Khamis, November 12, 2009

Kecik-kecik cili padi?

Lihat Al-Rasyid di samping senjata-senjata lama ini...


Ada pula meriam-meriam di sisi...


Bukan apa, tadi siang terasa nak berjalan lagi. Lepas bawa Al-Rasyid untuk dicucuk (disuntik le...) dengan antibodi di klinik berdekatan rumah timbul keinginan untuk pergi ke Bukit Melawati di Kuala Selangor, pusat pemerintahan awal keSultanan Selangor. Ada apa-apa ke? Semoga dia dapat menyerap semangat kepahlawanan yang ada... cukup. Untuk makluman ini adalah artikel ke 585 di blogspot ini. :]


8 ulasan:

  1. Assalamualaikum, telah lama mengikuti blog saudara, kalau berminat dengan dengan sejarah Siak mungkin saudara boleh menziarah Makam Kesultanan Siak di Dungun, Terengganu, mungkin saudara boleh menukilkan dan merungkaikan sesuatu kenapa AlMarhum Sultan Yahya Siak berada dan dimakamkan di Terengganu.

    http://daerahdungun.blogspot.com/2009/06/makam-diraja-kesultanan-siak-iaitu.html

    BalasPadam
  2. Wassalam. Menarik juga tu. Rasanya pernah dengar dahulu tapi tak pernah follow-up. InsyaAllah nanti saya akan ke sana jua. Terima kasih kerana sudi berkongsi informasi... :]

    BalasPadam
  3. Salam, setelah mengikuti artikel-artikel saudara memang saya tabik hormatlaa... tapiii yang dua perkara ni.... terlalu 'mengindah-indahkan' isteri dan 'mengangan-angankan' anak yang baru lahir....saya kira tak sesuai. bagaimana pula dengan bekas isteri yang bersusah payah membesarkan anak sendirian... ??? Kami ingin tahu kelebihan anak itu berbanding Al Rasyid... Semoga saudara berjaya... menjadi ayah yang bijak memikul tanggungjawab. Aminnn.

    BalasPadam
  4. Wassalam. Terimakasih kerana mengikuti artikel-artikel saya dengan penuh suci hati, jujur lagi ikhlas dan penuh prihatin akan kemaslahatan diri saya. Tetapi saudara (rasanya saudari ni sebenarnya) perlu ingat... sesiapa pun akan mengindahkan isteri dan anak yang sedia ada, apalagi jika anak itu baru lahir dan merupakan anak lelaki yang telah diharapkan muncul sejak sekian lama. Bukan saya tidak mengenangkan bekas isteri dan anak yang ada dengannya. Tapi apakan daya, dia sendiri tidak mahu saya terlibat lagi dalam hidupnya malah hidup saya dijauhkan dengan anak kami! Lalu saya terpaksa menghormati pendiriannya. Kalau tidak saya akan dituduh mengacau dan mengeruhkan lagi suasana.
    Cuma orang yang tidak pernah berkahwin dan tidak pernah memiliki anak sahaja tidak memahami permasalahan ini dan apakah priority atau perkara yang patut dikehadapankan, apa pula perkara yang patut disimpan walaupun setiap hari hati ini sentiasa terkenangkan juga anak di sana. Jadi sebaiknya kita teruskan sahaja dengan apa yang sedia ada, dengan tanggungjawab yang terbentang di hadapan mata. Selainnya Allah Maha Mengetahui dan telah mengaturkan segalanya.

    BalasPadam
  5. Aduh, jelesnya ku tgk org bahagia. Aku harus cuba trus mncari salahnya. Yang pntg aku bahgia. Siapakah dpt memhami jiwaku yg andartu gemuk gedempol lagi tak laku.

    Whai pmbca2 di sini. Pujilah aku. Kagumilah kpnadain aku trus-menrus cuba mncari salah si Merah Silu. Aku tlah dihantar oleh Tuhan untuk membongkar kebodohn kamu smua yg tertipu sehingga sangup mengikuti trus blog ini walupun sdah berkali-kali aku cuba memburukkannya. Tdakkah kamu smua sedar aku di pihak yg benar?

    Yg ikhlas - Badak Sapiah

    BalasPadam
  6. bolo la lu badak sapiah..itu pasal ko tak kawin2 sebab ko tak sedar diri asik nak kutuk orang je..bolooo

    BalasPadam
  7. salam saudara RS 'mengindah-indahkan' isteri dan 'mengangan-angankan' anak yang baru lahir....Muhammad..,saya kira tak sesuai. bagaimana pula dengan bekas isteri yang bersusah payah membesarkan anak sendirian... ??? memang tepat sekali protes tu, sebab saya pun tak setuju cara saudara ni. ingat awal mula pertama mula isteri adalah yang pertama bukan yang kedua di 'mulakan'dengan menidakkan/melenyapkan yang pertama. seperkara lagi nama indah (Muhammad)jangan disusahkan, saya senang dengan nama muhammad tu rasanya pembaca2 pun setuju.

    BalasPadam
  8. Wassalam. Saudara/saudari berhak mengemukakan pendapat sendiri. Saya juga berhak mengenengahkan apa yang saya rasa. Dalam rumah saudara/saudari, anda boleh memilih untuk meletak apa sahaja gambar atau perhiasan yang anda suka. Begitu juga saya berhak atas tempat saya sendiri.

    Sekali lagi terimakasih atas keprihatan saudara/saudari. Jawaban yang saya beri sudah cukup menerangkan keadaan. Terimalah ia seadanya... kecuali saudara/saudari memang berniat jahat untuk mengeruhkan keadaan...

    p/s: Saya tahu Anonymous di atas dan Anonymous di bawah adalah orang yang sama. Tidak perlulah berpura-pura seolah-olah menerbitkan pelbagai watak yang saling menyokong untuk terus mengemukakan aliran pemikiran yang dangkal lagi jumud yang kononnya mendapat sokongan ramai.

    Selepas ini apa-apa komen dari pihak anda yang berbau begini akan didelete begitu sahaja. Selama ini anda sudah diberi cukup banyak ruang membuat onar dan saya sudah cukup lama melihat dengan sabar. Harap maklum.

    BalasPadam