Jumaat, Jun 20, 2008

Mengenang ulasan siri buku "Berpetualang ke Aceh" dalam program Resensi, Selamat Pagi Malaysia di RTM1 penghujung 2007...

Semalam semasa memulakan proses editting buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" untuk kemungkinan membuat cetakan kedua juga naskah PDF untuk edisi Internet, saya tergerak untuk menggunakan sebuah gambar yang diambil semasa membuat rakaman program Resensi, Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Gambar itu mahu digunakan untuk ruangan profil penulis dalam edisi baru itu... Lalu timbul gerak untuk membuat posting tentang program Resensi itu di blogspot ini apabila ada kesempatan nanti... Ini dia! :]


Ini adalah gambar yang digunakan untuk ruangan profil itu... Dalam ruangan profil untuk edisi baru buku pertama "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" yang siap diedit Selasa lalu pula, saya telah menggunakan gambar daripada rencana tentang saya di bahagian Ikon, akhbar Berita Harian yang keluar Disember 2007. Sila lihat Terbaru! Apa kata I-Kon tentang penulis...

Gambar di atas ini juga digunakan untuk poster-poster promosi terbaru siri buku "Berpetualang ke Aceh". Sila lihat gambar poster-poster yang tertera di bahagian atas blogspot ini. Anda dialu-alukan untuk mengulang-cetaknya jika mahu menolong saya mempromosi siri buku ini...


Adapun rakaman untuk ulasan siri buku ini dibuat pada pagi 4 Oktober 2007. Saya datang dengan Nur kedua, insan tersayang yang banyak menolong saya menyiapkan buku kedua diikuti buku ketiga yang melengkapkan cerita iaitu "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?". Sebelum rakaman dapat dimulakan, gambar buku-buku itu harus diambil dahulu untuk still shot yang bakal digunakan untuk mengisi latar-belakang set di dalam siaran TV. Dalam gambar ini kelihatan pengacara Resensi juga pengacara program Selamat Pagi Malaysia, saudara Sayed Munawar sedang mengatur still shot itu...



Kamera-kamera yang digunakan untuk membuat rakaman. Ketika ini, Sayed sedang menemu-ramah seorang eksekutif syarikat penerbitan buku tentang buku-buku terbaru terbitan mereka...



Kemudian sampailah giliran saya ditemu-ramah sebagai penulis juga penerbit siri buku "Berpetualang ke Aceh"... Selain menjadi "make-up artist" saya, Nur kedua bertugas menjadi "cameraman tambahan" untuk hari itu. Hehe! :]



Tu dia... Sayed memperkenalkan siri buku "Berpetualang ke Aceh". Ketika itu, buku ketiga iaitu "Sirih Pulang ke Gagang?" belum lagi terbit. Maklumlah, bulan November baru ia siap dicetak. Tetapi saya telah membuat satu cetakan kulit luar lalu dibuat mock copy dengan menyelitkan buku lain di dalamnya. Mock copy itu ada kelihatan di atas meja...



Sampailah peluang untuk saya bercerita sedikit tentang makna Melayu yang lebih luas mencakupi pelbagai bangsa bersatu yang beragama Islam... Dan saya juga cuba memanjangkan makna Islam sebagai agama yang bukan sekadar bermula dengan Nabi Muhammad SAW 1,400 tahun lalu tetapi sebenarnya ialah agama asal yang dianuti sejak zaman Nabi Adam entah berapa puluh ribu tahun lalu!


OK... Biar saya berterus-terang, kenapa boleh timbul gerak untuk membuat posting ini. Seperti yang ramai tahu, boleh kata semua buku-buku di pasaran terutama novel akan menceritakan serba-sedikit tentang penulisnya lalu diberi sedikit profil. Tetapi siri buku saya tidak menceritakan ia walaupun sedikit! Hingga ada yang tertanya-tanya... Dari mana datangnya cerita-cerita ini. Tiba-tiba ada... Daripada Radzi Sapiee tetapi siapakah dia ini? Lawyer, magistrate?



Adapun saya tidak meletakkan profil penulis selama ini kerana saya sebenarnya tidak mahu dikenali umum kerana lebih sukakan privacy... Yang saya mahu cuma supaya cerita-cerita lama Melayu dan Islam yang ingin disampaikan dapat diterima ramai lalu meresap ke dalam jiwa mereka... Diri saya sendiri tidak penting kerana saya cuma mahu menjalankan amanah seraya melepaskan bebanan dan apa yang terbuku di dada... Itu sahaja!

Tetapi bukan semua memahami niat sebenar saya... Itu yang kadang-kadang membuat saya terasa sedih... Dalam keadaan apa pun, tetap ada pihak yang menuduh saya membuat cerita terutama di blogspot ini untuk meraih populariti. Sedangkan cukuplah fakta bahawa saya tidak menyertakan apa-apa profil dalam mana-mana buku saya sebagai bukti bahawa bukan itu yang saya kehendaki...



Apapun, rupa-rupanya saya tak dapat juga melarikan diri dari perhatian umum. Untuk memastikan agar buku-buku saya dan apa yang ingin disampaikan dapat menemui khalayak ramai, nak tak nak, saya harus memperkenalkan diri kepada seramai yang mungkin! Bayangkan, dahulu apabila orang terbaca buku-buku saya, salah satu soalan utama yang ditanya, adakah ia berdasarkan pengalaman benar atau ia cuma cerita khayalan yang dibuat-buat? Ini penting untuk memastikan bahawa cerita yang ingin disampaikan itu ada praktiknya lalu berguna dalam kehidupan, bukan sekadar khayalan yang menggula-gulakan fikiran... Kemudian ada yang bertanya terus kenapa tidak diletakkan profil penulis? Bukankah ini cuma kebiasaan dalam mana-mana buku? Bagaimana mahu diketahui kredibiliti penulis, apakah qualification atau kelulusannya, apakah pengalamannya... Apakah kata-katanya boleh dipakai atau tidak jika tidak disertakan sedikit maklumat tentang dirinya?



Lalu untuk edisi kedua buku-buku saya, saya telah membuat keputusan untuk meletakkan profil penulis berserta gambar... Dan itulah yang menggerakkan saya untuk membuat posting ini hari ini, setelah masuk 8 bulan rakaman itu dibuat! Lagipun saya rasa patut merekodkan ulasan siri buku "Berpetualang ke Aceh" dalam program Resensi di Selamat Pagi Malaysia, RTM1 itu di blogspot ini sekurang-kurangnya untuk kenang-kenangan. Pada asalnya saya mahu mendapatkan video tayangannya apabila ia keluar pada satu pagi di kaca TV bulan Disember 2007... Nasib baik saya kebetulan berada di hadapan TV... Dan dengan takdir Allah, ketika itu saya berada di Muar bersama ibu bapa sedangkan saya pun tak tahu bila ia akan keluar di kaca TV!

Sayangnya saya tidak dapat merekodkannya untuk dikongsi dengan para pembaca... Apabila ditanya (beberapa kali) pada Sayed bolehkah mendapatkan video tayangan ini untuk simpanan peribadi saya, katanya boleh... Tapi sampai sekarang masih tak dapat! Mungkin dia terlalu sibuk untuk memberikan perhatian terhadap masalah yang begitu kecil pada matanya ini? Entahlah. Apapun saya malas hendak bertanya lagi dan ia pun sudah lama berlaku... Jadi cukuplah setakat ceritanya diabadikan di sini ya.

Ah... Apapun saya telah meluahkan rasa hati. Akhirnya, bolehlah saya berehat untuk malam ini. Esok pagi saya perlu hadir sebagai tetamu ke bengkel penulisan kelolaan penulis novel Aina Emir dan syarikatnya KarnaDya di Perpustakaan Kuala Lumpur. Selamat malam!



3 ulasan:

  1. assalamualaikum.

    Abang buku versi internet bila nak keluar?

    BalasPadam
  2. buku versi internet?BKA4 ke? Naper takder advertisement kat sini pun?

    BalasPadam
  3. Salam. BKA4 lambat lagi... Kalau keluar pun dalam bentuk buku dulu.
    Versi Internet ni adalah buku 1, 2, 3 yang dah di edit balik... Sekarang ni baru edit buku 2 dalam 25 peratus gitu. Siap edit ke 3-3 buku Insyaallah baru keluar semuanya. Kiranya beri peluang untuk mereka yang tidak memiliki hardcopy untuk turut membaca le dengan sedikit bayaran...

    BalasPadam