Ahad, Julai 13, 2008

Komen Aina Emir tentang siri buku "Berpetualang ke Aceh" untuk mereka yang belum mengenali siri buku ini...

Entah kenapa tergerak mahu menggunakan gambar batu nesan ini sebagai hiasan. Dari artikel Makam (tomb of) Sultan Muhammad Shah, Pahang... di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)

Tadi lama juga saya 'menggagau' cuba mencari satu artikel lama yang mengandungi tulisan novelis Aina Emir tentang siri buku "Berpetualang ke Aceh". Saya bercadang untuk meletakkan linknya pada side-bar kanan di bahagian "Ruang untuk perkara-perkara berkaitan promosi siri buku 'Berpetualang ke Aceh'" . Maklumlah saya adalah seorang penulis kecil yang menerbitkan karya-karya sendiri. Inilah salah satu jalan yang saya ada untuk mempromosi buku... Itupun sebenarnya tulisan Aina Emir itu telah keluar 4 bulan lalu, saya kutip masukkan dalam satu posting... Hari ini baru saya tergerak untuk mencari posting tersebut agar dapat diletakkan di side-bar supaya para pengunjung kemudian blogspot ini dapat membacanya nanti!

Saya pun cuba mencari posting yang mengandungi tulisan tersebut. Cari punya cari tak jumpa-jumpa! Ait? Takkan le tak da kot sedangkan saya pasti tulisan Aina Emir itu memang telah dikutip dan diletakkan di blogspot ini. Takkan boleh hilang pula...

Akhirnya saya terpaksa melihat artikel-artikel lama satu persatu, baru terjumpa posting yang mengandungi tulisan itu... Rupa-rupanya ia diletakkan di bawah artikel bertajuk Ke mana aku selepas ini? Pening le! ... Patut le tak jumpa!

Adapun artikel itu ditulis dalam keadaan saya baru juga kembali dari menyelesaikan pengembaraan seluruh Semenanjung setelah selesai menyajikan ketiga-tiga buku di bawah siri "Berpetualang ke Aceh". Untuk membaca cerita-cerita pengembaraan ini sila lihat side-bar kanan bawah, di bahagian "Siri-siri pengembaraan dan tempat-tempat yang menarik". Ketika itu saya begitu penat zahir dan batin... Ada juga beberapa masalah peribadi selain gangguan pihak yang dengki di blogspot ini, cuba membuat kacau mengganggu ketenteraman pengunjung tetap selain mahu mencemarkan nama baik saya di hadapan umum.

Apapun, biar saya letak balik tulisan Aina Emir itu ya... Kerana jika selama ini ramai menghargai siri buku saya, mungkin ada yang berkata itu kerana mereka yang menghargai ini jenis yang 'pelik-pelik', percaya pada peristiwa akhir zaman, kedatangan Imam Mahdi dan sebagainya. Jadi apa kata lihat kata seorang penulis perempuan yang ada nama, penulis yang dikenali kerana telah mengarang banyak novel-novel cinta. Dari http://aina-emir.blogspot.com/2008/04/asal-usul.html. Sila! :]

