Selasa, Mei 20, 2008

Kampung Relong di Kuala Lipis dan makam Raja Ahmad

OK... Tadi telah saya letakkan beberapa gambar sekitar pekan Kuala Lipis, Pahang di sebuah blogspot saya yang lain. Selepas meninggalkan Kelantan, ternyata terasa sungguh penat di badan akibat pengembaraan termasuk memanjat sebahagian Gunung Stong di Dabong dalam keadaan sakit perut yang belum betul-betul reda lalu saya bermalam di Kuala Lipis satu malam.

Ketika itu terasa juga mahu menamatkan terus pengembaraan terbaru ke Pantai Timur yang sudah pun memakan masa 3 minggu dan segala penat-lelahnya... Tetapi memikirkan akan harapan serta saranan seorang pembaca blogspot ini agar saya pergi ke Kampung Relong sekitar Kuala Lipis untuk menziarahi makam seseorang yang dikenali sebagai Raja Ahmad @ Datuk Linggi, saya melawan segala kepenatan dan bisa-bisa badan untuk ke sana juga.

Di Kampung Relong, nasib baik saya terserempak dengan seorang remaja lelaki Tingkatan Empat yang sudi membawa saya ke makam... Kalau tidak jenuh juga mahu mencari sedangkan letak makam ini boleh tahan jauh ke dalam kawasan kampung.

Selepas memasuki sebuah kawasan di belakang rumah orang kelihatan sebuah makam yang sedikit bersemak. Tetapi kata remaja ini, makam Raja Ahmad bukan yang itu sebaliknya langsung tidak kelihatan lagi akibat sekitarnya telah dipenuhi semak hutan belukar...

Nasib baik dia tahu kedudukannya di sebalik semak iaitu di pangkal sebuah pokok... Katanya dahulu dia dan keluarga selalu menziarahi makam Raja Ahmad kerana mereka adalah anak cucu keturunannya... Tetapi mungkin sekarang kurang dipedulikan. Kali terakhir dia menziarahinya adalah 3 tahun lalu!

Petang itu, saya terpaksa berjalan kaki sedikit untuk kembali ke Kuala Lipis kerana perkhidmatan bas sudah tamat. Dalam perjalanan itu, kelihatan sebuah bukit batu kapur yang mungkin adalah tempat asal calon presiden Amerika Syarikat yang terbaru iaitu Barack Obama! Sekian... :]
















12 ulasan:

  1. Assalamualaikum..
    pertualangan saudara MS memang membuka mata.
    itukah kubur datuk linggi yang terkenal tu?
    kenapa tak terurus benar makamnya..
    tidak seperti tokoh-tokoh yang lain.. orang kita memang selalu 'melupakan' tokoh-tokoh dari bangsa sendiri. tahu namanya sahaja. dan sebut di merata tempat.

    ke mana waris dan anak cucu (almarhum) beliau?
    takkanlah seorang pun tidak peduli melihat keadaan itu?
    saya pernah terbaca kisah mengenai datuk linggi ini, tak sangka kuburnya sangat semak dan tersorok, mungkin lebih semak dan lebih tersorok dari cerita mengenai beliau sendiri..
    saya merasa sedikit sedih.
    mana warisnya, mana??
    mana orang yang sering menyebut-nyebut namanya?
    mari kita buka mata dan ambil pengajaran.

    sekian, wassalam.

    BalasPadam
  2. Terimakasih sebab perihatin. Ana sendiri terkejut dengan keadaan makam tersebut. Menyedihkan. Ana sendiri baru tahu dan baru dapat menjejaki salasilah Raja Ahmad atau dato Linggi sebenarnya yang merupakan keturunan di raja Johor Riau.

    InsyaAllah, ana akan usahakan untuk mengembalikan kesegaran makam ini kembali. melihat pohon Kundang yang telah berdiri beratus tahun lamanya menaungi makam tersebut, membuat ana terfikir, alangkah setianya sebatang pokok meneduhi makam tersebut tetapi alangkah lalainya manusia untuk mengenal peribadi yang mulia ini. Apapun, kekadang alam perlu jadi panduan dan pengajaran bila manusia sudah mula hilang jati diri.

    PUTERI.

    BalasPadam
  3. Salam MS,

    Jalan BAMA menghala ke bukit kapur.
    Hmmmm ... BAMA ni di negeri jiran adalah singkatan kepada Yayasan Bahan Makanan.

    Bagai mimpi sang raja 7 lembu gemuk dan 7 lembu kurus.

    Dengan krisis makanan sedia ada, perlu agaknya simpanan sebesar bukit. heheheh

    Apa pulak cerita jalan Caruk Membebek tu ... bagaikan bahasa Flores dgn senjata Charoknya, dan berbentuk seperti kelewang di Patani dan Empayar Chermin.

