Isnin, Januari 04, 2010

Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Perjalanan ke Pontian dan sebab-musabab pengembaraan...

Tadi saya telah membuat sebuah artikel baru tentang satu reunion atau perkumpulan semula kawan-kawan lama sempena umur kami mahu memasuki 40 tahun. Artikel bertajuk Sains Johor upon reaching 40 reunion for batch 83-87... itu dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Sekarang barulah kita boleh bercerita di sini pula. Bersambung daripada artikel Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Habib Ali dan 'permulaan' Batu Pahat...


Selesai lawatan ke Pantai Minyak Beku dan Perigi Batu Pahat, kami terus mengambil jalan pesisiran pantai menghala selatan ke Pontian...




Oleh kerana kami meninggalkan kuala Sungai Batu Pahat pun sudah hampir waktu senja maka perjalanan seterusnya berlaku rata-rata waktu malam. Beberapa ketika melepasi pekan Rengit yang masih di dalam daerah Batu Pahat, kelihatan papan-tanda yang tertera nama Parit Betak. Terus saya teringat bahawa datuk kepada seorang datuk saya (bapa kepada ibu) ada memakai nama Bugis berbunyi Betak... katanya satu daripada nama yang dipakai untuk menyembunyikan identiti sebenarnya.

Saya tak tahu jika nama Betak yang dimaksudkan di sini merujuk kepada moyang itu. Tidak lama kemudan kami pun sampai ke daerah Pontian, satu daerah negeri Johor yang boleh kata majoriti penduduknya berketurunan Bugis...


Pengaruh Bugis begitu kuat di sekitar ini sehingga terdapat juga sebuah muzium Bugis yang didirikan orang persendirian.



Walaupun terbetik juga niat untuk menelusuri lebih dalam salasilah Bugis dari sebelah ayah kepada ibu, pengembaraan ini sendiri dibuat untuk mengkaji salasilah ibu kepada ibu yang berdarah Jawa, katanya dari belah Pekalongan di Jawa Tengah. Sebenarnya pengembaraan ke selatan ini dibuat dalam rangka-kerja untuk menerbitkan sebuah buku berdasarkan sejarah keluarga sebelah Jawa itu. Ini berikutan cadangan seorang bapa saudara dalam satu perhimpunan keluarga pada Hari Raya Aidilfitri lalu. Lihat artikel Perkahwinan seorang sepupu, perjumpaan keluarga dan rancangan buku terbaru...



Setelah meneliti apa yang perlu, saya dapati harus berjumpa keluarga sepupu-sepupu ibu yang berada di Batu Pahat dan Johor Baru selain mendapatkan 'rasa' di tempat-tempat yang perlu. Setakat untuk mendapatkan cerita sahaja saya boleh menghubungi mereka melalui telefon. Tak perlu susah-payah berjalan ke sana ke mari. Tetapi untuk mendapatkan 'rasa' dan gerak ilham yang patut saya harus bertemu muka dan hadir di sesuatu tempat itu. Peluang inipun digunakan untuk membawa isteri berjalan setelah beberapa minggu asyik terperap di sekitar rumah akibat tempoh pantang melahirkan anak. Bila dah berjalan tu takkan le nak tinggalkan anak kecil sorang-sorang kat rumah kan? Itu yang jadi pengembaraan Al-Rasyid ke selatan...






Rancangan perjalanan pula boleh berubah-ubah mengikut keadaan. Kalau ikutkan, kami harus berada di Batu Pahat lebih lama untuk berjumpa dengan seorang bapa saudara di Parit Raja. Tetapi disebabkan dia sibuk hari itu, saya membuat keputusan untuk terus menghala ke Pontian, lain kalilah dalam perjalanan kembali ke Muar baru singgah lagi di Batu Pahat. Kalau ikut rancangan asal, kami seharusnya sudah selesai apa-apa perkara yang perlu di Batu Pahat dan Pontian pada siang hari lalu boleh terus ke Johor Bahru. Tetapi disebabkan perjalanan dari Muar sendiri bermula selepas 3 petang dan kami masuk Pontian pun dah malam, seeloknya kami berehat di daerah ini dahulu. Di atas adalah gambar Al-Rasyid ketika kami berhenti makan malam di Serkat, makan malam lambat... lepas jam 10 daaa...




Dari Serkat tinggal 3 km sahaja untuk ke Tanjung Piai, kawasan paling selatan di tanah besar benua Asia, tempat saya merancang untuk bermalam...