------------------------------------


Monday, April 21, 2008

ASAL USUL

Pernahkah kita bertanya tentang asal usul diri kita? Pernahkah kita menyoal ibu bapa kita, datuk dan nenek kita tentang hal ini? Tak mahukah kita tahu salasilah diri kita, keturunan kita? atau sudahkah kita tahu semuanya?
Semasa di tapak pesta buku, saya telah didekati seseorang pemuda kerana mahu menumpang tiang banner KarnaDya. Rupa-rupanya, pemuda itu adalah seorang penulis yang telah meminta Fajar Pakeer (Jiran KarnaDya) di tapak pesta untuk mengedarkan buku-buku penulisannya. Semasa hendak meninggalkan tapak pesta (ketika itu pesta buku sudah hampir tamat), dia datang mengucapkan terima kasih kepada saya. Saya pun bertanya tentang buku-bukunya itu. Dia pun bercerita. Katanya, dia menulis novel tentang pencarian asal usul dirinya itu. Ada tiga jilid. Saya tertarik bila katanya penulisannya itu ada kaitan dengan 'Ahlul Bait'... keturunan Nabi Muhammad SAW.
"Kak Aina ambillah buku saya ni... saya nak beri percuma. Bolehlah Kak Aina baca." Dia berkata kepada saya.
Saya menjawab, "Oh ya, saya memang teringin nak baca, tapi tak apa, biar saya beli." Saya pun membeli ketiga-tiga buah novelnya itu.
Kebetulan, apabila saya tiba di rumah, saya mula sakit-sakit dan kerana itu saya tak mampu untuk menulis. Pun begitu, saya masih berdaya untuk membaca dan buku pemuda itulah yang menjadi bacaan saya. Alhamdulilah, saya seronok membaca bukunya. Sebuah novel yang mempunyai tulisan yang serius. Bukan sekadar novel biasa-biasa. Penulis adalah seorang graduan matematiks, juga bekas wartawan NST, tetapi kini menjadi seorang penulis dan juga seorang pengembara. Dia mahu mencari identiti dirinya dan dalam pencarian itulah penulis telah membongkarkan pelbagai kisah sejarah yang ada kaitan dengan kewujudan bangsa Melayu dan agama Islam yang dimiliki oleh orang Melayu Nusantara.
Saya kagum dengan tulisannya itu kerana saya sedar bahawa penulis telah bersusah payah ke merata ceruk untuk mengorek rahsia yang lama tersembunyi. Penulis juga berani untuk membongkarkan rahsia ini! Mungkin ada yang mahu mempertikai cara pemikirannya, namun bagi saya, penulis mempunyai hak untuk membongkarkan rahsia seperti apa yang difahaminya. Saya tabik kepadanya kerana mampu memaparkan sebuah cerita, yang telah menyusun pelbagai fakta lama, membawa kita menjelajah semula kepada kerajaan Pasai, Melaka, dan macam-macam lagi dan mendedahkan pelbagai peristiwa kebangkitan kerajaan Aceh, bumi serambi Mekah.
Apabila membaca tulisan penulis ini, sebagai pembaca, kita perlulah membuka minda dan mengizinkan penulis ini menyampaikan apa sahaja pandangan dan pendapatnya, kerana kita juga tahu terlalu banyak pembohongan dalam kajian sejarah yang menjadi peninggalan buat kita semua. Kebanyakan fakta sejarah sudah diputar-belitkan untuk kepentingan kerajaan yang wujud ketika itu dan kerana itu juga, kita berhak untuk melihat kembali segala fakta yang ada untuk kita menilai.
Saya percaya ramai yang akan melihat tulisan Radzi Sapiee (Penulis muda yang saya maksudkan) dalam novel-novelnya yang berjudul 'BERPETUALANG KE ACEH' sebagai sesuatu yang mencabar kematangan pemikiran kita dan tentu sekali penulisannya itu akan membuat kita tertanya-tanya tentang banyak hal dalam kewujudan bangsa Melayu yang beragama Islam. Bacalah! Saya tidak menyesal menelaah novel-novelnya ini.

Posted by Aina Emir at 10:58 AM

-----------------

p/s: Ramai dah bertanya bilakah buku keempat "Berpetualang ke Aceh" akan keluar? Sebenarnya siri novel ini adalah satu trilogi, buku I-III. Maka kira dah cukup le tu... Tetapi memang sudah lama ada isyarat untuk membuat buku empat. Malah rekabentuk kulit luarnya sudah lama siap, menunggu sahaja ceritanya untuk dikarang dan modal untuk cerita pun dah banyak, kira standby je...