    Salamsss
    -awanbadai-

    BalasPadam
  4. Wassalam. Bagus le jika ada keprihatinan akan nasib makam-makam sebegini. Harap ada usaha menyeluruh untuk membersihkan dan maintain warisan-warisan sebegini satu sebagai tanggungjawab anak cucu dan mereka yang berkaitan terhadap peninggalan orang-orang penting dahukala, kedua untuk memartabatkan sejarah Melayu yang sebenar versi tempatan, bukan versi Orientalist ataupun Mat Saleh sebagai tunjang jatidiri generasi sekarang yang akan membentuk tindak-tanduk kita akan datang.
    Bab nama Bama dan sebagainya, seronok gak bila jalan-jalan jumpa nama-nama pelik ni. Macam kat Negeri Sembilan, ada Bongek, Sepri dan entah apa-apa lagi...
    Tapi bila jumpa nama jalan macam Caruk Membebek tu terus tak terkata apa... Cam ni punya nama jalan pun ada? Apa daaa.... :]

    BalasPadam
  5. caruk tu maksudnya kolam air atau tempat yang berair kalau dalam bahasa phg..

    membebek tu, hehehe..maksudnya OBES (membebek saiz badannya) atau tersgt besar..

    jadi kalau digabungkan maknanya,

    Satu Kolam Air yang Luas...

    cute aper nama tu..

    PUTERI

    BalasPadam
  6. a'kum saya sebagai anak jati kg relong di sini ingin membetulkan fakta yang salah datuk linggi bukan raja ahmad yang di warwarkan oleh saudara penulis en radzi sapiee cara en radzi menulis artikel ini salah awak sepatutnya buat research dan rujukan dengan orang yang lebih tua, itu baru betul jangan main hentam je you cakap guide you seorang budak tingkatan 4 dia tu tau ke cerita yang sebenar dan pulak you cakap bas tak ada wah terer betul awak berjalan kaki sejauh 10km dari kg relong ke kuala lipis hebat betul awak lalu kawasan hutan, di sini tuan tuan kalau setakat nak tunjuk handal sebagai ahli sejarah tak buat research inilah akibatnya beri fakta yang salah dan cakap merapu. saya di sini ingin jelaskan bahawa en radzi bukanlah ahli sejarah dan cara en radzi ini akan menimbulkan rasa marah orang kampung sebab en radzi dah menghina kampung saya,dan nama-nama tempat seperti gua bama ia ada sejarah tersendiri sudahlah en radzi janganlah buat sesuatu kerja itu tampa rujukan dan research,awak tu orang melayu cakap tu biar beralas, apa perasaan en radzi kalau orang hina awak dan tempat awak dilahirkan awak marah tak ???

    gambar kubur tu pun salah, u cakap semak samun sebenarnya ada gotong royong membersihkan tanah kubur tetapi 3 bulan sekali, time awak datang memanglah semak

    kepada sesiapa yang masuk yang masuk blog ini semua artikel mengenai datuk linggi ini adalah salah dan tidak betul

    kalau nak tahu sila datang ke kg dan bertanyakan kepada orang tua -tua kg ini


    sekian wassalam




    arkib relong (anak Jati Kg Relong)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,
    saya pun naik hot juga apabila en radzi dok komen pasal makam tok linggi tu. namun saya lebih hot apabila baca komen anak jati kg relong ni. Saya pun anak jati relong gak tapi bukan itu caranya nak tegur kesalahan orang!Sebenarnya, di kg relong ni tak ramai dah penduduknya yang berdaya... hampir semua orang tua. Dah nama orang tua... manakan daya nak pergi membersihkan kubur hari-hari...masa en radzi datang tu mgkin hari sebelum makam dibersihkan semula..tapi semasa en radzi datang tu , ada ke tolong-tolong bersihkan sedikit ke pandai bagi komen aje?

    BalasPadam
  8. Wassalam. Terimakasih kerana teguran yang membina ini. Semoga maju jaya! :]

    BalasPadam
  9. Salam, hahaha...Salam buat Tuan Blog. Terima kasih kerna membuat entri berkenaan dengan Makam Raja Ahmad/Raja Linggi dari Riau Lingga. Teguran dari waris2 baginda mungkin bertempat, tetapi kerna hati yang bersih membuatkan tuan lebih bersabar. Entri ini boleh diteruskan utk pengetahuan bersama, boleh dapatkan lebih lanjut sejarahnya, ia tertulis juga dalam karangan penjajah singapore suatu masa dulu.

    Juga dari darah daging Baginda Ahmad Al-Linggi.

    BalasPadam
  10. Raja Ahmad al Linggi adalah seorang anak raja dr Kesultanan Johor Riau yang pernah ditabal sebagai Raja Johor Riau selepas kemangkatan ayahandanya, Paduka Sri Sultan Abd Jalil V. Disebabkan berlaku pertelingkahan kuasa di antara orang Melayu Riau dan orang Bugis, maka tersingkirnya Raja Ahmad dari Riau ke Tanah Melayu dan akhirnya menetap di Pahang. Keturunan beliau kini masih ada di Kg Relong Kuala Lipis Pahang dan makam Raja Ahmad juga ada di sana. Dr Aminuddin Abd Karim salah seorg waris Raja Ahmad turut menghasilkan kajian beliau mengenai sejarah Kg Relong dan Raja Ahmad melalui bukunya yang sudah diterbitkan iaitu : Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama(Kg.Relong). Beliau boleh dihubungi dgn emel : aminrelong@yahoo.com.my

    Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

    BalasPadam
  11. Wow, fantastic blog layout! Ηow long have ʏou been blogging fߋr?
    you make blogging lolok easy. Ƭhe overаll look of ʏour website іs excellent, ɑs welⅼ as the cօntent!

    BalasPadam
  12. Wow, fantastic blog layout! Ꮋow long havе yօu been blogging for?
    yoս makе blogging look easy. Ꭲһe oνerall look
    of your website is excellent, ɑs well aѕ the content!

    BalasPadam