Pada penghujung artikel Kembalinya bonda tersayang ke rahmatullah yang dipersembahkan Isnin 29 Disember ada dinyatakan ketika itu sedang berada di kampung isteri di Tanjung Sepat. Petang esoknya Selasa 30 Disember mahu ke Muar lagi menemui dan menemani bapa setelah kehilangan ibu. Kali ini membawa sekali anak-anak. Sekarang biar dikongsikan cerita perjalanan berkenaan.
Perjalanan bermula apabila meninggalkan rumah pagi Ahad 28 Disember 2025 untuk ke tahfiz anak-anak di selatan Cheras.
Ada majlis penganugerahan sijil kepada pelajar-pelajar tahfiz yang menunjukkan kecemerlangan dalam kategori-kategori tertentu. Alhamdulillah kedua-dua anak kami mendapat anugerah.
Selepas itu boleh membawa keluar bercuti hujung tahun. Terus ke rumah kakak isteri di Jenjarom untuk perhimpunan keluarga.
Dibuatlah makan-makan secara potluck...
Tengah hari Isnin 29 Disember, selepas bermalam di rumah kakak, pergi ke beberapa tempat bersejarah di Jugra lalu dibuat sejumlah rakaman yang kemudian dimuatnaik ke Tiktok. Klik pada pautan-pautan berikut :-
5. Bukit Jugra - Tempat Hang Tuah bertapa sebelum menghilang ke Ulu Perak?
Melihat suasana sebelum masuk tahun baru di Tanjung Emas.
Petangnya sampai ke kampung isteri di Tanjung Sepat lalu bermalam di rumah pusaka keluarga yang diwarisi adik bongsu. Pada malamnya, ditulis lalu dipersembahkan artikel Kembalinya bonda tersayang ke rahmatullah.
Petang Selasa 30 Disember ziarah ke makam-makam ibu bapa isteri sebelum meninggalkan kampung. Isteri yang merupakan anak ke-11 daripada 13 adik beradik telah kehilangan ibu 25 tahun lalu. Bapa menyusul 15 tahun kemudian.
Ambil jalan menyusuri pantai melepasi Port Dickson menuju selatan ke kampung saya di Muar.
Malam itu dibuat edisi ke-18 "Merah Silu Live" di Muar. Cerita perjalanan lama yang dikemukakan :-
25. NS ke Pulau Besar awal 2008 - lebih 600 km. Lihat Mengenang kembali perjalanan mengambil video pusing Negeri Sembilan hingga ke Pulau Besar.
Pagi Rabu 31 Disember bersama bapa dan anak-anak menziarahi makam bonda yang baru 9 hari gitu disemadikan. Kemudian baru keluar berjalan-jalan.
Makan malam di medan selera Bentayan.
Pagi Ahad 1 Januari 2026. Membawa bapa bersarapan di kafe Kopi 434 sebelum ke beberapa lagi tempat.
Selepas tengah hari membawa beliau ke rumah adik di Melaka sebelum bergerak kembali ke rumah sendiri di Bandar Sungai Buaya.
Apabila sampai lewat malam didapati saya sudah memandu hampir 700 km.













Tiada ulasan:
Catat Ulasan