Khamis, Mac 11, 2010

Jalan-jalan anak-beranak : Akhirnya, dapat naik river cruise Sungai Melaka malam hari...

Puas berjalan di Muar, kami kembali ke bandaraya Melaka malam hari...


Alhamdulillah, walaupun kami meninggalkan Muar agak lambat kerana menunggu makan malam di rumah ibu bapa saya di Kampung Temiang, kami sempat sampai ke jeti bandar hilir ketika perkhidmatan river cruise atau jelajah Sungai Melaka masih lagi berjalan...


Ingat apa yang disebut dalam artikel Jalan-jalan anak-beranak : Kuala Linggi waktu Maghrib dan Melaka waktu malam ? Setelah terlambat sampai ke jeti malam sebelumnya, akhirnya dapat juga kami anak beranak menaiki perkhidmatan river cruise ini!


Memang pun misi utama saya dan isteri membawa anak-anak ke Melaka adalah untuk menaiki bot menjelajah Sungai Melaka. Walaupun perkhidmatan ini sudah berjalan sejak 2-3 tahun kebelakangan (kalau tak salah ingatan le...) saya pun belum pernah mencubanya...



Yang saya tahu, saya sudah beberapa kali berjalan-jalan di tepian Sungai Melaka melihat pemandangannya semenjak perkhidmatan ini mula diperkenalkan. Sambil melihat bot keluar masuk ke hulu ke hilir sungai, kelihatan juga ruang pejalan kaki sepanjang tepian sungai sudah dibina begitu cantik, bangunan-bangunan terjaga elok dengan lampu berbagai warna diletakkan di tempat yang strategik. Kelihatan sungguh bezanya keadaan sungai berbanding apa yang saya pernah lihat sebelum itu sehingga saya yakin apa yang ada di Melaka untuk pelancongan kini setaraf dengan apa yang boleh didapati di bandaraya-bandaraya utama di Eropah.

Malah pada saya, aura di Melaka kini terasa seperti berada di bandaraya Prague iaitu ibunegara Republik Czech di Eropah Timur, satu daripada sedikit bandaraya yang masih memiliki bangunan-bangunan purba daripada abad ke 12 Masihi dan sebelumnya. Bukanlah saya sudah pergi ke semua bandaraya Eropah... tetapi sekurang-kurangnya saya sudah menjejakkan kaki di London dan beberapa bandaraya utama di United Kingdom, Paris dan sejumlah bandaraya di Peranchis, Amsterdam, Rotterdam dan Leiden di Belanda, Frankfut, Mainz dan Dresden di Jerman, Vienna dan Saltzburg di Austria, Prague di Republik Czech, Bratislava di Slovakia, Zurich di Switzerland, Genoa di Italy dan Monaco. Untuk makluman kebanyakan bandaraya di Eropah hilang bangunan lama akibat segala macam gempuran dan pengeboman yang berlaku ketika Perang Dunia Kedua. Memanglah amat dangkal mahu membandingkan Melaka dengan bandaraya gergasi seperti London dan Paris yang jauh lebih terkenal di mata dunia. Maklumlah, setiap satunya memiliki sekitar 10 juta penduduk dalam lingkaran besar bandaraya!

Namun Melaka sebenarnya dapat menandingi bandaraya-bandaraya ini. Kalau sahaja dapat diwujudkan kembali keadaan metropolitan seperi semasa zaman kegemilangan Melaka lebih 500 tahun lalu di mana sarjana menyebut terdapat 84 bahasa dituturkan di pasar-pasarnya sahaja. Orang Eropah sendiri mengakui kebesaran dan kepesatan Melaka. Sebab itu Melaka disebut sebagai Venice of the East... Venice di bumi Timur. Sedangkan Venice yang terletak di Italy ialah bandaraya paling pesat di seluruh Eropah ketika itu!




Puas melihat suasana malam, kami berehat sebentar di Masjid Kampung Hulu di tengah bandaraya. Sementara saya beramal, isteri dan anak-anak tidur di kawasan serambi. Untuk melihat klip-klip video semasa river cruise di Sungai Melaka, sila semak artikel Melaka river cruise at night di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ...



4 ulasan:

  1. Salam,

    Kalau diikutkan pengiraan tahun Masihi, dimana jatuhnya Melaka atau lebih tepatnya kejatuhan kerajaan Islam kepada Portugis pada 1511 genap 500 tahun pada tahun depan. Maknanya tahun 2011 akan menjadi titik perubahan kerajaan beraja yang lama sudah tidur untuk memerintah. Biarlah 2012 menjadi kiamat kepada mereka..tetapi menjadi permulaan kepada Tamadun Terakhir bagi alam ini.

    BalasPadam
  2. Salam Saudara..
    Sepertimana yang kita semua ketahui, masih terdapat satu makam Sultan Melaka di Kampar, Riau, Indonesia iaitu Makam Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka ke-8). Tidak teringinkan saudara untuk mengembara ke sana untuk melihat dengan lebih dekat sejarah di sana?

    Saudara boleh lihat sendiri satu site dari seberang pasal makam ini..

    Mengikut pembacaan saya, masih terdapat banyak lagi makam-makam pahlawan melayu di sana terutamanya di Bintan.

    BalasPadam
  3. Wassalam. Insyaallah satu hari saya akan sampai ke sana juga. Dari Kampar boleh terus menghala ke Palembang... boleh le ke tapak Bukit Siguntang di mana asal-usul Raja-raja Melaka dikatakan bermula.

    Tapi buat masa ini saya lebih tertarik pada susur-galur raja yang berkait dengan nasab kewalian daripada keturunan Ahlul Bait atau keluarga Nabi Muhammad SAW. Walaupun keturunan ini kemudian tersebar ke seluruh Nusantara namun saya dapati usul kedatangan mereka ke Tanah Melayu banyak melalui atau bermula di Aceh...

    BalasPadam
  4. Boleh layari link di bawah untuk info serba sedikit serta gambar Makam baginda.
    http://wisatamelayu.com/id/object/189/makam-sultan-mahmudsyah-i/?nav=cat#

    Memang tak banyak info mengenai makam ini.

    BalasPadam