Rabu, Jun 17, 2026

"Merah Silu Live" ke-30 pada 1 Muharram 1448 Hijriah

Salam semua. Hari ini 1 Muharram 1448 Hijriah bermulalah tahun baru Islam buat kali ini. Walaupun sudah agak lewat petang biar dikongsikan satu cerita ringkas tapi istimewa.


Semalam Selasa malam Rabu seperti biasa diadakan siaran langsung "Merah Silu Live" melalui Tiktok, kali ini edisi ke-30. Kebetulan sudah masuk malam 1 Muharram. Itu sendiri memberikan keistimewaan.  Entah kenapa isteri pula tergerak untuk 'menambah' jambang pada muka saya. Tengok-tengok ok juga rupa jadi diteruskanlah itu.Lihat rakaman siaran di bawah...


Keistimewaan seterusnya adalah perjalanan lama dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 yang diulas kali ini. Ia adalah seperti berikut :-


48. Brunei 2010 (Ogos) - 640 km. Lihat Tribute untuk lawatan tak dijangka ke Brunei bulan Ogos


Hmm. Perjalanan ke-48 dalam senarai, pada permulaan tahun 1448 Hijriah. Ada makna ini. Perjalanan melibatkan jejak satu-satunya kesultanan di Alam Melayu yang jelas diketahui dan diakui secara rasmi sebagai memiliki raja-raja daripada keturunan Saidina Hassan, cucu sulung Nabi Muhammad SAW. 

Sebetulnya ada kesultanan lebih awal berasal daripada keturunan sama tetapi tidak diketahui halnya secara rasmi. Insyaallah ini akan disentuh dalam edisi seterusnya Selasa malam Rabu minggu hadapan 23 Jun..



Oh. Lagi satu. Baru tersedar guru saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) yang merupakan penyelia PhD saya telah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2026 pagi tadi. Kebetulan pada penghujung siaran langsung hampir tengah malam ada disebut tentang beliau dan kajiannya tentang tokoh-tokoh ilmuwan silam Islam. Ini kerana ada menunjukkan buku terbarunya yang sedang dibaca, baru diperolehi 11 hari. Lihat Majlis pelancaran buku Al-Farabi di pesta buku



Menyampaikan anugerah adalah Sultan Perak, Sultan Nazrin, atas kapasiti sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong mewakili YDPA. Tak tahulah kenapa Agong sendiri tidak dapat hadir. Kalau Perdana Menteri tiada boleh faham kerana sedang berada jauh di luar negara. Apapun ini menyebabkan Sultan Perak menyampaikan anugerah berprestij itu kepada guru saya, pada pagi 1 Muharram, selepas  membuat "Merah Silu Live" pada malamnya, melibatkan anak cucu keturunan Saidina Hassan. Sedangkan saya sendiri ada kaitan tertentu dengan Perak dan kesultanannya. Hmm... :]




Ahad, Jun 14, 2026

Antara "Merah Silu Live", buku dan jamu

OK. Satu cerita untuk dijadikan artikel ke-2,838 di CATATAN SI MERAH SILU.


Pagi Jumaat 5 Jun 2026. Isteri yang seronok dapat memperkenalkan jamu buatan sendiri atas jenama Bona Fida pada hari Selasa malam Rabu sebelumnya 2 Jun (lihat"Merah Silu Live" edisi ke-28 dan Jamu Bona Fida) mengajak agar membuat siaran langsung lagi. Kali ini edisi istimewa, bukan dalam siri berkala, yang mana saya bercerita tentang semua buku-buku tulisan saya kemudian baru isteri bercerita tentang jamu.  Lihat video bawah.


Esoknya Sabtu 6 Jun pergi ke Klang untuk satu urusan sebelum ke majlis perkahwinan saudara di Jalan Kebun. Balik kampung isteri di Tanjung Sepat didapati ada masalah air disebabkan paip besar pecah di satu kawasan. Petang itu ajaklah isteri berjalan-jalan ke jeti. Selepas itu terasa hendak makan malam. Cari punya cari kedai yang sesuai akhir menghampiri pantai Morib 17 km perjalanan di mana terlihat ada live band lalu kami pun layan. Lihat video berikut...


 

Selasa malam Rabu baru ini 9 Jun pula diadakan siaran langsung "Merah Silu Live" ke-29. Lihat video bawah...


 

Cerita latarbelakang berdasarkan perjalanan lama dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 yang diulas kali ini adalah seperti berikut :-


46. Al-Rasyid ke makam lama Perak April 2010 - lebih 600 km. Lihat Siri "Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak" complete!.

47. Jalan-jalan di Perak sebelah barat  pertengahan 2010 - lebih 650 km. Lihat Apa yang boleh dikupas selepas jalan-jalan di Perak sebelah barat.


Dan kali ini ada perubahan format sedikit. Jika dahulu, hanya selepas selesai mengulas cerita-cerita perjalanan lama baru dibuat soal jawab terbuka tentang apa sahaja perkara. Kali ini dan untuk edisi-edisi seterusnya saya sedia untuk menjawab di celah-celah ulasan tentang cerita perjalanan lama. Cukup.