Rabu, Januari 07, 2009

Perjalanan ke selatan dan naik balik (bersama isteri)...

Alhamdulillah, setelah selesai membuat artikel bertajuk Tugu peringatan di Sepang? di sini dan My latest trip to Pulau Besar... with the wife... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH baru saya boleh membuat cerita tentang perjalanan ke selatan minggu lepas. Mari...


Pada petang 24 Disember, saya dan isteri pergi ke Shah Alam kerana satu urusan. Singgah sebentar bersolat di masjid besar sebelum menyelesaikan urusan itu. Kemudian kami terus menghala ke selatan. Tujuan kami adalah bermalam di Masjid Kampung Hulu, Melaka...




Setelah singgah di rumah seorang makcik di Rembau, Negeri Sembilan, kami pun sampai ke Melaka sekitar 10 malam... sempat berjalan-jalan melihat suasana sambut perayaan malam sebelum Krismas sebelum singgah ke sebuah cyber-cafe di mana saya membuat beberapa postings di blogspots saya tentang perjalanan terbaru ke utara, perjalanan meliputi negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dalam rangka kerja membuat buku mewah tentang masjid-masjid, perjalanan bersama jurugambar saya saudara Shamsul Yunos dengan isteri saya turut ikut sama.

Dipendekkan cerita, buat pertama-kali isteri saya dapat merasa bermalam di Masjid Kampung Hulu. Keesokannya kami berjalan pula di sekitar Melaka dan melawat beberapa tempat, antaranya Muzium Senibina Malaysia. Sila lihat artikel-artikel berkaitan yang dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) Sabtu lalu...

Rumah tradisional Melayu (Malay traditional houses)

Senibina istana Melayu (Malay palace architecture)

Pelbagai bentuk senibina (various types of architecture)

Ukiran kayu tradisional (Traditional wood carvings)

Masjid (Mosques)

Kota pertahanan (Forts)




Rasanya tidak lengkap berjalan di Bandar Hilir Melaka tanpa singgah sebentar di kawasan ini. Oh, sebelum itu kami sempat melihat satu pameran menarik. Sila lihat artikel Pameran menyingkap misteri Pulau Besar yang dibuat hari Ahad.



Selesai berjalan di Melaka, kami ke Muar untuk kembali ke rumah ibu bapa saya. Kebetulan hari itu rupanya ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah. Kami keluar makan malam di Medan Ikan Bakar, Sabak Awor tidak jauh dari rumah.


Esoknya, selepas bersolat Jumaat di kampung, kami pun menyambung perjalanan untuk naik kembali ke Melaka. Tetapi sebelum itu kami menghala tenggara ke Pagoh, untuk menziarahi makam Sultan Alauddin Riayat Shah di Pagoh.

Dalam perjalanan, saya asyik bertanyakan isteri bila akhir sekali kami ke makam itu. Rupa-rupanya saya tersilap cakap. Isteri saya belum pernah sampai ke sana, hehe! :]

Apapun, selepas menziarahi makam sultan, kami masuk ke lebuhraya PLUS melalui Pagoh sebelum keluar melalui Tangkak... kelihatan Gunung Ledang dari pekan Tangkak.

Kemudian kami ke Jasin lalu ke Merlimau untuk sampai ke Anjung Batu, mahu mengambil feri menyeberang Selat Melaka ke Pulau Besar. Tetapi tertinggal feri jam 6.30 petang, selisih seminit dua sahaja. Terpaksalah menunggu feri terakhir jam 8.30 malam.


Mungkin ada hikmah juga kami sampai lambat, masuk ke pulau jam 9 malam. Sampai sahaja ke surau, ketika itu juga pintu masuk berkunci ke dalam bangunan kompleks makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail pun dibuka... padahal ia jarang dibuka untuk orang ramai. Sila lihat artikel My latest trip to Pulau Besar... with the wife... yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi.

Adapun ketika itu Pulau Besar mula ramai orang, kebanyakannya berkemah kerana sudah hampir Ma'al Hijrah. Seperti di Masjid Kampung Hulu, isteri saya pula terasa pertama kali bermalam di Pulau Besar, di sebuah pondok dalam hutan milik seorang sahabat baik saya.

Kalau ikutkan mahu sahaja saya bermalam 2-3 hari lagi, sekurang-kurangnya hingga selesai sambutan Ma'al Hijrah atau tahun baru Islam. Sudah lebih 2 tahun rasanya saya tidak bermalam lama di Pulau Besar... tetapi kami perlu keluar kerana esoknya ada majlis sebelah keluarga isteri di Bagan Lalang.

Alhamdulillah, majlis yang dihadiri di rumah abang ipar merapatkan lagi silaturahim keluarga besar. Itulah kali pertama saya bertandang balik ke rumah saudara-mara belah isteri setelah kami berkahwin. Malam itu kami makan beramai-ramai di tepian pantai Bagan Lalang sebelum bermalam di rumah bapa mertua di Tanjung Sepat...


Esoknya petang, kami meninggalkan kampung untuk ke Putrajaya pula, untuk menyambut kedatangan Ma'al Hijrah. Dalam perjalanan, terlihat sebuah batu besar di Sepang yang menimbulkan tanda-tanya. Sila lihat artikel Tugu peringatan di Sepang?



Setelah menyambut Ma'al Hijrah dengan solat, zikir dan doa, kami pun ke Kajang untuk bermalam di rumah milik keluarga saya. Esoknya saya menghantar isteri pergi kerja sepertimana saya buat sebulan kebelakangan ini sementara urusan saya masih membenarkan lagi. Lepas ini tak tahu le sempat lagi buat cam ni...

Pada siang hari pertama Hijriah itulah saya tergerak mengambil gambar masjid dekat pejabat isteri di mana saya sering berehat apabila mahu menemuinya. Itu yang timbul artikel Salam tahun baru, baik Hijriah mahupun Gregorian (tahun mat saleh le...) minggu lepas, dibuat pada siang sebelum kami berlepas ke Pantai Timur pula. Sekian! :]

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum.
    Pergh dapat masuk ye dalam makam yang berkunci tu. Bertuah sungguh.

    Abang Ramli sihat ke? Nak call dia kejap lah.

    Wassalam.

    BalasPadam