Rabu, September 03, 2008

Al Quran lama dan beberapa barangan purba

Hujung minggu lepas, seorang kenalan telah menjemput saya melihat koleksi Al-Quran lama serta beberapa barangan purba yang dimilikinya. Kenalan itu ada membuat satu pameran kecil di sebuah hotel di Seremban dan kebetulan pada hari Sabtu saya ingin kembali ke rumah ayah dan ibu di Muar, Johor. Maka dalam perjalanan itu saya pun singgah. Lihatlah gambar-gambar ini... Mari! :]


Di atas meja ini terdapat sebuah topi perang dan sebuah kendi purba milik kenalan itu. Rupa-rupanya koleksi beliau ini pernah beberapa kali diketengahkan dalam surat khabar!

Adapun topi perang itu dipercayai datang dari zaman Dinasti Ming di China lebih 500 tahun lalu. Menurut kenalan itu, kendi berbentuk burung di sebelah kanan (juga dari China katanya) pula berusia tidak kurang 6,000 tahun. Kalau begitu, ia nampaknya sudah wujud semasa zaman Nabi Allah Ibrahim AS!

Beg tangan berwarna metallic di tengah pula berasal dari zaman Atlantis. Acah jer... Hehe! :]


Apapun, ini gambar topi perang itu lebih dekat...


Kendi purba yang dikatakan berusia tidak kurang 6,000 tahun! Mungkin zaman itu memang wujud burung-burung berupa begini? Atau ia sebenarnya sejenis dinasour kenit... Apa-apa ajelah. Heh! :]



Satu pandangan sudut barang-barang yang dipamirkan. Terdapat beberapa Al-Quran lama juga!


Quran ini berusia tidak kurang 100 tahun, mungkin 200 tahun...


Begitu juga yang ini...


Yang ini pula dicatitkan sebagai Quran lama dari Aceh berusia 150 tahun...

Naskah dari Jawa ini katanya berumur 200 tahun!


Satu lagi naskah dari Aceh, juga berusia 150 tahun...


Quran sedikit kecil ini juga berusia lingkungan itu tetapi berasal dari Sulawesi, tanah orang-orang Bugis!


Lagi pandangan pamiran dari sudut lain...


Sebuah kain lama dengan tenunan Ayat Qursi...


Yang ini pula orang Planet mana entah, dari zaman mana... Suka lompat-lompat masa ni... Biasa dia! (Sebut dengan gaya seorang makcik kat kampung dulu-dulu, menegur anaknya yang nakal...) Sesekali dia muncul untuk memantau pergerakan manusia yang melata di muka bumi, hehe...

Oh, lupa pula. Pada sesiapa yang berminat untuk melihat koleksi Al-Quran lama dan barangan purba ini, sila hubungi saudara Wan Ahmad Arshad, pemilik Galeri Pusaka Moyang yang beralamat di No. 10, Lorong Bunga Raya 18/2, Taman Tasik Jaya, 70450 Seremban di nombor telefon 019-2618302/ 019-3700875. Sekian! :]

p/s: Adapun selepas itu, pada hari yang sama saya juga telah singgah ke beberapa tempat menarik sebelum sampai ke Muar. Sila lihat artikel-artikel Asal usul nama (Origin of the name) Masjid Tanah and Makam (Tomb of) Hang Tuah di (in) Tanjung Kling, Melaka... di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan Interlude: A visit to Kuala Linggi... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .




3 ulasan:

  1. pakai topi tu nampak kelako la...hehe

    BalasPadam
  2. Salam.

    Terima kasih atas info dan gambar2 mushaf Al-Qur'an lama tu... Ternyata mushaf2 Aceh memilki gaya hiasan tersendiri...

    BalasPadam
  3. kami kehilangan al quran berusia hampir 200 tahun yang diletakkan di masjid berapit, bukit mertajam dalam 40 tahun dulu. mulanya ia diwakafkan. kemudian, selepas berpuluh tahun, baru waris sedar bahawa quran itu adalah dari salasilahnya Pangeran Syariff Ali Alaydrus.

    Penyesalan tiada guna..
    Hanya mampu mendoakan jika ada yang menyimpannya, jagalah ia baik2.

    InshaAllah.

    - feir

    BalasPadam