Selasa, November 17, 2009

Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan - Tasik Kenyir, Kuala Berang dan Pulau Manis


Kami pun menyusuri jalan masuk ke Tasik Kenyir... dari tempat yang kelihatan ini kira-kira 35 km menembusi kawasan kampung, hutan dan ladang...



Sedar tak sedar rupa-rupanya perjalanan dibuat dalam keadaan minyak petrol dalam tangki tinggal tahap reserve sahaja. Nasib baik terjumpa kedai kampung ada menjual petrol dalam tong... lihat artikel The road to Tasik Kenyir di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .


Alhamdulillah sampai juga kami ke Tasik Kenyir. Gambar-gambarnya berserta sebuah klip video telah diletakkan dalam artikel Enter Tasik Kenyir, the largest man-made lake in Malaysia! juga di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


OK. Sebelum sampai ke Pantai Timur ini saya telah memikirkan harus menziarahi sejumlah tempat di Kuala Berang selain Kuala Terengganu. Cuma tak tahu lagi bagaimana aturan perjalanannya. Lawatan spontan ke Tasik Kenyir yang tidak dirancang menjawab persoalan. Dari situ Kuala Berang sudah lebih dekat maka ke situlah kami seterusnya...


Jika sebelum ini perjalanan-perjalanan saya ke Terengganu adalah dengan menaiki bas awam juga banyak berjalan kaki dan menumpang kenderaan orang, ini pula kali kedua saya datang dengan menaiki kereta sendiri. Kali pertama ialah semasa lawatan ke Pantai Timur yang pertama kali dibuat bersama isteri awal 2009. Lihat artikel Koleksi cerita perjalanan awal tahun ke Pantai Timur bersama isteri! . Kali ini perjalanan lebih istimewa kerana turut membawa anak-anak sekali termasuk seorang bayi yang telah 'menetap' dalam perut 8 bulan! Lalu saya mengambil peluang ini untuk melawat sebanyak mana makam-makam utama yang mungkin...

Inilah makam Tok Kawah, seorang kaum kerabat keturunan Sharif Muhammad Al-Baghdadi (orang yang dikatakan menulis Batu Bersurat Terengganu tahun 1303 Masihi).


Seterusnya kami ke Kampung Pauh untuk melawat makam ini...



... makam Sharif Abdullah, cucu Sharif Muhammad al-Baghdadi. Untuk makluman beliau juga adalah ayahanda kepada Tok Pulau Manis @ Sharif Abdul Malik, ulamak besar dan wali terkenal Terengganu abad ke 17 Masihi...




Selesai itu kami menyeberangi Sungai Terengganu ke bandar Kuala Berang, untuk masuk ke jalan menuju ke satu ke bahagian lain Hulu Terengganu. Oh, sebelum itu saya sempat bersolat Jumaat di Kampung Pauh!


Di bahagian yang terletak di selatan Sungai Terengganu ini saya menziarahi sebuah makam lama milik seseorang yang cuma dikenali sebagai Tok Raja Ri. Seperti di makam Tok Kawah dan makam Sheikh Abdullah @ Tok Pauh, isteri saya menunggu dalam kereta. Anak-anak pula sudah kepenatan tidur akibat jalan jauh...


Perjalanan diteruskan untuk ke kawasan yang lebih hulu...






Di sini ada sebuah bukit yang perlu diredahi...






... untuk sampai ke makam purba ini.






Tak perlulah disebut makam siapa. Cukup sekadar memberitahu makam ini sangat penting dalam wasilah perjalanan diri sehingga saya turut membawa isteri yang sedang mengandung 8 bulan dengan anak-anak naik sekali. Nampaknya mereka juga cukup seronok meredah belukar selain dapat melihat pemandangan Sungai Terengganu yang cantik dari puncak bukit...






Dalam perjalanan kembali ke bandar ke Kuala Berang kami singgah di makam ini...










Inilah makam Tok Gajah, pahlawan Melayu Pahang terkenal penghujung abad ke 19 Masihi. Untuk pengetahuan beliau adalah ayahanda kepada pahlawan Mat Kilau yang sangat ditakuti Inggeris itu...






Seterusnya kami melawat tapak tempat Batu Bersurat Terengganu ditemui...





... sampai balik di Kuala Berang sejurus selepas jam 3 petang. Kalau asalnya saya ada terfikir untuk bermalam di bandar itu, dengan kuasa Allah segala tempat yang perlu dilawati di Kuala Berang telah pun berjaya dilawati. Maka itu saya membuat keputusan untuk menghala terus ke Kuala Terengganu... dalam perjalanan singgah di Kampung Pulau Manis dan makam utama yang ada di sana...




Cerita tentang pemilik makam ini iaitu Tok Pulau Manis @ Sharif Abdul Malik tidak perlu dipanjangkan lagi. Saya pernah membuat satu artikel khusus tentang beliau (sebenarnya baginda!) berserta sedikit maklumat tentang ahli keluarganya sekali! Sila lihat artikel Wasilah kekeluargaan Tok Pulau Manis, wali agung Terengganu abad ke 17... yang dibuat lebih setahun lalu.




Alhamdulillah kami dapat menyelesaikan banyak perkara hari Jumaat itu. Kalau tak salah ingatan kami sampai ke Kuala Terengganu sebelum jam 5! Sempat berjalan-jalan di sekitar Kampung Cina sebelum mencari tempat untuk berehat. Bersambung selepas ini...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan