Rabu, September 03, 2008

Menyusuri sejarah sekitar Perjanjian Pangkor 1874... Sultan Abdullah I, Laksamana Tok Janggut dan Tok Putih

Alhamdulillah! Dengan kuasa Allah SWT, dapat saya menumpang signal wi-fi jiran rumah sebelah rumah ibu saudara di Ampang lalu dapat menyiapkan beberapa posting yang sepatutnya disiapkan petang tadi di sebuah Internet Cafe di Selayang tetapi terbengkalai akibat hal-hal lain. Maka itu biar disambung lagi klip-klip video perjalanan di Perak, kiranya sambungan daripada artikel Menyusuri sejarah sekitar Perjanjian Pangkor 1874... Teluk Intan dan masalah video yang sudah selesai! . Mari! :]



Lihat... Apa kaitan Tok Janggut atau Laksamana Tok Janggut dengan Sultan Abdullah I, Sultan ke 22 Perak juga dikenali sebagai Marhum Durian Sebatang, ayahanda kepada Sultan Yusuf yang menaiki takhta menggantikan Sultan Abdullah II, Sultan ke 26 Perak yang dibuang oleh penjajah Inggeris ke Pulau Seychelles...



Kemudian apa kena mengena Sultan Abdullah I dengan satu watak misteri yang dipanggil sebagai Tok Putih malah disembah sesetengah kaum Cina di Teluk Intan? Hmm... Cukup ya. Selamat malam! :]

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Tentang Tok Janggut, saya amat berminat kerana pernah dengar cerita ni masa kecik yang tuk janggut tu ada kaitan dengan keluarga Laksmana / Hulubalang Kedah. Keluarga tersebut berpindah ke Kelantan kerana diburu British di Penang dan Kedah. Disana dikenali dengan nama tuk janggut.

    BalasPadam