Rabu, Januari 14, 2026

Langkah 131 bagi tahun 2026

OK. Satu siri hal yang muncul tak disangka sebenarnya. Namun sudah aturan Allah SWT jadi begitu.


-------------


Merujuk pada artikel Asbab Perjanjian Pangkor membawa ke Muar dan hal-hal berkaitan yang dipersembahkan jam 12.34 pagi semalam, Selasa 13 Januari 2026. Pada pembukaannya ada disebut begini...


Satu artikel kompilasi yang terasa paling sesuai untuk dipersembahkan pada hari ini 13 Januari 2026. 13/1 yang mana 131 adalah nombor yang membawa makna home sweet home atau rumahku syurgaku buat saya dan isteri. Sambil itu menjadi artikel ke-2,772 di CATATAN SI MERAH SILU.


Oleh kerana tarikh ada kena mengena dengan home sweet home itu yang ingatkan nak duduk di rumah sahaja sepanjang hari. Tiba-tiba sekitar jam 9.30 pagi timbul rasa isteri hendak menziarahi seorang kawan lama yang katanya sudah berpindah ke Kuala Selangor. Tak pernah sampai walau dah 3 tahun berpindah



Dipendekkan cerita sampailah selepas jam 3 petang.
 


Rupa-rupanya bukanlah di Kuala Selangor tetapi di Bukit Kuching, selatan sedikit hampir ke pekan Jeram. Apabia mendapat tahu tak jauh di rumah ada sungai saya pun berjalan kaki seorang diri ke sungai lalu duduk di tepian. Sambung bacaan Al-Qur'an untuk proses pengkhataman bulan Rejab. Kebetulan sudah masuk Surah Ar-Rahman, dalam juz ke-27.



Tidak lama kemudian kelihatan masuk sebuah bot nelayan. Yang peliknya apabila saya mengangkat tangan menegur pemandu yang rupanya seperti Melayu terus mengalih pandangan ke arah berlawanan. Entah kenapa. Hmm...



Selepas jam 5 baru meninggalkan rumah kawan lalu menuju ke Kuala Selangor. Singgah ke tempat-tempat bersejarah. Sejumlah gambar dan cerita telah diletakkan dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. The river that is Sungai Buloh from Bukit Kuching






Turut dibuat sejumlah rakaman video untuk dimasukkan lalu disiarkan melalui Tiktok. Klik pada pautan-pautan berikut :-






Malam itu dilaksanakan edisi ke-19 "Merah Silu Live" melalui. Tiktok. Cerita pengembaraan lama yang dikongsikan :-


26. Perak Mei 2008  tak kurang 500 km. Lihat Perjalanan 'terbaru' ke Perak (Mei 2008).


Sepatutnya edisi ini diadakan seminggu lebih awal iaitu pada hari Selasa malam Rabu 6 Januari. Tetapi entah kenapa terlupa langsung. Hikmahnya... dengan itu acara pertama "Merah Silu Live" bagi tahun 2026 dilaksanakan pada tarikh cantik dan bermakna 13/1/ Dan kebetulan pula perjalanan lama yang menjadi latar belakang adalah yang ke-26 dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Kenalah ini sebagai pembuka edisi bagi tahun 2026.

Hikmahnya seterusnya. Perjalanan lama yang mahu diangkat menurut giliran, bagi edisi seterusnya adalah seperti berikut :-


27. Sekitar Perjanjian Pangkor (Ogos 2008) - sekitar 750 km. Lihat  Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!.


Ini kerana edisinya tersebut, yang ke-20 jatuh pada tarikh 20 Januari 2026. Sedangkan perjanjian ditandatangani, atau diturunkan cap, pada 20 Januari 1874. Ketika edisi dijadualkan berlangsung jadi tepat 152 tahun lalu. Maka terkaitlah dengan satu lagi hal yang berlaku siang itu 13 Januari...

Sekitar tengah hari Selasa 13 Jan iaitu sebelum keluar rumah tergerak untuk menghubungi Profesor Emeritus Datuk Dr Awang Sariyan. pemegang Kursi Institusi Raja-raja Melayu (KIRRM) di UiTM (Universiti Teknologi MARA). Beliau yang juga seorang Senator di Dewan Negara adalah guru saya ketika mengikut kelas Tamadun Melayu Islam, ketika awal menyambung belajar di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) tahun 2018. Saya mahu bertanya jika terdapat kekosongan dalam jadual Webinar atas nama KRRIM. Saya mahu meminta ruang untuk membentang lagi tentang Perjanjian Pangkor, setelah mendapat ruang di Pulau Pangkor kemudian ISTAC penghujung tahun lalu. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. Asbab Perjanjian Pangkor - Membuka langkah di Simposium Seni Pangkor

2. Akhirnya - "Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun" dilaksanakan di ISTAC

3. "Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun" dalam Dewan Masyarakat

4. "Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun" dalam Berita Harian


Maklum balas yang diterima sangat pantas. Ketika sedang duduk berehat antara membaca Surah di tepian Sungai Buloh sekitar jam 3.30 petang (rujuk kembali The river that is Sungai Buloh from Bukit Kuching) baru tersedar bahawa Ketua Pegawai Eksekutif KRRIM, saudara Noraiman telah menghantar pertanyaan melalui WhatsApp sejam lebih awal untuk bertanya bolehkah saya membentang pada pagi Khamis 22 Januari? Selepas berkongsi butiran jam 11 lebih pagi tadi Rabu 14 Januari menerima poster berserta teks berikut...



Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan 

JEMPUTAN MENYERTAI SIRI WEBINAR KALAM ILMU BIL.1 2026

"PERJANJIAN PANGKOR SETELAH 151 TAHUN: SATU PENILAIAN SEMULA"

Tarikh: 22 Jan. 2026 (Khamis)
Masa: 09.00 - 10.00 pagi

Youtube:
https://www.youtube.com/live/b8EFv6VZ21k?si=n4DC_sKRtXGIkmua

Facebook:
https://www.facebook.com/share/171mheGTJB/

๐Ÿ“Œ Jam latihan akan diberikan kepada staf UiTM sahaja
๐Ÿ“Œ E-sijil penyertaan akan diberikan selepas tamat program
๐Ÿ“Œ Pautan pendaftaran kehadiran dan penilaian program akan dikongsikan di akhir program

Terima kasih


---------------

Tu dia. Berkat langkah 131 (pada tarikh 13/1) dalam tempoh beberapa jam sahaja diberi komitmen untuk menjayakan acara. Lebih cantik lagi ia menjadi acara pertama merangkap pembuka siri Kalam Ilmu Kursi Institusi Raja-raja Melayu bagi tahun 2026. Besar maknanya ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan