Khamis, September 05, 2024

Dari 31 Ogos hingga masuk 1 Rabiulawal

Salam petang Khamis 1 Rabiulawal 1446. Ada sedikit cerita sebagai 'jambatan rasa'.


Merujuk pada artikel  'Perimeter walk' di ISTAC Bukit Tunku yang dipersembahkan petang Sabtu 31 Ogos. Sebelum mempersembahkannya saya dan keluarga pergi ke satu majlis yang diadakan atas nama Hari Kemerdekaan di Bukit Beruntung.



Ia diadakan oleh pelukis terkenal Dato' Sharifah Fatimah Syed Zubir.



Sebetulnya Hari Kemerdekaan cuma alasan untuk mengadakan majlis.



Yang sebenarnya ia adalah untuk mengumpulkan kenalan dan saudara mara.



Dari situ berkejar ke satu majlis lain dekat Bandar Tun Hussein Onn.



Majlis diadakan oleh ibu kepada kawan baik anak saya yang belajar di ma'ahad tahfiz lalu menjadi alasan untuk bertemu anak.



Gambar ini pula diambil pada jam 4.50 petang, dalam perjalanan menuju ke Putrajaya dari persekitaran Bandar Tun Hussein Onn.




Sebetulnya saya menghadapi masalah untuk mengingati di manakah artikel  'Perimeter walk' di ISTAC Bukit Tunku sebenarnya ditulis. Ini kerana rekod masa pada CATATAN SI MERAH SILU menyatakan ia dipersembahkan pada jam 3.51 petang.



Berdasarkan masa itu ia harus ditulis ketika masih berada di majlis anjuran ibu kawan baik anak.




Apapun, kami mengambil jalan utama di Putrajaya di mana telah diadakan sambutan dan perarakan sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 Malaysia pagi itu.









Saya dan isteri ada mengikuti siaran langsung melalui televisyen di rumah...







Kami lalu Putrajaya dalam perjalanan ke kampung isteri di Tanjung Sepat. Di celah itu ada singgah di rumah saudara mara. Begitu juga halnya kemudian. Apabila sampai kembali ke rumah Ahad lewat malam Isnin 1 September didapati perjalanan meliputi jarak 321 km.




Isnin 2 September setakat berehat di rumah. Petang Selasa 3 September baru ada keluar berjalan-jalan lalu mendaki bukit tidak jauh dari rumah. Lihat artikel-artikel berikut  di blogspot BERPETUALANG KE ACEH :-







Rabu 4 September pula keluar untuk menikmati hidangan nasi beringin kegemaran berdekatan pejabat lama saya, The New Straits Times di Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur.



Dari situ mengambil Jalan Ma'arof untuk merentas ke rumah kawan di Desa Sri Hartamas.




Sudah agak lama tidak mengambil laluan ini.




Kat rumah kawan di Desa Sri Hartamas jumpa sekali seorang kawan lama yang kebetulan sedang bertandang. Ni semua pernah duduk sebilik semasa zaman kolej buat A Level di PPP/ITM (Pusat Persediaan Pelajar di bawah Institut Teknologi MARA, sekarang universiti) di Damansara Utama.




Dari rumah kawan hendak ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku. Tetapi tersilap mengambil laluan lalu terus ke persekitaran Keramat AU3 di mana terdapat bukit ini.





Memang cadangnya hendak mendaki bukit. Tetapi selepas singgah di ISTAC. Sebetulnya, asalnya  mahu mendaki Bukit Lanjan ke barat Kuala Lumpur petang itu. Tetapi disebabkan isteri meminta tolong melaksanakan satu urusan di Gombak maka pergi ke kawasan ini di sebelah timur bandar raya. 




Singgah bersolat di masjid yang kelihatan. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Khairiah, Medan Sri Keramat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Setelah itu baru mendaki bukit. Apabila sampai ke puncak sekitar jam 4.45 petang mintak tolong orang ambil gambar lalu meletakkannya dan teks berikut di Facebook.



TERTUNAI SATU LAGI HAJAT LAMA...

Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga ke puncak bukit ini. Kali pertama melihat dari sekitar Keramat AU3 gitu, sekitar tahun 1990. Sejak itu memang teringin hendak mendaki ke puncak. Hari ini petang Rabu Safar terakhir tahun 1446 Hijriah baru jadi.




Pemandangan bandar raya Kuala Lumpur dari satu bahagian bawah sedikit dari puncak. Lihat artikel- artikel berikut :-







Selepas melaksanakan permintaan isteri di Gombak makan malam di restoran mamak berdekatan. Ketika itu sudah masuk tarikh 1 Rabiulawal, sekurang-kurangnya menurut JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Kalau menurut sesetengah pihak malam sebelumnya pun sudah masuk tarikh Hijriah tersebut. Tengok-tengok meja yang diambil bernombor 13. Sedangkan kad order makan bernombor 393 iaitu 3 x 131. Nombor-nombor ini ada makna tertentu buat saya. Sekian cerita 'jambatan rasa'.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan