Khamis, Julai 02, 2009

Apa cerita bangsawan Bugis pula boleh menjadi raja Aceh?


Untuk mengetahui makam siapakah yang bernombor 1 ini, sila lihat artikel
Makam Raja-raja Dinasti Bugis (the tomb of kings from the Bugis dynasty) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)

Oleh kerana perkara yang ingin dikemukakan ini pernah disentuh dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari diri dan erti" maka biar saya copy and paste sahaja le bahagian yang berkenaan secara lock, stock and barrel ya.

-------------------

Pemerintahan keturunan Sayyid di Aceh pula bermula apabila Sayyid Ibrahim Habib berjaya mendapatkan fatwa dari Mekah mengatakan orang perempuan tidak layak memerintah negara, semasa keSultanan Aceh diperintah raja perempuannya yang ke empat, Sultanah Zinatuddin Kamalat Shah. Baginda pun pergi ke sana dan berjaya mendapatkan sokongan hulubalang untuk menurunkan Sultanah Zinatuddin. Lalu pada tahun 1699 diangkat menjadi Sultan baru Aceh bergelar Sultan Badrul Alam Sayyid Ibrahim Habib Jamaluddin Sharif Hashim Shah.

Pemerintahan baginda bagaimanapun tidak lama. Pada tahun 1702, Sayyid Ibrahim yang sempat mengahwini Sultanah Zinatuddin pula dijatuhkan lalu digantikan anakandanya Sayyid Ali Zainal Abidin yang bergelar Sultan Jamalul Alam Badrul Munir fil Alam Sharif Hashim Shah. Sultan ini juga tidak dapat bertahan lama. Malah baginda juga dijatuhkan selepas memerintah setahun sahaja. Nampaknya para hulubalang begitu berkuasa menentukan siapakah yang boleh menaiki takhta sedangkan kerabat diraja pula sibuk bergaduh untuk menjadi raja.

Salasilah terperinci Aceh yang diperolehi Rasyid menunjukkan proses turun naik takhta ini berterusan hampir 30 tahun. Dalam tempoh ini sahaja, Aceh telah enam kali bertukar Sultan berketurunan Sayyid! Cuma seorang, Sultan Jamalul Alam Badrul Munir fil Alam Habib Abdullah ibni Sultan Sharif Hashim Shah dapat memerintah lama, tahun 1711 hingga 1726 iaitu 15 tahun. Tetapi baginda juga akhirnya dijatuhkan hulubalang.

Keadaan menjadi semakin kalut selepas itu. Raja seterusnya, Sultan Jauharul Alam Aminuddin cuma dibenarkan memerintah selama 20 hari sebelum digantikan oleh Sultan Undei Tebang Shamsul Alam yang cuma bertakhta beberapa hari sahaja. Negara pula menjadi huru-hara...

Akhirnya pada tahun 1727, para hulubalang membuat keputusan mengangkat seorang pembesar berketurunan Bugis, Orang Kaya kaya Maharajalela Melayu Ahmad bin Abdul Rahman menjadi Sultan Alauddin Ahmad Shah Johan Badr Berdaulat. Keturunan bagindalah nanti yang akan berebut takhta dengan anakanda Tuanku Syed Aidid 80 tahun kemudian. Dan keturunan inilah menjadi pemerintah terakhir KeSultanan Aceh.

————————

Rasyid sedikit pelik. Bagaimanakah Orang Kaya kaya Maharajalela Melayu Ahmad bin Abdul Rahman boleh menaiki takhta Aceh? Setahunya, pangkat itu bukanlah sebesar pangkat Bendahara atau Perdana Menteri. Bukan juga pangkat kerabat diraja, apalagi baginda dikatakan berketurunan Bugis. Siapalah si Ahmad ini jika dibandingkan dengan keturunan Sayyid anak cucu Rasulullah SAW yang diakui ketinggian martabatnya? Lalu dia pernah bertanyakan hal ini kepada seorang tua berketurunan Aceh yang sekarang menetap di Perak. Jawaban orang tua itu senang... Sebenarnya Ahmad bin Abdul Rahman bukan sekadar bangsawan biasa. Dia berasal daripada keturunan yang terpilih...

“Ayahandanya, Orang Kaya kaya Maharajalela Melayu terdahulu, juga Laksamana bernama Abdul Rahman bin Zainal Abidin adalah anakanda Laksamana Raja Keumala Hayati, satu-satunya panglima perang perempuan yang pernah memimpin sebuah armada kapal laut yang terulung di Nusantara,” orang tua itu membuka cerita. “Angkatan perang yang terdiri daripada janda-janda para pejuang yang mati syahid itu pernah mengalahkan armada Belanda dalam peperangan di Teluk Aru.”

“Raja Keumala Hayati pula adalah generasi keempat keturunan Sultan Ali Mughayat Shah (1511-1530), raja besar dan pahlawan berwibawa yang diiktiraf sejarah sebagai Sultan pertama Aceh Besar kerana berjaya menggabungkan kerajaan-kerajaan Daya, Pedir, Pasai dan Haru ke dalam Aceh. Maka memang Ahmad bin Abdul Rahman mempunyai darah keSultananan Aceh dan memiliki kelayakan untuk menaiki takhta,” dia menyambung.

