Salam petang Selasa 22 Ramadan 1445 Hijriah. Meneruskan cerita permusafiran yang sedang berlaku sekarang. Bersambung daripada artikel Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Membuka dengan wacana Imam Ghazali di ISTAC.
Awal pagi Ahad 31 Mac 2024. Suasana ketika menunggu solat Subuh berjemaah di masjid Kampung Sungai Chinchin, Gombak.
Sebelum itu saya telah menyertai jemaah membuat Qiamul Lail. Cuma terlewat menyertai disebabkan tidur dalam bangunan makam di luar masjid lalu lambat tersedar ia sudah bermula.
Suasana di luar masjid setelah matahari naik...
Selepas jam 10 baru bergerak meninggalkan kawasan.
Singgah beriktikaf di masjid ini pula. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Gombak Utara di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Jam 12 baru keluar lalu meninjau kawasan sekeliling.
Selepas beberapa lama baru meneruskan perjalanan ke arah Janda Baik melalui jalan lama.
Dapatlah melihat perkembangan projek ECRL (laluan kereta api pantai timur) di beberapa tempat...
Jam 12.47. Berhenti untuk mandi di sebuah air terjun kecil di kawasan pergunungan. Lihat Small waterfall at 18th mile of Jalan Gombak di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Seterusnya naik puncak bukit untuk melihat pemandangan. Lihat Karak highway from vantage points near Genting Sempah.
Sejurus sebelum sampai ke simpang masuk ke Janda Baik terasa hendak meninjau satu kawasan yang pernah teruk dilanda tanah runtuh dan limpahan air lumpur selepas hujan lebat. Lihat artikel The rapids near the junction to Janda Baik.
Jam 2.37 baru masuk pintu gerbang ke Janda Baik.
Singgah beriktikaf di surau ini, tempat pertama disinggahi di Janda Baik kali ini.
Selepas jam 4 baru meneruskan perjalanan.
Pergi ke tepian salah satu sungai di Janda Baik untuk bersantai juga menyambung bacaan untuk cadangan tesis PhD akan datang insyaallah.
Selepas itu baru menunaikan tujuan utama ke Janda Baik...
Iaitu mengikuti hari terakhir majlis daurah kitab di tahfiz tempat anak mengaji Al-Quran...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan