Salam. Malam ini sudah masuk tarikh Islam 15 Jamadil Akhir 1444 Hijriah. Biar dipersembahkan cerita hari ke-3 perjalanan di selatan Thailand baru ini. Bersambung daripada artikel Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Wang Kelian, Satun dan 'keterangan' di Trang.
Sabtu, Januari 07, 2023
Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Menyahut panggilan Nakhon Si Thammarat...
Khamis, Januari 05, 2023
Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Wang Kelian, Satun dan 'keterangan' di Trang
Hari ini Khamis 5 Januari 2023 adalah hari ulang tahun kelahiran ke-48 bagi isteri. Ia adalah tarikh yang baik untuk mengeluarkan satu cerita baru. Tetapi sengaja ditunggu malam hari supaya dapat berkat malam Jumaat sekali. Bersambung dari artikel Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Mukadimah di Perak dan Kedah.
Perjalanan diteruskan lebih 100 km lagi ke utara untuk ke bandar raya Trang di mana kami telah menempah hotel untuk bermalam. Ini sudah keluar dari sempadan wilayah Satun/Setul.
Tengok-tengok ada lampu-lampu cantik berdekatan hotel di tengah bandar raya. Kami pun keluar berjalan kaki untuk menikmati keadaan. Lihat Early new year lights in Trang.
Untuk pengetahuan Trang berasal dari nama Terang, satu wilayah asal orang Melayu yang pernah juga berada di bawah pemerintahan kerajaan Kedah. Nah, sampai ke Trang dapat lampu-lampu cantik yang cukup terang. Semoga membawa makna baik yang lebih mendalam.
.
Selasa, Januari 03, 2023
Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Mukadimah di Perak dan Kedah
Salam sejahtera buat semua pembaca. Harus masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru walaupun hari ini sudah hari ketiga bagi tahun 2023. Merujuk pada artikel Misi keluarga Laksamana dan mencari jejak melalui dokumentasi lama yang dipersembahkan pada 22/12/22 iaitu hampir 2 minggu lalu, artikel terakhir di blogspot ini bagi tahun 2022. Ada disebut pada permulaan artikel bahawa ketika itu, ketika ia dipersembahkan saya telah memulakan satu perjalanan jauh yang dijangka akan meliputi jarak tidak kurang 2,000 km. Sukacita dimaklumkan bahawa perjalanan berkenaan dapat diselesaikan sebelum tengah hari Jumaat lalu 30 Disember. Namun baru kini ada kelapangan untuk mula berkongsi cerita.