Pergi pada hari ke-2 perjalanan baru Perak. Bersambung daripada Asbab Perjanjian Pangkor - Menjejak kota dan bandar-bandar Melayu yang hilang.
Pagi Ahad 15 Disember 2025. Menyambung bacaan Al-Quran bagi bulan Jamadil Akhbar, dari koridor pangsapuri tempat kami menginap malam sebelumnya. Pemandangan amat menarik dari atas ini. Lihat artikel Views from 11th floor of an apartment complex in Lumut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Kompleks pangsapuri terlihat sambil memandu selepas mendaftar keluar hampir tengah hari.
Singgah beriktikaf sebentar di masjid jamek Lumut.
Selepas beberapa lama baru keluar untuk mencari makanan di pekan Lumut.
Tiba-tiba timbul rasa untuk ke pengkalan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) terlebih dahulu. Memang cadangnya hendak singgah tapi kemudian, untuk menghadiahkan buku "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arshad" kepada orang-orang tertentu.
Makan tengah hari di seberang jeti Lumut. Sambung lagi bacaan Al Quran.
Kemudian baru meletakkan kereta di tempat yang lebih sesuai. Ini kerana mahu ditinggalkan 3 hari untuk masuk ke Pulau Pangkor.
Ketika berjalan kaki ke luar jeti di mana isteri menunggu dengan beg-beg terlihat sesuatu yang menarik dan lucu.
Monyet jenis lotong dengan keliling mata putih ni. Jarang jumpa ini. Kali terakhir ketika mendaki Bukit Mertajam beberapa bulan lalu. Sebelum itu setakat pernah nampak di zoo. Lihat Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Dari Gunung Jerai ke Bukit Mertajam.
Bergerak untuk masuk ke jeti.
Selepas makan tadi terlewat sedikit lalu terlepas feri jam 12.45. Kena naik feri seterusnya jam 2.
Pengkalan TLDM berlatarbelakangkan Pulau Pangkor dari jeti. Ada sesuatu yang menarik tempat kawasan ini dan sekitar pernah dilihat dalam 2-3 mimpi lebih hampir 30 tahun lalu.
Naik feri ke Pulau Pangkor. Tidak seperti kali terakhir masuk lebih 10 tahun lalu tiada lagi dek atas boleh dinaiki untuk melihat pemandangan terbuka. Lihat artikel lama Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor - Pusing pulau setelah 15 tahun.
Sekitar setengah jam kemudian mendaratlah di jeti Pangkor.
Terus mencari lalu menaiki van dengan dua orang penumpang yang mahu ke tempat sama.
Mendaftar masuk ke pusat peranginan yang agak terkemuka.
Terletak menghadap Pulau Pangkor Laut pemandangan sangat cantik dari situ. Lihat Views from a resort in Pasir Bogak.
Lewat petang berjalan-jalan di kawasan awam berdekatan.
Kembali ke pusat peranginan kelihatan gegantung atau bunting bagi satu acara telah dipasang.
Disebabkan acaralah kami suami isteri masuk ke Pulau Pangkor setelah lebih 10 tahun.
Sedangkan disebabkan Perjanjian Pangkor kami menyertai acara. Tunggu cerita dalam artikel seterusnya.






















Tiada ulasan:
Catat Ulasan