjung Ketapang. Kemudian kami semua berehat setengah kilometer ke dalam di taman permainan Tanjung Emas...




Di sini ada perkhidmatan bot yang membawa pengunjung berjalan-jalan menyusuri Sungai Muar...






Kami terus berehat santai di taman. Kalau ada yang bertanya kenapa saya memilih tajuk kecil "Muar... satu legasi lama purbakala?", biar dijawab... saya sekadar memilih tajuk mengikut apa yang terlintas di hati walaupun ia mungkin kelihatan tidak ada kena-mengena. Buat masa ini saya malas hendak bercerita tentang sejarah. Cukuplah jika disebut Muar sudah lebih awal dikenali ramai sebelum naiknya keSultanan Melaka yang diketahui sejarah awal abad ke 15. Dan Gunung Ledang yang terletak di Muar (kini sudah termasuk ke dalam daerah Ledang yang berpusat di bandar Tangkak, lebih dekat dengan kampung Ghani Othman) sudah disebut dalam kitab-kitab lama yang berumur beribu tahun di Barat atas nama Mount (gunung) Ophir!




2 ulasan:

  1. Saudara Radzi Sapiee,

    Adakah ada kaitan Syahir Nuwi dengan Syahrul Nuwi iaitu nama lain bagi Ayutthaya?Saya rasa anda tahu jawapannya.

    Apakah kaitan Siam dengan Aceh?

    Bahasa Aceh mempunyai kaitan rapat dengan bahasa Cham,iaitu satu rumpun Melayu di Indochina.Ketika kemaraan Dai-Viet dari utara,ramai orang Cham telah berpindah ke merata tempat di Nusantara namun yang ramainya telah berpindah ke Sumatera.Di sini orang keturunan Cham tadi diangkat menjadi raja kerana sememangnya orang Cham pandai mengurus kerajaan sebagaimana mereka pernah memiliki kerajaan Champa.

    Jika anda ingin tahu kaitan Aceh dengan Benua Siam,anda kena tahu siapa orang Cham ini.Anda kena kaji rumpun-rumpun Melayu di Indochina (benua Siam) sebelum era kemaraan Tai dan Dai-Viet.


    ~Srikandi

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum wbh sdr Radzi sdri Srikandi,

    Kenapa pula posting ttg Muar soalan tentang Shahrun Nuwi? Apa-apapun, cedrita Shahrun Nuwi ni memang biasa saya baca semasa kecil, bagaimana seorang rajanya diculik dan dijadikan gembala ayam, juga tentang adik Ratu..entah Biru ke Ungu ke, sewaktu perang telah bertukar menjadi meriam, apabila terasa haus beliau meminta air minuman dari kakaknya, kakaknya tak bagi, bila beliau memaksa dan dapat minum, beliau berkecai apabila menembak musuh. Tapi tentulah orang Melayu pun tak tahu negeri sebegini ada ke atau hanya mitos? Langkasuka, Gangga Nagara dan sebuah negeri yang masih dicari2 antropologis dan orang2 yang berminat dalam hutan Endau Rompin..hai bilakah kita akan mengetahui kebenarannya?

    BalasPadam