Jumaat, November 29, 2024

Epistemologi tauhid dan cabaran universiti Islam abad ke-21 - Cabaran dan implikasi

Salam petang Jumaat. Memulakan perkongsian daripada satu rehlah kecil ilmu.



Petang Khamis 28 Oktober 2024. Saya meninggalkan rumah selepas jam 1.30 untuk ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam).




Kali terakhir ke situ adalah pada sebulan setengah lalu. Ketika itu untuk menghadiri majlis suai kenal pelajar. Lihat Hari Ta'aruf ISTAC dan 'kelas' pertama juga tentang mendaki bukit




Sampai sekitar jam 2.15, kali pertama dengan kereta terpakai yang baru kurang sebulan dimiliki. Lihat Antara urusan keluarga, rumah dan kereta. Sekadar berkongsi hal keadaan. Disebabkan urusan-urusan berkenaan juga beberapa hal itu yang sudah lama tidak ke ISTAC. Lihat juga Asbab mesyuarat agung persatuanKe Perak atas asbab mesyuarat keluarga pula dan Menyambung urusan rumah hingga ke Bangi




Menghabiskan masa di hadapan air pancut kegemaran. Dapatlah membaca beberapa surah Al Quran. Ketika itu proses bacaan bagi bulan Jamadil Awal sudah melepasi setengah Juzuk ke-29.




Jam 3 baru melangkah masuk ke bilik persidangan untuk mengikuti majlis ilmu. Itulah asbab utama ke ISTAC petang itu.




Entah kenapa sejak pertama kali melihat poster majlis lebih seminggu lalu sehingga melangkah masuk ke bilik persidangan saya menyangkakan ia bermula jam 3. Padahal yang sebenarnya jam 2.




Apapun, tajuk majlis boleh diterjemahkan sebagai "Epistemologi Tauhid dan Cabaran Universiti Islam abad ke-21 - Cabaran dan Implikasi". Ia adalah susulan daripada cadangan Rektor baru UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dalam syarahan perdana beliau kepada kakitangan akademik pada 25 Oktober agar universiti mula menerapkan kerangka pemikiran yang dipanggil "Epistemologi Tauhid". Lihat Menjuarai epistemologi ketauhidan - Syarahan perdana Osman Bakar sebagai Rektor ke-7 UIAM.




Secara ringkas dan dasar ia adalah kerangka pemikiran yang melihat semua bentuk ilmu berpunca daripada Allah SWT lalu ada kesatuan yang menghubungkan semua cabang dan peringkat ilmu. Namun tak semua faham makna dan implikasinya lalu tidak tahu bagaimana hendak menerapkannya dalam bidang masing-masing. Itulah yang mahu dibincangkan dalam majlis di ISTAC ini.




Adalah menjadi tanggungjawab ISTAC sebagai institusi pemikiran tertinggi bawah UIAM malah dipandang ramai sebagai institusi pemikiran tinggi terulung di Malaysia, mungkin juga di seluruh dunia Islam untuk memecahkan permasalahan lalu memimpin ke arah menghayati dan menghidupkan makna "epistemologi tauhid" itu. Sila ikuti sendiri perjalanan majlis melalui video bawah...








Selepas itu menyambung lagi bacaan Al Quran dekat air pancut. Gambar bangunan utama ISTAC ini diambil sambil bersandar pada air pancut.




Lewat malam itu, malam Jumaat dapat mengkhatamkan Al-Quran bagi bulan Jamadil Awal. Lalu diletakkan gambar atas ini di Facebook bersama teks berikut:-


BARAQAH KHATAM QURAN DI RUMAH YANG DIHADIAHKAN IBU

Alhamdulillah. Dapat mengkhatamkan bacaan Al Quran bagi bulan Jamadil Awal, pada malam Jumaat, di rumah yang dihadiahkan ibu di Ulu Langat. Sejak mendapat rumah yang sudah 20 tahun tidak pernah diduduki ini lalu mengupah orang untuk membuat kerja2 memperbaiki dan membersihkan ini adalah kali ketiga bermalam. Lapan hari lalu menginap bersama isteri. Malam ini seorang diri seperti halnya kali pertama 9 hari sebelum itu.Kali ini baru malam Jumaat. Hujan pula renyai, masih tak henti.


Inilah rumah yang sedang sibuk diuruskan lalu diceritakan halnya dalam Antara urusan keluarga, rumah dan Menyambung urusan rumah hingga ke BangiUntuk makluman ini adalah artikel ke-2,585 di CATATAN SI MERAH SILU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan