Pergi pada hari ke-2 perjalanan baru Perak. Bersambung daripada Dari Selangor ke Perak : Asbab bicara Laksamana.
Pagi Ahad 10 Disember 2023. Kami telah bermalam di rumah seorang saudara yang berketurunan Aminah binti Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin, adik kepada datuk kepada datuk saya Orang Kaya Arshad.
Beliau kemudian membawa ke rumah seorang ibu saudara. Dua orang anak ibu saudara ini adalah aktivis pelopor busana tradisional Melayu dan persilatan di Kuala Lumpur.
Seterusnya kami ditunjukkan lokasi makam seorang bangsawan Bugis yang daripada beliau muncul pengasas Silat Gayong iaitu Dato' Meor Abdul Rahman. Saya pernah sampai sekurang-kurangnya sekali sebelum ini. Tetapi baru kali hendak mengambil cukup gambar untuk dijadikan artikel. Lihat Makam (Tomb of) Daeng Kuning di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Kemudian baru berpisah arah. Beliau dan keluarga mahu ke majlis perkahwinan di Lenggong sementara kami anak beranak berjalan-jalan di Taiping.
Pergi ke masjid lama Taiping yang diasaskan oleh seorang lagi anak Laksamana Muhammad Amin iaitu Toh Puan Halimah, isteri kepada Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim.
Di halaman masjid terdapat tanah perkuburan Islam yang mengandungi makam sejumlah tokoh termasuk makam Meor Abdul Rahman.
Seperti biasa apabila ke Taiping kami pekena kuey teow Doli...
Selepas itu pergi menziarahi seorang bapa saudara daripada keturunan Aminah binti Laksamana Muhammad Amin, adik beradik ibu saudara tadi.
Perjalanan diteruskan ke Bukit Gantang di mana dibuat persinggahan ke tempat-tempat berikut :-
Perjalanan diteruskan menghala ke Kuala Kangsar.
Lalu Padang Rengas dan Lebuk Merbau untuk memotong ke makam Tok Temong.
Seperti biasa turun melihat Sungai Perak di sebelahnya...
Persinggahan seterusnya adalah ke masjid Kota Lama Kanan di mana terdapat makam tanda Sultan kedua Perak, Sultan Mansur Syah (1549-1577) di dalam masjid...
Selepas membeli labu di Sayong makan laksa sarang di bandar diraja Kuala Kangsar.
Kemudian baru ke Bukit Chandan untuk ke kawasan pemakaman diraja Perak.
Ziarahlah makam Laksamana Muhammad Amin...
Sepanjang hari itu kami memakai memakai t-shirt yang memaparkan reka bentuk kulit buku Laksamana tulisan saya depan dan belakang. Lihat cerita berkenaan buku dalam artikel Bicara Laksamana di Pesta Buku Selangor.
Assalamualaikum.
BalasPadamMenarik catatan perjalanan yang disertakan foto dari Taiping ke Kuala Kangsar. Belum rezeki untuk saya bertemu penulis. Semoga sempena Kembara Bacaton Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping, ada segmen yang boleh disertai oleh penulis dan pembaca blog ini. Maklumat lanjut berkaitan Kembara Bacaton sila hubungi 014-2312123
Wassalam. Insyaallah saya sedia bersama untuk memeriahkan Kembara Bacaton.
BalasPadam