Sayangnya saya cuma boleh menulis apabila sudah ada 'keizinan dari atas'... Dan keizinan ini cuma akan terjadi setelah saya kembali ke Aceh menziarahi makam Sultan Malikus Salih dengan orang tertentu (atau orang-orang tertentu)? Perkara inipun saya tak boleh jawab dengan terang selagi belum sampai masanya kerana Tuhan boleh mengubah keadaan begitu sahaja!

Oleh itu, buat masa ini saya tumpukan perhatian pada hal-hal lain... Salah satunya ialah proses editting siri buku "Berpetualang ke Aceh" untuk kemungkinan membuat cetakan kedua, juga untuk edisi Internet yang boleh dijual secara on-line ke mana-mana lokasi di seluruh dunia, Insyaallah. Sila baca artikel Open tender edisi baru siri buku "Berpetualang ke Aceh"...

Sekarang, buku satu "Berpetualang ke Aceh" dengan sub-title "Mencari Diri dan Erti" dan buku dua "Membela Syiar yang Asal" telah siap dikemas-kini... Tunggu masa untuk memulakan proses editting buku ketiga "Sirih Pulang ke Gagang?". Selesai ini, insyaallah saya akan mengarang satu novel baru, mungkin untuk syarikat Karnadya milik Aina Emir.

Oh... Sebagai satu teaser untuk para pembaca yang menunggu buku keempat "Berpetualang ke Aceh" keluar... Sub-titlenya adalah "Kembali ke Makam Nenda!". Agak-agak sendirilah bagaimana jalan ceritanya ya... Sekian! :]

8 ulasan:

  1. pembinaan haikal sulaiman....hanya menunggu masa......

    manakala ekonomi yang sedang menguncup walhal kebanyakan matawang dan rizab bank-2 negara dianchoredkan kepada US dollar..........mungkin itu yang disebutkan "apabila duit mati..."
    Tidak mustahil perdagangan akan terhenti, kerana duit fiat ini tidak lebih dari sekeping kertas, yang kita sendiri berikan nilai berdasarkan market force dan dianchoredkan kepada dollar yang disandarkan pula pada minyak.

    Saya ada terbaca huraian kitab mencari jalan pulang...."apabila berlaku 2 yang baru pada satu tahun, itulah tanda yang ditunggu sudah tiba..." he he he baru saya faham bila baca tulisan saudara.

    Saya masih tertanya-tanya, surprise di bulan Rejab ini, esp. di negara kita.Iyolah, Rejab ialah bulan Allah, bulan pembersihan........

    BalasPadam
  2. As'kum MS,
    sori, nyibuk lagik...tapi tak kire, nak nyibuk gak!

    Biler saudara MS sentuh pasal kepakaran Yahudi Zionis di dalam megalihkan perhatian dunia, saya teringat semenjak kecil hingga remaja dahulu....biler keluar berita pasal Masjidil Aqsa jer mesti pihak meida akan paparkan gambar Masjid Kubah Batu (Dome of the Rock).Sampai ada makcik kampung yang gantung gambar Masjid Dome of the Rock kat ruang makan!!

    Justeru, saya berpendapat sekiranya mereka ingin meruntuhkan Masjidil Aqsa, adalah pada ketika perhatian dunia dialihkan.............kejatuhan ekonomi dan kejatuhan kebanyakan matawang dunia.

    Kemungkinan selepas Olimpik Beijing saya rasa, kerana penyimpan rezab dollar terbesar dunia ialah China(US 475 billion) dan diikuti oleh Jepun. Jika China floatkan US dollar-Yuan, ia umpama menjatuhkan bom nuklear ke atas ekonomi dan matawang US.

    k, moga suatu hari kelak Allah permudahkan jalanku pula.....supaya "ia" dapat memancar......

    BalasPadam
  3. salamssss .. .. "kembali ke makam nenda" .. .. ermp, menarik sungguh tajuknya yg bakal menyimpul segala huraian petualangannya?! .. .. semoga dipermudahkan segalanya .. .. ;-) .. ..