Kali pertama dan terakhir saya sampai ke Tanjung Piai kalau tak salah ingatan adalah pada penghujung tahun 1996, ketika membuat satu perjalanan solo bermotosikal besar keliling Semenanjung.




Dari sini kami boleh melihat cahaya dari kapal-kapal yang berlabuh di selatan pulau Singapura. Dan memang kami pun bercadang untuk ke negara pulau itu nanti memandangkan moyang saya dari belah Jawa mula bertapak di Semenanjung melalui pulau itu lebih 100 tahun lalu. Bersambung...

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum Saudara Radzi,
    Saya mempelawa saudara menziarahi Makam makam di Johor Lama, sepanjang Sg Johor yang banyak Sejarahnya.

    BalasPadam
  2. Salam abang g, sy ada teringat arwah ayah (cik tapa) ada citer pasal moyang Betak nie ada bukak kg kat pontian. Kalau kita carik satu2nya kg yg ada nama betak adalah Prt Betak.Kebanyakan kg yang diterokai biasanya dinamakan sempena nama peneroka itu sendiri. Jadi xmustahil Prt Betak ada kena-mengena ngan asal usul kita. Masa sy "google" sy terbaca satu kajian oleh student UKM bernama RAHILAH OMAR, KHAZIN MOHD. TAMRIN,NORDIN HUSSIN DAN NELMAWARNI - tesis diorg bertajuk - SEJARAH KEDATANGAN MASYARAKAT BUGIS KE TANAH MELAYU: KAJIAN KES DI JOHOR - antara yg menarik isinya adalah - Wak betak datang ke Johor sekitar 1910. Wak Betak telah menjadi ketua kampung pertama di Parit Betak. Keterangan ini diperoleh dari hasil temubual dengan Ibrahim bin Ismael bin Hj Kirana bin Bedu, cucu kepada Wak Kurikang (di sebelah ibunya) pada 30 Januari 2009 di rumahnya di Parit Betak.

    BalasPadam
  3. Wassalam. Menarik gak tu Amir, Abang G pun tak tahu cerita. Kalau begitu betul le tu Betak nenek moyang belah Tok Mail. Tok Mail pun lahir tahun 1917. Mungkin Betak tu pangkat datuk, mungkin gak moyang. Cuma yang Abang G musykil kenapa dipanggil Wak Betak? Sedangkan Wak tu kan biasanya panggilan orang Jawa?

    Hmm. Teringat cerita pasal bapak Tok Mail, Haji Hussein. Kata sesetengah orang dulu dia dipanggil Orang Kaya Hussein, ada 6biji kereta ngan 6 driver, walhal masa tu tahun 1920an lagi gitu.

    Amir cubalah kaji. Abang G setakat dapat alamat Tok Mail tu keturunan Raji Haji ibni Daeng Chelak, kemungkinan besar daripada anak Raja Haji yang bernama Raja Ahmad, katanya dulu pernah jadi Silawatang yang berperangai lanun di Kuala Sungai Muar... :]

    BalasPadam
  4. Salam Merah Silu, zairi ni, cicit wak betak kt betak, sebelum ni sy ade bgtau wak betak kahwin 4, tp sbenarnya sy sembang2 ngan mak n ayah, wak betak kawen 7, dlm 3-4 isterinya yg ade anak, mak dan ayah saya brcerita, anak2 wak betak ni ramai, tp yg masih hidup masih ade 2 orng sekarang, kalo nk tau cerita2 lama, diorang ni ingat lagi rasenya, mak sy pun ade cerita, salah seorang anak wak betak ni nama dia Hussin yg juga adik beradik tiri atuk n nenek sy, tp berpisah semenjak mereka kecil, hussin katanya ke Tungksl, Indonesia, salah seorang anak Hussin ni namanya sani, kemudian sani ni yg ade blk ke semenanjung..wallahualam, kalau jd dtg bulan 5 ni boleh brsembang panjang

    BalasPadam
  5. Wassalam. Hmm. Saya diberitahu pula anak Tok Betak bernama Hussin di Muar dua beradik je dengan Hassan. Tak tahulah kalau kita bercakap tentang Hussin yang sama. Tak pa. Majlis perkahwinan sepupu saya di JB 1 Mei. Insyaallah kalau tak petang/malam itu, esoknya saya tetap akan bertandang ke rumah keluarga saudara di Parit Betak. :]

    BalasPadam