Salam semua. Merujuk pada artikel Manifestasi kemaruk senarai panjat bukit dan gunung yang dipersembahkan Rabu lewat malam Khamis hampir 5 hari lalu. Pada penghujungnya ada diletakkan gambar serta teks berikut :-
Ini pula tadi Rabu malam Khamis 5 Nov. Sepatutnya saya hadir ke majlis berkenaan di kampus utama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) di Gombak. Sudah beritahu sejak lebih seminggu lalu kepada guru merangkap penyelia saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar, Rektor UIAM, pensyarah majlis ini bahawa akan datang. Sebaliknya apabila sampai masanya tak jadi kerana memang tak sihat. Tekak masih sakit, nak keluar suara susah. Badan demam-demam.
Setakat itu sahaja ada disebut tentang majlis. Ini kerana tidak dapat memberikan tumpuan lantaran banyak perkara lain sedang bermain dalam fikiran. Itu yang ditulis Manifestasi kemaruk senarai panjat bukit dan gunung, bagi melepaskan rasa dan mendapatkan kelegaan. Sekarang, biar gambar-gambar seterusnya digunakan untuk menyambung penceritaan.
Hari-hari selepas itu saya disibukkan dengan pelbagai perkara. Ahad 9 November dimulakan di Shah Alam dengan suatu macam aktiviti kemasyarakatan kemudian ke Muzium Negara untuk mengikuti majlis persilatan yang disulam pengisian akademik hingga ke petang. Isnin 10 November, iaitu beberapa jam sahaja dari sekarang, mahu mengikuti dua majlis ilmu di Universiti Malaysia .
Selepas Muzium Negara dan singgah ke beberapa tempat saya dan isteri sampai rumah dalam keadaan penat amat. Apa lagi kami sama-sama demam-demam sebenarnya. Sakit tekak dan batuk masih melanda lalu selepas selesai solat terus tertidur kepenatan. Beberapa jam kemudian tiba-tiba saya terbangun lalu timbul rasa untuk menyambung tontonan majlis di UIAM. Gambar atas ini diambil jam 1.31 tadi malam.
Pembentang iaitu Osman pun menyatakan, majlis yang merupakan ke-7 dalam siri sudah masuk ciri utama ke-5 tentang kesempurnaan kota Madinah Nabi yang dijadikan contoh terbaik peradaban, yang disebabkan itu timbul istilah Madani sebagai satu gagasan ketamadunan tinggi kemanusiaan. Alhamdulillah saya dapat mengikuti dan menghadiri secara fizikal 5 edisi terawal acara bulan ini sebelum terpaksa mengikuti edisi seterusnya secara atas talian disebabkan harus berada jauh di luar kawasan. Berikut adalah artikel-artikel yang telah ditulis tentang edisi-edisi itu :-
Pergi pada pengisian edisi ke-7 yang baru dapat betul-betul diikuti rakamannya tadi. Tema yang hendak dibawa adalah "Masyarakat Madani Nabawi - Keteraturan dan keadilan, sebuah teladan abadi untuk umat manusia". Osman meletakkan singkatan MMN bagi Masyarakat Madani Nabawi dalam slaid. Apabila menyebut tentang idea-idea besar yang menjadi punca dan sumber hal berkenaan disebut baru-baru ini ada Festival Idea diadakan di Putrajaya.
Dibawa tentang pandang semesta yang membentuk masyarakat seperti pernah berlaku di Madinah, Pandangan Semesta Nabawi atau PSN. Dasarnya adalah 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam.
Rukun Iman yang dimulakan dengan beriman kepada Allah SWT dinyatakan sebagai bersifat teoritikal, Rukun Islam yang dimulakan dengan dua kalimah syahadah bersifat praktikal.
Rasanya tak perlulah diulas lagi slaid...
Sila ikut sendiri perkongsian melalui rakaman di bawah...









Tiada ulasan:
Catat Ulasan