Kata orang tua itu lagi, ayahanda Ahmad, Abdul Rahman bin Zainal Abidin pula pernah berkahwin dengan Sultanah Naqiatuddin, raja perempuan kedua Aceh. Tetapi tidak pastilah jika baginda dilahirkan hasil perkahwinan ini atau daripada ibu yang lain.

“Nendanya, Zainal Abidin juga bukan calang-calang orang. Suami Laksamana Raja Keumala Hayati ini merupakan Orang Kaya kaya Maharajalela Melayu juga Laksamana di zaman Sultan Alauddin Sayyid al Mukamil,” dia meneruskan. “Selain itu beliau juga dikenali sebagai anakanda seorang ulamak yang amat disanjung tinggi di Aceh, Daeng Mansur bin Sheikh Abdullah Al-Malikul Amin, ayahanda kepada Puteri Ratna Sendi Istana, Permaisuri kepada Sultan Iskandar Muda dahulu.”

Lagipun pangkat Laksamana di Aceh bukannya pangkat kecil-kecilan. Ia adalah satu pangkat besar kerabat diraja yang dahulunya sering digunakan oleh raja muda atau tengku mahkota, bakal Sultan Aceh!

“Adinda Sultan Ali Mughayat Shah adalah raja muda yang dikenali sebagai Laksamana Raja Ibrahim, orang yang bertanggungjawab memukul mundur Portugis daripada Pasai sebelum baginda mati syahid. Bakal pengganti Yam Tuan Besar Negeri Sembilan pula memakai gelaran Tunku Laksamana malah Perak juga pernah menggunakan sistem yang sama di mana Laksamana adalah Raja Laksamana, seorang kerabat diraja yang layak menaiki takhta. Tetapi ini sengaja digelapkan pihak tertentu untuk menurunkan martabat Laksamana sehingga menjadi bangsawan biasa,” tambahnya.

---------------

OK. Sebagai tambahan, mungkin nanti saya harus perbetulkan bahagian di perenggan terakhir tentang Negeri Sembilan. Ini kerana almarhum Tuanku Ja'afar selepas mangkat tahun lepas digantikan oleh Tunku Besar Mukhriz bukannya Tunku Laksamana Naquiddin. Tetapi itu di Negeri Sembilan, di Aceh dahulukala memang secara tradisinya bakal pemegang takhta adalah Raja Mahkota yang turut menjadi Laksamana. Apapun, cerita mengenai raja-raja Bugis yang menjadi pemerintah Aceh ini ada rahsianya yang tersendiri yang saya akan berikan hint sedikit demi sedikit mengikut apa yang dizinkan nanti... sebagai hak untuk pemahaman mereka yang ada kena-mengena. Insyaallah! Sekian... saya perlu tidur berehat ni. Tata! :]

p/s: Terkeluar gerak. Salah satu hint ada pada cerita Makam (tomb of) Sultan Iskandar Muda? di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) .

4 ulasan:

  1. orang2 dulu dulu banyok simpan rahsia, namo aje ada bermacam2, makam2 yang hok kamu gi tu banyak kosong dah, banyak dah gi tempat2 lain pakai sarong baru pakai watak baru, kadang2 ada makam tapi hok duduk dalam tu orang lain bukan makam org yg kamu nak cari...org2 yg berilmu bila dirinya mangkat dan dimakamkan maka cukuplah hak keatas dirinya dan bermulalah satu perjalan hidup baru selepas meninggalkan hidup hak lama.

    BalasPadam
  2. sungguh mendalam maksud tuan hamba ni..leh terangkan lebih mendalam maksud ni::
    (org2 yg berilmu bila dirinya mangkat dan dimakamkan maka cukuplah hak keatas dirinya dan bermulalah satu perjalan hidup baru selepas meninggalkan hidup hak lama)

    BalasPadam
  3. Terimakasih Aminhaqim. Saya tahu tentang itu. Saya juga menerima pesanan dan bimbingan oleh beberapa orang yang sudah banyak kali mati hidup balik, mati hidup balik. Dan saya menjalankan peranan saya sendiri menurut apa yang telah digariskan dalam Takdir dan Qada' Qadar untuk hidup saya sendiri pada peringkat ini... :]

    BalasPadam
  4. hak mendalam tu ambo takdo hak nak citor dlm internet nie,maaflah, ambo cuma berkias2 ajo eh, ado rezeki mu nanti mu jumpo la..salam

    -----------------------

    baguslah sedaro radzie sekurang2nya kamu tahu tahap kesesuaian diri kamu, mu gi lawat2 makam2 sultan tu sekurang2nya jadi contoh kesedaran kepada generasi muda terutama genarasi baru kerabat rajo2 skg agar tidak lupo asal - asul mereka dulu2.

    jange lupo sampaikan salam pembuka kepada mahkluk ghaib bila berkunjung dan minta maaf jika mu tersalah kata atau perbuatan bilo nak berangkat pulang.

    BalasPadam