    Jiwa

    BalasPadam
  4. Salam untuk Tarabas. Kita tunggu dan lihat, Rasanya apa-apa peristiwa besar yang akan menggoncang dunia juga politik tanah air (2 peristiwa lain tapi selari dengan kekecohan keadaan semasa) akan berlaku bulan Ramadhan. Tapi bunganya kita dah nampak masuk bulan Rejab... Silap matanya Anwar lawan Najib. Kecoh sampai keluar kes Bala, kes liwat, Altantuya dan lagi usul tak percaya kat Pak Lah... Hari ni plak pasal nak kumpul protes depan Parlimen tapi polis dah tutup jalan. Yang main silap mata pulak dok ketawa berdekah-dekah kat "Tingkat 4".
    Itu semua bunga-bunga je pada apa yang akan datang bulan Syaaban seterusnya Ramadhan. Kita orang kecik2 ni tak da kuasa nak buat apa2 kecuali bersedia menghadapi segala kemungkinan. Mulakan dengan Rejab, bulan Allah untuk membersihkan dosa sendiri... Semoga dilindungi Allah dan diberi petunjuk serta kekuatan camana nak menghadapi hari yang mendatang.
    Kalau Allah mahukan kita selamat letak kat mana pun insyaallah selamat. Sebaliknya kalau kita mahu merancang sendiri, contohnya kalau duit mati, kekurangan makanan dan sebagainya, kita pun sibuk kumpul makanan sorok kat hutan ke hapa tunggu masa gawat. Tengok time2 gawat besok gudang makanan kita plak kena serbu ngan orang lain yang kebuluran, silap2 keluarga kita pulak boleh kena sembelih sekali woo!!!
    Tapi kalau Tuhan jaga kita, walaupun kita takda persediaan fizikal sekalipun, sampai masa lapar dan gawat, tetiba pulak orang baik-baik datang offer kita makan dan perlindungan. Maka sebaiknya belajar tingkatkan lagi pergantungan pada Allah bulan Rejab ini, insyaallah! :]

    BalasPadam
  5. Untuk Jiwa, "Kembali ke makam nenda" membawa maksud tersurat dan tersirat. Setiap satu ada beberapa lapis!
    Yang tersurat adalah bergerak secara fizikal melawat makam nenda... Tapi nenda yang mana satu? Sedangkan nenda ni ramai pula...
    Dalam konteks "Berpetualang ke Aceh", paling utama adalah makam nenda Sultan Malikus Salih di Samudera-Pasai. Kemudian makam Sultan-sultan Aceh juga makam-makam nenda, juga makam Sultan Melaka, Perak dan lain-lain kerabat. Malah kembali ke makam Nenek juga adalah kembali ke makam Nenda! Belum dikira nenda yang di Baghdad, Mekah dan Madinah... Jadi kemungkinannya banyak!
    Secara tersirat pula "Kembali ke makam nenda" ialah kembali masuk ke makam kerohanian nenda. Dalam hal ini, paling utama adalah makam kerohanian nenda Rasulullah SAW. Kemudian setiap anak cucu Ahlul Bait baginda yang bertaqwa cuba mengikut jejak langkah baginda lalu tenggelam di dalam makam baginda pula... Begitulah seterusnya sampai ke bawah, hingga ke zaman sekarang dan akhir zaman! Harap-harap nanti saya dapat juga tenggelam ke makam itu, insyaallah? :]

    BalasPadam
  6. bermula dari bulan rejab.....mereka diberi tempoh sehingga 4 bulan, yang akhirnya kemenangan jua bagi orang-orang yang beriman pada bulan Syawal....sebagai persediaan hinggalah pada Muharam yang akan datang.walahualam

    BalasPadam
  7. Salam..

    Amin too untuk semua yg mencari keredhaan Ilahi..

    BalasPadam
  8. Salam.. Amin too untuk semua yg mencari keredhaan Ilahi..

    BalasPadam